backup og meta

Tak Semua Karbo Yang Anda Makan Itu Sama, Ada 2 Jenis Karbohidrat Yang Anda Kena Tahu!

Tak Semua Karbo Yang Anda Makan Itu Sama, Ada 2 Jenis Karbohidrat Yang Anda Kena Tahu!

“Ibu, ada berapa banyak jenis karbohidrat?”, soal Akif kepada ibunya yang sedang khusyuk menceritakan kepentingan diet seimbang dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kepadanya.

Sebenarnya, mungkin bukan Akif seorang sahaja yang belum tahu serba-serbi mengenai nutrien ini kan? Jom sama-sama kita belajar mengenai karbo!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apa itu karbohidrat?

Sebelum pergi lebih lanjut, kita perlu tahu apakah ia sebenarnya terlebih dahulu.

Karbohidrat adalah komponen dalam makanan yang berfungsi menyalurkan tenaga melalui kalori kepada tubuh badan.

Bersama dengan protein dan lemak, ia adalah antara tiga nutrien makro yang tubuh badan perlukan untuk berfungsi dengan baik.

Karbohidrat terdiri daripada 3 komponen iaitu serat, kanji dan gula.

jenis karbohidrat
Antara makanan yang rendah karbohidrat.

Kadar pengambilan sehariannya adalah bergantung kepada umur, jantina, tinggi dan berat badan anda.

Tahap aktiviti fizikal anda juga akan menentukan kadar pengambilannya.

Lebih aktif anda, lebih banyak tenaga yang dibakar dan lebih banyak kalori yang anda perlukan.

Karbohidrat atau ringkasannya karbo, boleh ditemui secara natural di dalam makanan.

Kekurangan pengambilan karbo akan mengakibatkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.

Jika diambil secara berlebihan pula, ia mungkin akan menyebabkan diabetes.

Jadi, sila rancang pengambilan nutrien ini dengan lebih berhati-hati, ya?

Contoh makanan karbohidrat

Berikut merupakan senarai beberapa jenis makanan yang kaya dengan karbohidrat:

  • Nasi
  • Roti
  • Pasta
  • Kekacang
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Bijirin
  • Bijian
  • Produk tenusu
  • Makanan dan minuman bergula
jenis karbohidrat
Spagheti juga antara sumber karbohidrat.

Jenis karbohidrat perlu anda ketahui

Buat anda yang belum tahu, terdapat dua karbohidrat utama yang kita perlu tahu iaitu karbohidrat mudah dan karbohidrat kompleks.

Jenis karbohidrat kompleks

Karbo kompleks ada dua kategori iaitu kanji dan serat.

Kedua-dua karbo ini perlu diuraikan terlebih dahulu oleh tubuh badan sebelum digunakan sebagai sumber glukosa. Antara contoh makanan yang kaya dengan kanji adalah roti, kentang dan jagung.

Antara contoh diet seimbang yang kaya dengan serat pula adalah bijirin, bijian dan oat.

Kedua-dua kategori karbo kompleks ini sangat disarankan untuk diambil kerana masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Karbohidrat mudah

Karbo mudah terdiri daripada gula semula jadi dan gula tambahan.

Gula semula jadi merujuk kepada yang boleh dijumpai secara alami dalam produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Gula tambahan pula merujuk kepada gula yang ditambah kepada sebarang makanan semasa prosedur memasak.

Gula tambahan kebiasaannya dilabelkan dengan nama seperti:

  • glukosa
  • fruktosa
  • maltosa
  • sukrosa

Memilih jenis karbohidrat terbaik

Menurut Dietary Guidelines 2015-2020 yang dikeluarkan oleh Office of Disease Prevention and Health Promotion menyarankan anda untuk lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu untuk meningkatkan pengambilan karbohidrat.

Dalam masa yang sama, mereka juga turut menyarankan untuk kurangkan pengambilan gula dalam diet.

Dalam usaha meningkatkan kualiti karbohidrat yang diambil dalam diet, pilih makanan atau minuman yang mengandungi karbo kompleks dan kurangkan mengambil karbo mudah.

Selain itu, mereka turut mencadangkan agar anda memasak sendiri di rumah berbanding mengambil makanan atau minuman segera yang boleh beri kesan kepada kesihatan anda.

jenis karbohidrat
Sayuran antara makanan rendah karbohidrat.

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat dua jenis karbohidrat utama yang kita perlu tahu.

Fakta

Karbo kompleks juga dikenali sebagai karbo yang baik. Karbo mudah pula dikenali sebagai karbo yang buruk.

Jadi, pilih karbo yang terbaik untuk keseimbangan diet anda.

Jika anda seorang ibu yang ada anak bertanya soalan seperti Akif, gunakan artikel ini sebagai panduan, ya?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Carbohydrates. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/nutrition-basics/carbohydrates#. Accessed on November 12, 2019.

Types of Carbohydrates. https://www.diabetes.org/healthy-living/recipes-nutrition/understanding-carbs/types-carbohydrates. Accessed on November 12, 2019.

Carbohydrates. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15416-carbohydrates. Accessed on November 12, 2019.

Learning About Carbohydrates. https://kidshealth.org/en/kids/carb.html. Accessed on November 12, 2019.

The Functions of Carbohydrates in the Body. https://www.eufic.org/en/whats-in-food/article/the-basics-carbohydrates. Accessed on November 12, 2019.

Versi Terbaru

05/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nasi Lemak Menggemukkan? Ambil Tahu Jumlah Kalorinya Dulu!

7 Jenis Buah Terbaik Semasa Hamil, Sedap & Berkhasiat Untuk Ibu & Bayi


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan