Apa Perlu Saya Buat Jika Alami Cirit Birit Ketika Hamil? Perlu Risau Ke Tak?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 21/05/2020

Kehamilan ialah tempoh yang istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Sementara anda menantikan kehadiran bayi dalam keluarga anda, anda mungkin mengalami beberapa ketidakselesaan semasa hamil. Artikel ini menumpukan kepada cirit-birit ketika hamil – iaitu keadaan kesihatan biasa yang boleh menjejaskan kedua-dua ibu dan juga bayi.

Apakah punca cirit-birit ketika hamil?

cirit birit ketika hamil

Sebagai wanita hamil, anda masih seorang yang normal, di mana anda boleh mendapat masalah kesihatan yang sama seperti orang lain. Cirit-birit ialah salah satu daripadanya.

Anda boleh mendapat cirit-birit disebabkan virus atau keracunan makanan. Anda juga boleh mengalami cirit-birit selepas beberapa hari anda tidak membuang air besar. Gejala ini dipanggil hentaman najis.

Terdapat juga hubungkait antara cirit-birit dan kehamilan. Ini juga berkait dengan diet anda.

Semasa kehamilan, anda mungkin menukar diet anda untuk menyediakan lebih nutrien kepada bayi dalam kandungan. Perubahan ini kadangkala boleh menyebabkan cirit-birit.

Anda juga mungkin mendapat cirit-birit disebabkan perubahan tubuh anda, menjadikan anda sensitif kepada makanan-makanan tertentu.

Perubahan hormon semasa kehamilan juga boleh memainkan peranan. Jika anda mengalami cirit-birit semasa trimester ketiga kehamilan, ia mungkin adalah petanda anda hampir tiba untuk bersalin.

Ini juga menunjukkan cara tubuh anda bersedia untuk menerima bayi.

Penawar untuk cirit birit ketika hamil

Semasa hamil, anda mungkin tidak mahu menggunakan jenis ubat-ubatan tertentu kerana ubat-ubat tertentu boleh menjejaskan bayi anda.

Akan tetapi, janganlah risau kerana cirit-birit boleh pulih tanpa sebarang rawatan. Jika cirit-birit anda masih tidak hilang atau lambat baik, anda boleh cuba beberapa penawar seperti:

#1. Minum banyak air 

cirit birit ketika hamil

Jika anda mengalami cirit-birit, tubuh anda akan kehilangan penghidratan. Dehidrasi boleh berlaku dengan cepat dan menjadikan anda lebih letih.

Oleh itu, teruskan minum air untuk memastikan tubuh anda kekal hidrat. Air kosong adalah pilihan terbaik.

Anda perlu minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Selain itu, anda boleh minum minuman lain seperti jus buah-buahan, smoothie atau susu.

#2. Lakukan senaman 

Kekal aktif boleh membuatkan anda rasa lebih baik dari segi fizikal dan emosi.

Cuba lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau yoga. Akan tetapi, jangan terlalu memaksa tubuh anda untuk melakukannya.

#3. Makan makanan sihat 

Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Jangan makan makanan yang tidak dipasteur.

Basuh makanan dengan bersih dan pastikan makanan dimasak dengan betul sebelum anda makan.

Makanan yang kotor boleh mengandungi bakteria yang membawa kepada cirit-birit.

#4. Relaks atau bertenang

Bertenang boleh membantu anda rasa lebih baik. Jangan terlalu berfikir tentangnya.

Ia adalah sesuatu yang normal dan bayi anda tidak akan terjejas jika anda berhati-hati.

Bila anda perlu berjumpa dengan doktor

cirit birit ketika hamil

Dapatkan nasihat perubatan jika cirit-birit anda tidak beransur baik selepas dua hari atau jika anda mengalami simptom dehidrasi teruk termasuklah:

Setiap perubahan tubuh yang tidak normal perlulah dirujuk bersama dengan pihak hospital atau klinik untuk mengelakkan sebarang komplikasi lanjut. Jika cirit birit ketika hamil yang dialami tidak kelihatan normal, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period

Jika anda ingin hamil, perkara wajib yang perlu anda tahu adalah cara anggar waktu subur selepas period. Mudah sahaja, tidak perlu guna kalkulator ovulasi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

Ada kepercayaan yang mengatakan kehamilan masih boleh berlaku tanpa kemasukan zakar ke dalam faraj semasa hubungan suami isteri. Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Boleh Ke Ibu Bapa Pilih Jantina Bayi?

Tidak dinafikan, ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak yang dikandungkan. Persoalannya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Klik untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Bila Air Ketuban Akan Pecah? Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu, Ada 6 Cara Nak Beza Dengan Air Kencing

Mungkin penyebab air ketuban pecah jelas, namun bukan semua ibu hamil tahu bezakan air ketuban dengan air kencing. Ini 6 tip berkenaan dengannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Artikel lain untuk anda

sindrom carpal tunnel semasa hamil

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
waktu-pagi-masa-sesuai-buat-ujian-kehamilan

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 03/06/2020
kondom bocor

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020
buah-untuk-bayi-perlu-dimasak

Sebelum Bagi Baby Makan Buah, Kena Masak Dulu Ke? Ini 5 Sebab Ibu Bapa Perlu Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/06/2020