backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bahaya Jika Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat, 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/02/2021

    Bahaya Jika Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat, 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

    Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Namun jika terlalu kerap hingga kehilangan berat, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum.

    Bahaya jika dibiarkan!

    Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

    Muntah ketika hamil

    Muntah adalah simptom kehamilan biasa yang disebut sebagai morning sickness atau mabuk hamil.

    Dianggarkan lebih 70% wanita hamil akan mengalami loya atau muntah pada trimester pertama.

    Walau bagaimanapun, adakalanya masalah muntah ketika hamil mungkin disebabkan isu kesihatan lain dan bukannya kerana mabuk hamil. 

    Keadaan tersebut yang memerlukan rawatan perubatan dirujuk sebagai hiperemesis gravidarum (HG).

    Memahami hiperemesis gravidarum

    HG adalah 1 gangguan yang jarang berlaku. Ia boleh mengakibatkan keadaan mual dan muntah berterusan sepanjang tempoh kehamilan.

    Sudah tentu keadaan itu boleh mengakibatkan dehidrasi kepada wanita yang sedang hamil.

    Hiperemesis gravidarum dipercayai menjejaskan kira-kira 3 daripada 100 kehamilan dan menyebabkan muntah serta loya yang teruk dan berlebihan.

    Berbeza dengan mabuk pagi biasa, HG adalah 1 situasi yang lebih kritikal.

    Antara gejala mabuk ketika hamil ini adalah:

    Loya dan muntah yang berlaku selalunya sangat teruk sehingga menyukarkan ibu hamil untuk mengekalkan cecair dalam badan.

    Kesukaran tersebut jika berterusan boleh menyebabkan dehidrasi dan penurunan berat badan.

    Masalah dehidrasi adalah apabila badan anda tidak mempunyai cukup cecair.

    Beza mabuk hamil dan hiperemesis gravidarum

    Anda rasa mabuk hamil dengan HG lebih kurang sama sahaja? Anda pasti?

    SALAH! Mabuk hamil dan HG adalah keadaan yang sangat berbeza. Komplikasi dan kesan sampingan antara kedua-duanya adalah berlainan bagi setiap wanita berbadan dua. 

    Umumnya, mabuk hamil adalah mual yang kadang-kadang disertai dengan muntah. Biasanya gejala tersebut akan hilang selepas 12 hingga 14 minggu kehamilan. 

    Keadaan muntah ketika hamil ini biasa bermula pada bulan pertama kehamilan dan hilang pada bulan ke-3 atau ke-4. 

    Muntah yang dialami tidak akan menyebabkan dehidrasi teruk. Cuma wanita yang mengalaminya akan berdepan sedikit rasa letih dan kurang selera makan. 

    Manakala HG adalah keadaan loya yang tidak hilang dan muntah teruk sehingga berlakunya dehidrasi. Situasi tersebut tidak membolehkan anda menyimpan sebarang makanan atau cecair. 

    Simptom hiperemesis gravidarum bermula dalam 6 minggu pertama kehamilan dan rasa mual itu akan sentiasa dialami.

    Oleh sebab HG akan berlanjutan untuk tempoh beberapa minggu atau bulan, wanita dengan HG akan berada dalam keadaan lemah dan keletihan. 

    Lebih memburukkan keadaan HG mungkin mengakibatkan ibu mengandung kehilangan selera makan sepenuhnya. 

    Bahkan mereka tidak dapat melakukan tugasan kerja atau aktiviti harian seperti biasa.

    Risiko untuk alami HG

    Dalam kes muntah ketika hamil berpunca daripada HG, berikut antara beberapa faktor yang mendedahkan anda kepada risiko untuk mengalaminya:

    • Berat badan berlebihan
    • Kehamilan berganda (kembar, kembar 3 dan lain-lain)
    • Kehamilan pertama
    • Sejarah mabuk pergerakan (motion sickness)
    • Sakit kepala migrain dengan loya dan muntah

    Merawat muntah ketika hamil

    Untuk merawat masalah hiperemesis gravidarum adalah bergantung kepada keadaan wanita yang mengalaminya.

    Beberapa jenis rawatan yang mungkin boleh dilakukan termasuk:

    1. Langkah pencegahan

    HG boleh dicegah dengan pengambilan suplemen tambahan seperti yang digunakan untuk merawat mabuk pergerakan, iaitu vitamin B6

    Pengambilan suplemen berasaskan halia juga boleh membantu.

    1. Kerap makan

    Mual dan muntah boleh diatasi dengan pengambilan makanan kering seperti biskut. Amalkan hidangan secara kerap tetapi dalam saiz yang kecil.

    1. Cecair intravena

    Wanita hamil perlu memastikan pengambilan cecair mencukupi. Cecair intravena (IV) mungkin diperlukan jika wanita hamil terus muntah sepanjang kehamilan.

    Bagi kes kronik, wanita mengandung yang mengalami HG mungkin dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan.

    Jika wanita tersebut mampu mengambil cecair melalui mulut, rawatan IV mungkin dihentikan. 

    1. Pemakanan parenteral

    Bagi kes HG kritikal mungkin memerlukan penyelesaian nutrien kompleks dan seimbang yang diberikan melalui IV sepanjang kehamilan. 

    Kaedah tersebut dipanggil sebagai pemakanan parenteral total (total parenteral nutrition, TPN).

    1. Ubat-ubatan

    Terdapat beberapa jenis ubat yang dapat membantu mencegah masalah mual seperti:

    • Promethazine
    • Meclizine
    • Droperidol

    Bagi wanita yang tidak dapat mengambilnya secara oral, ia akan diberikan melalui IV.

    Pengambilan ubat berterusan untuk mencegah mual dan muntah mungkin akan menyebabkan wujudnya risiko kepada ibu atau bayi dalam kandungan.

    Jangan mengambil sebarang ubatan untuk merawat hiperemesis gravidarum tanpa rundingan dan nasihat doktor terlebih dahulu.

    hiperemesis-gravidarum-kerap-muntah-masa-hamil

    Perubahan gaya hidup

    Walaupun masih tidak ada cara yang dapat mencegah muntah ketika hamil disebabkan HG, namun mengubah amalan hidup harian anda mungkin boleh mengatasinya.

    • Ambil saiz hidangan kecil dan kerap
    • Memastikan loya berkurangan sebelum mengambil suplemen atau vitamin pranatal
    • Elakkan perkara yang mencetuskan rasa loya
    • Mengambil cecair dengan kerap

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/02/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan