backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Keguguran Ketika Lewat Kehamilan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2022

    Keguguran Ketika Lewat Kehamilan

    Keguguran kandungan merupakan satu kebimbangan yang tidak dapat dielakkan. Hakikatnya, 10 hingga 20% kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Kebanyakan keguguran akan berlaku pada awal kehamilan. Namun, terdapat juga kes keguguran yang berlaku ketika lewat kehamilan iaitu pada minggu-minggu terakhir kehamilan.

    Apakah itu keguguran lewat kehamilan?

    Keguguran kebiasaannya berlaku dalam lingkungan selepas 12 atau sebelum 24 minggu kehamilan. Selepas minggu ke-24 kehamilan, kehilangan bayi akan dianggap sebagai “lahir mati” atau stillborn.

    Jika hendak dibandingkan, keguguran ketika lewat kehamilan adalah jarang berlaku berbanding keguguran awal kehamilan. Hakikatnya, hanya 2 atau 3% ibu hamil akan mengalami keguguran ketika trimester kedua kehamilan.

    Bagaimana mengetahui anda mengalami keguguran lewat kehamilan?

    Petanda yang paling biasa dan jelas menunjukkan anda mengalami keguguran ini adalah pendarahan pada vagina dan kekejangan pada tubuh badan sepertimana yang dialami oleh ibu bersalin. Pendarahan ini juga mungkin terlihat agak banyak berserta kehadiran darah beku. Dalam beberapa kes, air ketuban anda akan pecah dan kandungan akan keluar dengan amat cepat.

    Kandungan tersebut juga mungkin tidak akan bergerak atau pergerakannya terbatas dan beransur-ansur hilang.

    Keguguran lewat kehamilan akan menyebabkan kesakitan yang sama seperti kelahiran. Oleh itu, anda mungkin akan dipreskripsi dengan ubat tahan sakit (morfin) untuk melegakan kesakitan.

    Punca kemungkinan berlakunya keguguran

    • Struktur tubuh badan: Serviks lemah atau mengembang terlalu awal merupakan antara punca keguguran. Sekiranya doktor mengesahkan anda menghadapi masalah ini, anda mungkin diminta untuk melakukan ujian untuk mengukur panjang serviks anda.
    • Infeksi: Tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang, gangguan tiroid, penyakit coeliac atau diabetes juga mampu mendorong kepada masalah keguguran jika tidak dikawal.
    • Ubat-ubatan atau terapi alternatif: Terdapat ubat-ubatan dan terapi alternatif seperti ekstrak tumbuhan dan minyak aromaterapi yang mampu mendorong kepada masalah keguguran. Pastikan setiap produk atau rawatan yang anda gunakan telah diperakui oleh pakar perubatan sebelum menggunakannya.
    • Punca-punca lain: Selain daripada punca yang dinyatakan di atas, kondisi rahim yang tidak normal atau fibroid yang terlalu besar juga mampu menyebabkan keguguran.

    Bagaimana untuk mengelakkan keguguran?

    • Pastikan segala kondisi kronik yang anda alami dikawal sebaik mungkin oleh anda sebelum berhasrat untuk hamil.
    • Kekalkan berat badan yang sihat dan ideal.
    • Ambil vitamin pranatal.
    • Cegah diri anda daripada infeksi seperti STD dan rawat ia jika anda telah mengalaminya.
    • Berhenti mengambil dadah, minum arak dan merokok.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan