home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Cirit-birit semasa Hamil

Cirit-birit semasa Hamil

Anda mungkin akan mengalami cirit-birit semasa kehamilan anda. Gejala ini boleh membuatkan anda rasa tidak selesa dan membawa kepada dehidrasi. Berikut ada beberapa cara untuk membantu ibu hamil menghentikan cirit-birit.

Minum banyak air

Semasa mengalami cirit-birit, anda akan kehilangan banyak air. Jika anda tidak mengambil cukup cecair, tubuh anda akan cepat mengalami dehidrasi. Akibatnya, dehidrasi ini boleh membawa kepada kecacatan tiub neural, kecacatan kelahiran atau kelahiran bayi pramatang. Anda boleh mengelakkan dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit dengan cara minum banyak air sepanjang hari (iaitu kira-kira 2 hingga 10 gelas air sehari). Namun, anda boleh minum sedikit air sahaja pada setiap kali tegukan. Air kosong adalah pilihan terbaik, tetapi anda boleh minum minuman lain seperti jus buah-buahan. Walau bagaimanapun, jangan minum kopi atau teh kerana minuman ini mengandungi kafein, yang boleh meningkatkan pengeluaran air kencing anda. Malahan, anda boleh mengalami dehidrasi lebih cepat lagi. Jika anda mendapat cukup air, urin anda akan berwarna kuning pucat atau terang.

Tukar hidangan anda

Tukar menu makanan anda dengan cara mengamalkan pengambilan diet yang seimbang. Anda boleh makan lebih banyak pisang, nasi, dan epal. Selain itu, makan lebih banyak protein tanpa lemak seperti daging pejal, lobak merah, dan yogurt yang mengandungi kultur aktif dan hidup.

Selain itu, amalkan juga pengambilan makanan yang bersih. Cuci buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan lain dengan sebersih-bersihnya, terutama makanan yang mentah. Jangan makan makanan yang tidak dipasteur. Pastikan makanan anda dimasak dengan betul sebelum anda makan. Cuba elakkan makan telur mentah dan kurang masak.

Jika anda makan di luar, elakkan daripada makan makanan bufet dan makanan di tepi jalan. Jangan makan buah-buahan yang berkulit atau buah yang anda tidak kupas kulitnya sendiri. Ini kerana anda tidak tahu sama ada buah yang anda makan benar-benar bersih ataupun tidak.

Pergi ke hospital

Jika masalah cirit-birit anda tidak pulih dan berlarutan sehingga dua hari, anda perlu segera ke hospital. Doktor mungkin akan menyarankan supaya anda mengambil ubat-ubatan tertentu. Jnagan risau kerana doktor akan memberikan anda ubat yang selamat untuk kandungan anda.

Jika anda melihat simptom-simptom seperti di bawah, anda perlu segera berjumpa dengan doktor:

−Anda lihat darah pada najis anda.
−Air kencing anda berwarna kuning pekat.
−Mulut anda kering.
−Anda mengalami sakit kepala.
−Anda mengalami keletihan.

Cirit-birit boleh terjadi disebabkan oleh keracunan makanan ataupun perubahan yang berkait dengan kehamilan (perubahan hormon, pemakanan, atau masalah perut sensitif). Anda mempunyai pilihan rawatan tertentu untuk merawat keadaan ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes boleh pulih tanpa rawatan. Beberapa kaedah boleh digunakan jika anda memerlukan rawatan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Diarrhea: Why It Happens and How to Treat It. http://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-diarrhea#1. Accessed February 25, 2017.

Diarrhoea – Treatment. http://www.nhs.uk/Conditions/Diarrhoea/Pages/Treatment.aspx. Accessed February 25, 2017.

Dehydration During Pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/dehydration-pregnancy/. Accessed February 25, 2017.

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dehydration/diagnosis-treatment/treatment/txc-20261155. Accessed February 25, 2017.

Diarrhea During Pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-concerns/diarrhea-during-pregnancy/. Accessed February 25, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 13/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x