backup og meta

Masih Takut-takut Untuk 'Bersama' Selepas Keguguran? Suami Isteri Kena Baca Ini!

Masih Takut-takut Untuk 'Bersama' Selepas Keguguran? Suami Isteri Kena Baca Ini!

Keguguran adalah satu berita yang memilukan bagi mana-mana pasangan. Namun adakah ia boleh menjejaskan hubungan seksual antara pasangan suami isteri? Bilakah waktu sesuai untuk bersama suami selepas pantang keguguran?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Bersama suami selepas pantang keguguran

Soalan paling kerap ditanya bagi wanita keguguran adalah “Berapa lama masa yang diperlukan sebelum dapat kembali bersama suami selepas keguguran?”

Ini kerana sehingga 20% kehamilan berakhir dengan keguguran manakala 1 daripada 100 kelahiran mati (stillbirth). Secara mudahnya, tiada jawapan standard bila waktu yang sesuai untuk bersama suami selepas pantang keguguran.

Kebiasaannya, doktor akan memberi nasihat kepada wanita yang keguguran menunggu sehingga mereka benar-benar bersedia untuk melakukan hubungan intim.

Walau bagaimanapun, tempoh ketersediaan wanita dan pasangan akan bergantung kepada beberapa faktor fizikal dan emosi.

Menurut Ketua Bahagian Endokrinologi Reproduktif dan Ketidaksuburan merangkap Profesor Obstetrik dan Ginekologi di Columbia University Irving Medical Center, Dr Zev Williams, “Dari perspektif perubatan dan praktikal, perkara utama adalah untuk memastikan kehamilan telah berlalu sepenuhnya.

“Selain itu, adalah penting untuk memastikan bahagian serviks telah tertutup dan tiada peningkatan risiko untuk menyebabkan jangkitan. Ia bergantung kepada waktu keguguran itu berlaku dalam tempoh kehamilan serta berapa cepat badan wanita itu pulih.”

Baca juga:

Bagaimana emosi terjejas? 

bersama suami selepas pantang

Perkara paling penting adalah melibatkan emosi wanita yang kehilangan kandungan.

Ini kerana seseorang wanita itu mungkin berasa keberatan untuk bersama suami selepas keguguran di samping masih bersedih atas kehilangan yang berlaku.

Masalah kehilangan yang berlaku juga boleh mengubah hubungan seseorang wanita itu dengan badannya dan pemikirannya mengenai seks kepada pasangan juga mungkin berubah. Ia sesuatu yang sukar difahami. 

Pakar OB-GYN di Cedars Sinai Medical Center di Los Angeles, Dr Jessica Shneider berkata, “Tiada garis panduan dengan pesakit tentang jangkaan untuk kembali melakukan hubungan intim selepas keguguran.

Malahan perkara mengenai seks tersebut tidak akan diutarakan, melainkan jika pesakit yang ingin memperkatakan tentangnya.”

Beliau turut memberitahu terdapat kajian tentang tahap selamat untuk kembali hamil selepas keguguran tetapi ia tidak membincangkan mengenai fungsi atau kepuasan seksual.

Hakikatnya, kedua-dua perkara itu boleh berubah dan akan berubah. 

Badan tidak bersedia untuk bersama suami selepas pantang keguguran

Dr Zev memberitahu, selepas keguguran, sistem serviks akan terbuka (dilates) untuk membiarkan tisu janin keluar.

Bergantung kepada tempoh kehamilan sewaktu anda gugur, proses penutupan serviks akan mengambil masa daripada beberapa minggu hingga ke beberapa bulan.

Pakar ginekologi anda boleh melakukan pemeriksaan serviks melalui ujian fizikal.

Walau bagaimanapun, jika ujian kehamilan anda menunjukkan positif tetapi ujian ultrasound adalah sebaliknya – dianggap 75% keguguran – anda tidak perlu menunggu untuk melakukan hubungan intim. 

Perlu ke berpantang?

bersama suami selepas pantang

Dalam adat berpantang di Malaysia, wanita yang keguguran perlu melalui tempoh berpantang sama seperti melahirkan anak.

Tempoh ideal bagi wanita yang gugur pada trimester pertama adalah selama 30 hari.

Sepanjang tempoh tersebut, hubungan intim perlu dielakkan untuk membolehkan proses pemulihan berjalan lancar.

Tempoh berpantang yang disyorkan adalah sekurang-kurangnya 2 minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti sakit yang diberikan pihak hospital.

Sekiranya berlaku demam teruk atau berlakunya pendarahan berpanjangan bersama lelehan faraj yang berbau, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rundingan doktor.

Dalam tempoh berpantang, emosi seorang wanita amat sensitif dan perlu dijaga. Disebabkan itu, anda perlu berada dalam suasana yang tenang, positif serta mendapat sokongan penuh daripada individu sekeliling, khususnya suami.

Bila boleh hamil semula?

Kembali bersama suami selepas pantang dan mencuba untuk hamil semula adalah 1 topik yang sensitif, sama ada dari segi perubatan dan emosi.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan tempoh 6 bulan sebelum mencuba hamil kembali. 

Walau bagaimanapun, bersama suami selepas pantang keguguran dalam tempoh yang segera tidak akan memberikan kesan negatif kepada kehamilan pada masa hadapan. Malahan ia dikatakan akan meningkatkan peratusan untuk segera hamil. 

Sekiranya anda ingin kembali hamil, waktu paling selamat untuk mencuba adalah selepas 3 kali kitaran haid. Ia adalah untuk memastikan rahim anda benar-benar sembuh dan bersedia untuk kehamilan baru. 

Pastikan diri bersedia sebelum bersama suami selepas pantang

keguguran

Jika anda masih keliru, perkara paling penting adalah untuk memastikan diri anda bersedia fizikal dan mental. Melakukan hubungan intim selepas keguguran atau bersalin adalah 1 perkara yang sama. 

Ini kerana kedua-dua situasi itu memerlukan anda bersedia untuk segala kemungkinan. Pastikan anda tidak berada dalam keadaan tertekan.

Lakukan hubungan seksual bersama pasangan apabila anda benar-benar menginginkannya bukan kerana anda mahu memenuhi keinginan pasangan semata-mata. 

Manakala sebagai suami pula, jika isteri anda baru keguguran, fahamilah keadaan isteri anda yang sedang sakit dan bersedih. Janganlah memikirkan kehendak nafsu anda semata-mata. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Miscarriage. https://www.marchofdimes.org/complications/miscarriage.aspx. Accessed on November 1, 2022.
  2. Pregnancy after Miscarriage. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/pregnancy-after-miscarriage/art-20044134. Accessed on November 1, 2022.
  3. Miscarriage. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pregnancy-loss-miscarriage/symptoms-causes/syc-20354298. Accessed on November 1, 2022.
  4. Intimacy without intercourse. https://www.healthywomen.org/your-health/intimacy-without-intercourse. Accessed on November 1, 2022.
  5. Dilation and Curettage (D&C). https://www.acog.org/womens-health/faqs/dilation-and-curettage?utm_source=redirect&utm_medium=web&utm_campaign=otn. Accessed on November 1, 2022.
  6. Miscarriage. https://www.nhs.uk/conditions/miscarriage/afterwards/. Accessed on November 1, 2022.

Versi Terbaru

14/04/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ikut Cara Berpantang Selepas Keguguran Ini Jika Ibu Nak Cepat Hamil Kembali!

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan