Fast Food Boleh Jadikan Anda Lebih Kurus? Betul Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/06/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Seorang pemuda bernama Shamil telah berkongsi ciapan di akaun Twitter miliknya berkenaan pengalamannya yang berjaya menurunkan berat badan walaupun mengambil fast food seperti Ayam Goreng McDonald (McD). Ya, ternyata jejaka ini berjaya menurunkan berat badannya daripada 90 kg kepada 59 kg dalam tempoh 67 hari dan masih menikmati keenakan Ayam Goreng McD dalam tempoh tersebut. Ciapan tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial sehingga mendapat sebanyak 7,331 likes dan 5,408 retweets. Persoalannya, adakah benar makan fast food boleh menurunkan berat badan seseorang individu? Ikuti penjelasan yang lebih lanjut di bawah ini.

  1. Kira kalori sehari.

Dalam perkongsian di Twitter, Shamil menerangkan bahawa dia membuat perkiraan pengambilan kalori harian walaupun dia mengambil fast food dalam dietnya. Menurutnya, dia hanya makan mengikut jumlah kalori iaitu 1,800 kalori setiap hari. Dan, memandangkan dia tidak melakukan senaman setiap hari, jadi dia hanya mengambil sebanyak 1,500 kalori sahaja dalam sehari. Contohnya, jika dia mengambil McD yang memiliki kalori sebanyak 1,200, dia akan memastikan pengambilan makanan yang lebih rendah kalori pada waktu makan malam agar tidak melebihi pengambilan 1,500 kalori harian. 

  1. Perlu ke elak sarapan pagi jika ingin makan fast food pada tengah hari?

Bagi mengelakkan pengambilan kalori berlebihan, Shamil akan melangkau waktu makan paginya. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa SARAPAN adalah waktu makan yang PALING PENTING setiap hari. Sarapan memulakan metabolisma tubuh badan anda yang membantu anda membakar kalori sepanjang hari. Ia juga memberikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk melakukan pelbagai perkara selain membantu anda untuk lebih fokus terhadap sebarang pekerjaan yang anda lakukan. 

Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa walaupun individu yang tidak bersarapan mengambil sedikit kalori di siang hari, mereka cenderung untuk mempunyai indeks jisim badan atau BMI yang lebih tinggi. Oleh itu, jangan sesekali mengelakkan sarapan semata-mata risau akan pengambilan kalori yang berlebihan pada waktu makan tengah hari. 

  1. ‘Wajib’ bersenam setiap hari.

Dalam pada mengawal pengambilan kalori harian, Shamil turut memastikan bahawa dia sentiasa melakukan aktiviti fizikal. Dia melakukan aktiviti senaman di gimnasium selama satu jam dalam sehari, dan melakukannya setiap hari. Ini menunjukkan bahawa dia terlibat dengan gaya hidup yang aktif yang membantunya menurunkan berat badan.

Melalui perkongsian tersebut, jelas sekali teknik menurunkan berat badan pemuda ini masih mengutamakan soal pengambilan kalori harian dan kekal aktif. Untuk mengelakkan kekeliruan, kaedah ini menggunakan prinsip diet rendah karbohidrat dan menggantikannya dengan protein untuk mencapai pengambilan kalori yang lebih rendah. Walaupun pengambilan makanan seperti ini setiap hari dapat membantu menurunkan berat badan, ia masih dianggap  tidak sihat disebabkan faktor paras lemak trans dan karsinogen yang tinggi. Di samping itu, anda tidak boleh memakan Big Mac atau Ayam Goreng KFC tanpa had setiap hari dan hanya duduk menonton televisyen atau tidur setelah kekenyangan kerana bukan itu yang dimaksudkan olehnya. Sekiranya anda melakukan tabiat seperti itu, anda akan berisiko untuk mengalami masalah kardiovaskular di kemudian hari yang mengakibatkan anda untuk tidak lagi mempunyai peluang memakan Big Mac bersama rakan-rakan. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Sumber karbohidrat boleh membingungkan kerana sebilangan pihak mendakwa pengambilannya menghalang penurunan berat badan dan menyebabkan masalah kegemukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Obesiti, Pemakanan Sihat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

    Mahu kurangkan berat badan? Jika ingin kurus, ini yang perlu anda ketahui mengenai kalori per hari untuk diet, barulah berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 14/01/2021 . 3 minit bacaan

    Stres! Tiap Kali DATANG BULAN Mesti Berat Badan Naik, Ini Faktor Wanita Gemuk Ketika Period

    Apabila menimbang berat badan hari-hari biasa hasilnya normal sahaja, tetapi ketika 'datang bulan', angka terus naik! Pernahkah anda mengalami situasi ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah

    Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan

    Obesiti boleh dikategorikan sebagai penyakit kronik yang kini didiagnosis dalam kalangan 650 juta orang dewasa di seluruh dunia. Ini kesannya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Obesiti, Pemakanan Sihat 30/12/2020 . 4 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    cara kurus

    Nak Kurus Tapi Malas Berdiet? Ini 5 Rahsia Tampil Langsing Tanpa Perlu Berlapar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
    diet Mediterranean sihat

    Diet Mediterranean Dinobatkan Pola Pemakanan Terbaik Tahun 2021! Apa Keistimewaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
    berat badan turun mendadak

    Berat Badan Turun Mendadak? Awas, Silap Gaya Boleh Sebabkan Komplikasi Kesihatan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
    sumber karbohidrat untuk diet

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan