Diet Terbaik Untuk Hati Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/09/2018
Share now

Hati merupakan organ terbesar di dalam abdomen. Bukan sahaja saiz yang besar, fungsi serta peranannya juga besar. Antara fungsinya termasuk:

  • Menyahtoksik ubat, alkohol dan bahan-bahan toksik daripada persekitaran.
  • Menukar makanan yang dimakan kepada tenaga serta menghasilkan bahan kimia yang diperlukan oleh otak dan urat saraf tunjang.
  • Mengawal pembekuan darah dan kadar kolesterol, menyimpan vitamin, mineral dan gula serta mengawal simpanan lemak.
  • Menghasilkan hempedu yang membantu penghadaman.
  • Membantu sistem ketahanan badan dan menghapuskan bakteria dalam darah.

Bagi mengekalkan kesihatan hati, pemakanan adalah faktor yang penting untuk dititikberatkan. Ingin tahu diet terbaik untuk hati anda? Teruskan membaca selanjutnya.

1. Oat

Makanan tinggi serat adalah paling baik untuk hati. Cuba ambil oat sebagai permulaan hari anda. Oat membantu mengurangkan lemak khususnya di perut yang penting dalam memastikan hati kekal sihat.

2. Elakkan makanan berlemak

Makanan fast food seperti burger, kentang goreng dan nuget adalah sangat tidak sihat untuk hati. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh menyukarkan hati untuk menjalankan fungsinya. Dalam jangka masa panjang, ia mungkin boleh menyebabkan keradangan pada organ tersebut. Jadi, setiap kali ingin membeli di kaunter pandu laju, fikirkan semula baik dan buruknya.

3. Brokoli

Sayur hijau ini merupakan antara sayur dengan kandungan serat paling tinggi. Terdapat kajian yang mendapati bahawa brokoli boleh melindungi seseorang daripada penyakit hati berlemak.

4. Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak boleh membebankan hati memandangkan salah satu daripada fungsinya adalah mengawal kadar gula dalam darah. Dalam jangka masa panjang, mereka yang mengambil banyak gula berisiko menghidap keadaan kesihatan seperti hati berlemak.

5. Teh hijau

Minuman ini mengandungi sejenis antioksidan bernama catechins. Ia didapati mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser hati. Manfaatnya lebih besar jika diminum semasa air masih panas.

6. Air kosong

Anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Air kosong sudah cukup banyak manfaatnya. Ia menghidrat tubuh serta membuatkan anda rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ingin Bangun Awal? Cuba Kedah Ini

    Jika ada satu tabiat kesihatan yang anda ingin amalkan, tidur dan bangun awal ialah amalan yang terbaik boleh anda lakukan. Pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik boleh berlaku jika seseorang tidak mendapatkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    4 Tip Pemakanan Sihat Sempena Tahun Baru 2019

    Apa pun azam tahun baru anda, mengubah tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat pasti memberikan manfaat yang besar kepada diri. Apa yang kita makan dan minum memberi kesan terhadap fungsi tubuh dalam melawan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Bagaimana Ingin Menjadikan Kesihatan Sesuatu yang Berjangkit?

    Kita sedia maklum bahawa demam denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), tuberkulosis, HIV, demam campak, dan influenza boleh berjangkit dari seorang individu ke individu yang lain. Namun, bukan penyakit sahaja ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Tip Bersukan Dengan Selamat

    Bersukan merupakan amalan gaya hidup yang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Selain pemakanan sihat, aktiviti fizikal memainkan peranan besar dalam memastikan keseimbangan antara kalori yang diambil ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    Pemakanan untuk Jantung yang Sihat

    Pemakanan untuk Jantung yang Sihat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 09/05/2019
    Sukakan Garam? Penemuan Terbaharu Mengenai Neuron yang Memicu Keinginan Terhadap Garam

    Sukakan Garam? Penemuan Terbaharu Mengenai Neuron yang Memicu Keinginan Terhadap Garam

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/03/2019
    Pengaruh Negatif Media Sosial Terhadap Pengambilan Makanan Oleh Kanak-kanak

    Pengaruh Negatif Media Sosial Terhadap Pengambilan Makanan Oleh Kanak-kanak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 27/03/2019
    Pemakanan Sihat Untuk Kesihatan Mental

    Pemakanan Sihat Untuk Kesihatan Mental

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 07/03/2019