Tips Ibu Kembali Langsing selepas Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2019
Share now

Semua ibu baru pasti mahu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal seperti sebelum hamil, namun nasihat kami adalah supaya anda bersabar. Jangan terburu-buru untuk kembali langsing sehingga mengabaikan kesihatan anda dan si manja. Berikut kami sediakan tips yang boleh anda ikuti bagi membantu ibu baru mendapatkan kembali tubuh idaman.

1.Jangan berdiet

Mungkin anda tertanya-tanya, jika tidak berdiet, bagaimana anda boleh dapatkan kembali tubuh langsing anda! Maksud jangan berdiet di sini ialah anda tidak boleh menyekat pemakanan anda, terutama jika anda memang menyusukan bayi. Ramai wanita yang menyangka amalan berdiet adalah menyekat makan ataupun tidak makan nasi.

Walau bagaimanapun, pakar berpendapat, jika ibu mahu mendapatkan kembali tubuh langsing, mereka perlulah mendapatkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jangan disekat kemahuan anda untuk makan makanan yang mengandungi nutrisi, sebaliknya hadkan pengambilan makanan yang berlemak, manis dan berkolesterol tinggi seperti makanan bergoreng dan kek.

2. Pilih makanan yang betul

Ibu baru, terutama yang menyusukan bayi, memerlukan nutrisi maksimum. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien dan rendah lemak. Ikan merupakan salah satu makanan ‘superfood’ kerana mengandungi DHA, iaitu asid lemak omega-3 yang penting untuk membantu perkembangan otak dan sistem saraf bayi baru lahir. Sumber terbaik DHA ialah ikan salmon, sardin dan tuna. Susu dan yogurt juga merupakan ‘superfood’ kerana kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang anda. Manakala, daging pejal, ayam dan kekacang pula mengandungi rendah lemak dan tinggi protein serta serat. Kesemua makanan ini baik untuk anda dan membantu anda rasa cepat kenyang.

3. Menyusukan bayi

Banyak desas-desus yang mengatakan ibu susah hendak kurus kerana menyusukan bayi. Jangan dengar mitos tersebut. Tahukah anda, salah satu cara untuk anda cepat kurus adalah dengan menyusukan bayi. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang menyusukan anak secara eksklusif dapat membantu mereka segera kembali kepada berat badan asal seperti sebelum kehamilan. Penyusuan badan secara eksklusif selama enam bulan terawal kelahiran dapat memberikan anda mendapatkan tambahan 300 kalori sehari!

4. Jangan biar badan kurang air

Minum banyak air masak bagi mengelakkan badan anda nyahhidrat. Pengambilan air secukupnya dapat membantu anda untuk tidak mengambil makanan berlebihan. Malah, sesetengah kajian juga memberitahu bahawa pengambilan air yang mencukupi dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh anda.

5. Bersenamlah!

Bagi mendapatkan tubuh idaman, anda perlu melakukan senaman untuk membakar kalori dan memastikan otot serta tulang anda kuat. Tidak semestinya anda perlu melakukan senaman lasak. Anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau berjoging sekurang-kurangnya 10 minit sehingga 30 minit setiap sesi. Walau bagaimanapun, jika anda bersalin secara pembedahan, minta nasihat doktor sebelum anda mula melakukan sebarang senaman.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    https://www.webmd.com/baby/features/8-tips-for-losing-weight-after-pregnancy#1

    https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000586.htm

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Yang Baik Semasa Pandemik COVID-19, Pakar Kata Ramai Orang Lebih GEMBIRA, Ini Sebabnya…

    Selepas pandemik COVID-19, banyak norma kehidupan berubah. Kata pakar, apa yang berlaku itu boleh menjadi punca rasa bahagia dan gembira, benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya! – Baca Ini Sebelum Beli

    Tidak dinafikan, pinggan viral mungkin nampak cantik tapi bahaya ekoran terdapat plumbum di dalamnya. Klik artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Normalkah Jika Anak Berimaginasi Ada Teman Bermain? Ini Pandangan Pakar!

    Majoriti kanak-kanak akan mempunyai kawan imaginasi. Persoalannya, adakah ia normal? Jika ya, apa yang anda perlu lakukan? Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Awasi Simptom Aritmia! Jantung Kadang Laju, Kadang Perlahan- Ini Mungkin Petanda Sakit Jantung

    Anda alami degupan jantung yang kadangkala laju atau perlahan tidak seperti kebiasaan? Hati-hati, ia mungkin jenis penyakit jantung ini; penyakit aritmia

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz