Proses pemulihan selepas bersalin czer bergantung kepada beberapa komponen kritikal dan salah satu daripadanya adalah makanan atau pengambilan nutrisi yang optimum.
Dalam aspek pengambilan makanan pantang czer, ada makanan yang boleh diambil dan ada makanan yang perlu dielakkan.
Ibu yang baru bersalin penting untuk memahami bahawa menu berpantang czer yang baik dapat menggalakkan proses pemulihan yang optimum.
Makanan pantang czer: Kunci utama kepada proses pemulihan selepas bersalin
Pada suatu ketika dahulu, sejurus selepas pembedahan caesarean, ibu hanya dibenarkan mengambil air kosong sehinggalah mereka kentut.
Perkara ini dianggap penting kerana kentut merupakan tanda bahawa usus si ibu berada dalam keadaan baik dan boleh memproses makanan yang berbentuk pepejal.
Menurut kajian wanita yang mengambil makanan dalam tempoh 8 jam selepas pembedahan kebiasaannya kurang memerlukan ubat tahan sakit.
Adakah ini bermaksud selepas mereka sedar daripada kesan ubat bius, mereka perlu dipaksa makan?
Beberapa isu perlu diambil kira sebelum anda boleh memberikan makanan kepada isteri anda yang bersalin czer. Wanita yang melalui prosedur tersebut cenderung untuk mendapat masalah berkaitan dengan sistem penghadaman.
Ini bermakna mereka akan berasa loya, muntah dan tidak mempunyai selera makan selepas sedar.
Sebahagian pesakit juga akan mengalami masalah kekejangan pada bahagian abdomen membuatkan pengambilan makanan menjadi sukar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen