backup og meta

Tip Elak Serangan Jantung: Kena Tahu Cara Kira Bacaan Nadi Normal

Tip Elak Serangan Jantung: Kena Tahu Cara Kira Bacaan Nadi Normal

Tahukah anda kadar denyutan nadi normal boleh menjadi kayu ukur untuk anda kenal pasti tanda sakit jantung?

Sebenarnya, anda boleh periksa kadar denyutan nadi anda setiap pagi untuk tahu kesihatan jantung anda. Bagaimana? Jom ikuti artikel kami di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apa yang terjadi pada denyutan nadi normal anda ketika sakit jantung?

Jantung merupakan organ penting yang bertindak mengepam darah ke segenap tubuh badan.

Organ ini bekerja 24 jam tanpa henti, memastikan peredaran darah ke seluruh badan anda tidak berhenti.

Namun, apa yang terjadi ketika anda terkena serangan jantung? Adakah degup jantung anda akan meningkat, menurun atau terus terhenti?

Ramai yang percaya ketika sakit jantung, jantung akan terhenti sepenuhnya. Namun, itu bukanlah kesnya untuk setiap individu yang mengalami sakit jantung.

Apabila anda sakit jantung, beberapa bahagian pada jantung anda akan ‘mati’ dan berhenti berfungsi disebabkan kekurangan darah.

Degup jantung seseorang boleh jadi perlahan (bradycardic) ataupun lebih cepat (tachyardic) mengikut jenis sakit jantung yang mereka alami.

Ketika jantung anda dalam keadaan tertekan, selalunya anda akan alami simptom seperti berikut:

  • Sakit dada
  • Sakit pada bahagian tangan, dada, belakang, leher dan rahang
  • Berpeluh
  • Sesak nafas
  • Rasa mual
  • Pening
  • Rasa seperti dalam keadaan bahaya

Lelaki atau perempuan, kedua-duanya berhadapan dengan risiko untuk mengalami sakit jantung.

Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah obesiti, darah tinggi, gaya hidup tidak aktif, dan sejarah keluarga akan mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Periksa denyutan nadi normal anda di rumah!

denyutan nadi normal
Denyutan nadi boleh diperiksa menggunakan jam pintar.

Ketika tubuh kita dalam keadaan yang normal, badan akan mengepam darah dalam keadaan optimum mengikut keperluan tubuh.

Ketika bersenam pula, jantung akan berdegup lebih pantas untuk membekalkan oksigen kepada otot. Semakin kuat badan bekerja, semakin kuat jugalah degupan jantung normal orang dewasa atau kanak-kanak.

Degupan jantung normal orang dewasa adalah sekitar 60-100 degup sesaat.

Namun, ada perkara lain seperti kafein, nikotin, ataupun ubat-ubatan yang boleh membuatkan degupan jantung anda lebih pantas ataupun perlahan daripada biasa.

Jika ingin memeriksa nadi, anda boleh lakukan pada waktu pagi dengan mengira nadi anda selama 30 saat. Kemudian, bacaan nadi tadi anda darab pula dengan dua.

Anda boleh dapatkan bacaan yang lebih tepat dengan melakukan aktiviti yang sama 3 kali berturut-turut.

Selain itu, anda juga boleh gunakan alatan teknologi yang sedia ada seperti jam pintar anda untuk dapatkan bacaan degupan jantung tidak normal dan normal yang lebih tepat.

Jika nadi anda ‘melompat’ ataupun denyutan nadi laju walaupun anda sedang berehat, segeralah berjumpa doktor.

Sama juga jika nadi anda bergerak lebih perlahan daripada normal. Ini mungkin boleh jadi tanda anda mempunyai sakit jantung!

bacaan tekanan darah
5 kesilapan yang menjejaskan bacaan tekanan darah.

Penyakit jantung datang tanpa amaran

Walaupun jantung merupakan organ yang tahan lasak, kadangkala sakit jantung boleh datang menyerang tanpa sebarang amaran.

Sebagai contoh, sakit jantung boleh berlaku secara senyap kepada pesakit yang menghidap diabetes.

Anda boleh menghidap sakit jantung tanpa mempunyai sebarang tanda atau simptom awal.

Serangan jantung senyap ini merangkumi 45% daripada keseluruhan kes serangan jantung dan ia juga lebih berisiko kepada kaum lelaki daripada perempuan.

Ia dipanggil ‘senyap’ kerana anda tidak dapat rasa tanda-tanda biasa yang pesakit serangan jantung lain rasa.

Kadang-kadang, anda akan anggap sakit yang anda alami itu cuma sakit biasa kerana simptomnya yang amat ringan.

Oleh itu, hati-hatilah dan selalu jaga pemakanan anda. Penyakit selalunya datang tak diundang. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan!

Peranan senaman dalam membantu kadar denyutan nadi normal anda

degupan jantung tidak normal
Cara menaikkan nadi rendah.

Senaman ialah salah satu cara untuk memperbaiki kadar denyutan nadi jantung anda.

Senaman yang betul dapat merendahkan kadar denyutan nadi normal semasa berehat dan juga menaikkan kadar maksimum denyutan jantung anda.

Namun, sebelum memulakan senaman, jika anda mempunyai risiko serangan jantung ataupun kencing manis, sila dapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu.

Doktor mungkin akan cadangkan senaman yang sesuai dengan keadaan dan juga umur anda.

Senaman yang sesuai untuk meningkatkan kadar denyutan nadi jantung anda ialah senaman aerobik.

Senaman aerobik boleh memperbaiki kitaran darah yang secara tidak langsung akan merendahkan tekanan darah dan juga kadar denyutan nadi normal jantung.

Senaman aerobik juga dapat mengurangkan risiko diabetes dan juga membantu mengawal kadar gula dalam darah.

Cuba lakukan senaman selama 30 minit sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Sebagai permulaan, anda boleh mencuba senaman mudah seperti berjalan ataupun berbasikal.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. About Heart Attacks. https://www.heart.org/en/health-topics/heart-attack/about-heart-attacks. Accessed June 23, 2020.
  2. Common Questions about Heart Attack Symptoms. https://www.goredforwomen.org/en/about-heart-disease-in-women/signs-and-symptoms-in-women/common-questions-about-heart-attack-symptoms. Accessed June 23, 2020.
  3. Beats per minute a signal of heart health.  https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/Beats_per_minute_a_signal_of_heart_health. Accessed June 23, 2020.
  4. Heart attack. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-attack/symptoms-causes/syc-20373106. Accessed June 23, 2020.
  5. Silent Heart Attack. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21630-silent-heart-attack. Accessed June 23, 2020.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Awas Gejala Penyakit Aritmia! Situasi Degupan Jantung Kadang Laju @ Perlahan!

Gemar Minum Teh Hijau? Kajian Kata Ia Bagus Untuk Kesihatan. Jom Ketahui Mengenainya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan