Bukan Perut Saja Membuncit, Tapi Suara Pun Berubah Masa Hamil- Tak Percaya? Adele Salah Seorangnya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/05/2020
Share now

Eh, kenapa macam berlaku perubahan suara ketika hamil? Suara jadi husky dan bernada rendah. Apa faktor mempengaruhi keadaan ini? Bahaya atau tidak?

Betul ke ada perubahan suara ketika hamil?

Perubahan emosi atau fizikal melibatkan bentuk badan ketika hamil adalah 1 perkara biasa.

Malahan jika anda antara yang bertuah, anda mungkin akan kelihatan lebih berseri ketika berbadan dua. 

Tetapi adakah anda pernah ditegur yang suara anda mengalami perubahan semasa berbadan dua? Lebih serak dengan nada yang lebih rendah. 

Perubahan suara ini dialami oleh penyanyi lagu Skyfall, Adele. Penyanyi tersebut menyatakan bahawa dia menyedari penurunan nada suaranya yang mendadak ketika mengandung.

Macam sukar untuk dipercayai, kerana perubahan suara biasanya berlaku kepada lelaki ketika memasuki alam akil baligh

Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita sebenarnya mungkin berdepan kelainan dalam suara ketika sedang hamil.

Kajian berkaitan perubahan suara ketika hamil

5-punca-perubahan-suara-ketika-hamil

Apakah yang menyebabkan perubahan suara untuk berlaku semasa mengandung? Adakah terdapat faktor mempengaruhi keadaan itu? Adakah ia akan kekal?

Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik di University of Sussex menunjukkan suara ibu baru akan menjadi lebih rendah dan monotone setelah melahirkan bayi pertama. 

Keadaan tersebut dikenali sebagai vocal masculinizing dan ia dianggap sebagai 1 keadaan biasa bagi wanita selepas melahirkan anak.

Ketua Penyelidikan dari University of Sussex’s School of Psychology, Dr Kasia Pisanski berkata,

“Berdasarkan kajian, walaupun penyanyi Adele menyedari suaranya bernada rendah semasa mengandung, namun penurunan besar sebenarnya berlaku selepas bersalin,” ujarnya. 

Faktor mempengaruhi perubahan suara ketika hamil

Kajian analisis suara melibatkan 20 ibu termasuk penyanyi, pelakon, wartawan dan selebriti dilakukan berdasarkan rakaman temubual 5 tahun sebelum dan selepas mengandung.

Keputusan menunjukkan secara purata nada suara wanita menurun lebih 5%, iaitu bersamaan dengan sekitar 1.3 semitone

Kajian juga mendapati wanita yang mempunyai nada suara tinggi juga mengalami penurunan antara 2.2 semitone atau lebih daripada 2 nada. 

Faktor mempengaruhi perubahan suara ketika hamil dipercayai berlaku disebabkan peningkatan tahap hormon semasa kehamilan dan penurunan mendadak selepas melahirkan anak.

Tingkah laku individu yang kerap keletihan juga dikatakan sebagai faktor mempengaruhi perubahan suara.

Berita baiknya, vocal masculinizing adalah 1 keadaan sementara. Biasanya nada suara akan kembali kepada normal selepas setahun.

5 sebab perubahan suara semasa berbadan dua

Selain berpunca kerana perubahan hormon, berikut 5 keadaan lain yang turut menyebabkan suara anda berubah:

  1. Peti suara membengkak

Semasa tempoh kehamilan, bahagian badan anda biasanya akan mengalami pembengkakan dan antara yang terkesan adalah peti suara.

Bengkak yang berlaku disebabkan cecair termasuk darah di dalam badan meningkat.

Maka pembengkakan serta tekanan di sekitar peti suara mengakibatkan nada suara akan berubah.

Dalam masa yang sama, ia akan membuatkan otot peti suara menjadi rapuh dan cenderung pecah serta terkoyak.

Maka kesannya berlakulah perubahan terhadap suara semasa mengandung.

  1. Perubahan kapasiti paru-paru

Seiring dengan tumbesaran si kecil dalam kandungan, ia mungkin akan menyebabkan penolakan organ dalaman anda ke atas, termasuklah diafragma. 

Keadaan ini mungkin akan menyebabkan anda mengalami perubahan berkaitan pernafasan, keletihan vokal, kemerosotan keupayaan paru-paru dan merubah nada suara.

Ini sekali gus mengurangkan kemampuan suara untuk berada dalam nada yang tinggi.

  1. Peningkatan asid refluks

faktor mempengaruhi

Masalah peningkatan asid refluks berkaitan pedih ulu hati dan pencernaan adalah 1 keadaan biasa dialami wanita yang mengandung. 

Keadaan ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang menjejaskan fungsi sfinkter esogafus (esophageal sphincter) – berperanan untuk menghalang asid perut daripada mengenai esofagus.

Gejala tersebut boleh mengakibatkan kerengsaan termasuklah perubahan suara ketika hamil.

  1. Penurunan resonans hidung

Pembengkakan mukosa hidung juga mungkin berlaku semasa mengandung dan ia akan mengurangkan kemampuan wanita hamil untuk bernafas melalui hidung.

Situasi ini sekali gus akan mengurangkan atau mencegah resonansi bunyi di dalam rongga sinus paranasal – menjadikan suara kedengaran tidak bertenaga.

  1. Perubahan postur badan

Sepanjang tempoh kehamilan, hampir keseluruhan mekanisme sokongan badan anda akan berdepan perubahan luar biasa. Keadaan ini mungkin akan menjejaskan suara anda.

Memasuki trimester terakhir, anda mungkin akan mengalami perubahan ketara pada bahagian punggung, dada dan pelvis.

Ia sekali gus boleh mengakibatkan perubahan pada postur badan dan juga suara.

Perubahan semasa mengandung adalah 1 perkara normal. Dalam kebanyakan kes, suara anda berkemungkinan besar untuk kembali normal selepas bersalin.

Jika tidak, ia mungkin akan mengambil masa beberapa bulan selepas kelahiran anak.

5-punca-perubahan-suara-ketika-hamil

Berjumpa pakar

Hormon kehamilan mungkin menjadi faktor mempengaruhi perubahan suara ketika hamil. Namun sekiranya anda mengalami simptom seperti:

  • Kehilangan suara semasa mengandung
  • Berdepan ketidakselesaan atau kesakitan semasa bercakap atau menyanyi
  • Perubahan mendadak dalam kualiti suara selepas bercakap, menyanyi, batuk mahupun bersin

Anda dinasihatkan untuk berjumpa Pakar Laringologi dengan kadar yang segera.

Perubahan suara tanpa sebarang simptom adalah normal. Anda tidak perlu runsing atau bimbang.

Sebaliknya, anda harus bertenang dan pastikan minjm air yang secukupnya.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1

Artikel lain untuk anda

Bila Haid Pertama Selepas Bersalin Akan Kembali? Ini 5 Perkara Ibu WAJIB Tahu

Bila Haid Pertama Selepas Bersalin Akan Kembali? Ini 5 Perkara Ibu WAJIB Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/03/2020
Suara Serak Lepas Bangun Tidur? Jaga-Jaga Ia Mungkin Tanda 5 Penyakit Ini!

Suara Serak Lepas Bangun Tidur? Jaga-Jaga Ia Mungkin Tanda 5 Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/03/2020
Kesan Pembedahan terhadap Perubahan Hormon

Kesan Pembedahan terhadap Perubahan Hormon

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Diterbitkan pada 19/03/2019
Alami Masalah Rambut Gugur Semasa Hamil? Ini Cara Atasinya!

Alami Masalah Rambut Gugur Semasa Hamil? Ini Cara Atasinya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah
Diterbitkan pada 18/10/2018