Mengapa Anak Anda Perlukan Vitamin Dan Mineral

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Badan memerlukan vitamin dan mineral penting untuk dapat berfungsi dengan baik. Diet yang seimbang akan membekalkan anda nutrien yang secukupnya. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu perkara yang mudah apabila melibatkan kanak-kanak kerana sukar untuk menentukan sama ada anak anda mendapat vitamin dan mineral penting yang secukupnya atau tidak.

Apa itu vitamin dan mineral?

Vitamin terbahagi kepada dua kategori: larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak – termasuk vitamin A, D, E, K – larut dalam lemak dan boleh disimpan di dalam badan. Vitamin larut dalam air – vitamin C, B – perlu dilarutkan dalam air agar badan boleh menyerapnya. Oleh kerana vitamin larut air akan larut dalam air, badan tidak boleh menyimpan dan memerlukan pengambilannya setiap hari.

Mineral adalah unsur bukan organik yang berasal dari tanah dan air. Ia diserap oleh tumbuhan atau dimakan oleh haiwan. Keperluan badan adalah berbeza dalam setiap jenis mineral. Contohnya, badan anda memerlukan sejumlah besar kalsium untuk memastikan semua proses berfungsi setiap hari. Mineral lain seperti kromium, tembaga, iodin, dan zat besi adalah antara mineral yang diperlukan dalam jumlah yang sedikit.

Apakah fungsi vitamin dan mineral?

Keduanya berperanan untuk membantu mempertingkatkan sistem imun, menyokong perkembangan dan tumbesaran serta membantu sel dan organ untuk berfungsi.

Vitamin A

Contohnya – lobak yang mengandungi karotenoid – yang diubah badan kepada vitamin A. vitamin ini dipercayai dalam mencegah masalah mata. Ia penting untuk penglihatan dan pertumbuhan tulang kanak-kanak. Selain itu, ia turut menggalakkan kesihatan sel dan tisu dan mencegah daripada risiko jangkitan. Pada usia 4 tahun, kanak-kanak memerlukan 400 mg vitamin A setiap hari.

Vitamin D

Vitamin D penting kerana ia membantu badan menyerap mineral seperti kalsium. Vitamin ini juga merupakan hormon yang dapat merangsang kesihatan imun, penghasilan insulin dan pertumbuhan sel. Kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 5 tahun harus mengambil 10 mg vitamin D setiap hari.

Kalsium

Berfungsi untuk membina tulang dan gigi yang kuat, membantu pembekuan darah dan menggalakkan fungsi saraf dan otot. Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke atas perlu mengambil purata 700 mg kalsium sehari.

Zat besi

Zat besi membantu badan menghasilkan hemoglobin, mencegah anemia – keadaan yang cenderung menyebabkan keletihan dan kerengsaan pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ibu bapa harus mengetahui bahawa zat besi pada dos yang tinggi boleh menyebabkan kematian. Jadi sentiasa pastikan sebarang suplemen zat besi berada jauh dari capaian kanak-kanak dan hadkan pengambilan kepada 10 mg sehari.

Untuk mendapat vitamin dan mineral, anda perlu memberi dan menyediakan pelbagai jenis makanan dan pil vitamin, minuman dan suplemen lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

enEnglish

Rujukan