4 Peringkat Serangan Migrain Anda Mungkin TIDAK Tahu Langsung Wujud

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/04/2020

Tiada sesiapa yang mengalami serangan migrain pernah menyangka mereka akan menderita dek serangan tersebut pada bila-bila masa.

Tapi tahukah anda – serangan migrain mempunyai peringkat yang berbeza-beza?

Bagi mendapatkan rawatan yang efektif, amat penting untuk anda memahami setiap peringkat migrain yang bakal atau tengah dilalui oleh anda.

Berikut merupakan maklumat 4 peringkat serangan migrain utama yang mungkin anda tidak pernah sedar selama ini.

peringkat migrain

  • Peringkat migrain awal – Prodrome

Prodrome merupakan pra-migrain. Ia biasanya dialami individu yang bakal mendapat serangan migrain. 

Simptomnya berbeza-beza bagi setiap individu dan ia boleh berlangsung selama beberapa jam atau beberapa hari pada satu masa. 

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan mereka yang mengalami serangan migrain tidak semestinya mendapat pra-migrain.

Antara simptom yang boleh dialami sepanjang tempoh prodrome adalah:

  1. Perubahan mood
  2. Kelesuan
  3. Sensitif pada cahaya dan bunyi
  4. Insomnia (masalah sukar tidur)
  5. Loya
  6. Sembelit atau cirit-birit

Individu yang mengalami peringkat awal ini juga boleh mendapat simptom kekejangan otot, terutamanya pada bahagian leher dan bahu.

Mereka yang mendapat serangan pra-migrain boleh mengalami perubahan mood yang ketara seperti kemurungan, cepat marah (iritabiliti) dan sukar untuk menumpukan perhatian. 

Simptom lain yang lebih spesifik pada peringkat migrain prodrome adalah sering mengantuk atau menguap, haus, mengidam, dan kerap kencing.

2. Peringkat serangan migrain kedua – Aura

Hampir ⅓ pesakit migrain mengalami peringkat aura sebelum serangan migrain berlaku. Aura merupakan tanda amaran sebelum datangnya serangan migrain.

Sama seperti peringkat prodrome, hanya segelintir individu akan melalui peringkat ini.

Simptom aura biasanya akan sembuh selepas 5 minit. Namun bagi segelintir pesakit, ia boleh berlanjutan sehingga 60 minit.

Manakala bagi 20% individu yang mempunyai masalah migrain pula, mereka mengalami aura lebih lama daripada 60 minit! 

Sesetengah individu lain mengalami peringkat aura selepas mereka rasa sakit kepala.

Apa yang anda perlu tahu adalah mereka yang sering mendapat peringkat serangan migrain aura biasanya berkait rapat dengan masalah sistem saraf. 

Perubahan tahap aktiviti pada kawasan korteks otak yang berlaku pada peringkat aura menyebabkan simptom penglihatan seperti tompok gelap, kerlipan atau garisan zig-zag

Simptom lain seperti rasa “sesemut” pada jari-jemari, lemah tubuh badan, pening kepala atau vertigo. 

Pesakit yang mengalami aura migrain juga boleh mengalami masalah berkaitan dengan percakapan, pendengaran, perubahan memori, paranoid dan kekeliruan mental.

3. Peringkat seterusnya – sakit kepala

Sakit kepala adalah titik utama bagi simptom masalah migrain.

Ia boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah kepala. Masalah ini boleh berlarutan sehingga 3 hari dan ia berbeza bagi setiap individu.

Tahap kesakitan sakit kepala juga berbeza mengikut keadaan. Ada yang mengalami sakit kepala ringan, dan ada juga yang parah.

Simptom sakit kepala adalah kawasan sakit terasa berdenyut dan berjalan mungkin boleh memburukkan lagi keadaan. 

Kesakitan juga boleh beralih di antara kedua-dua belah kepala. Namun, sakit kepala bukanlah satu-satunya simptom yang anda boleh alami semasa serangan migrain peringkat ketiga ini.

Antara simptom lain yang turut dikaitkan dengan serangan migrain adalah:

  1. Loya
  2. Kesukaran untuk tidur
  3. Kegelisahan
  4. Sensitif pada cahaya, bunyi dan bau

Malah, membuka lampu atau bersenam juga boleh menyebabkan migrain semakin teruk.

peringkat serangan migrain

4. Peringkat serangan migrain terakhir – postdrome

Turut dikenali sebagai fasa “hangover”, postdrome adalah peringkat yang berlaku pada fasa pengakhiran sakit kepala.

Hampir 80% pesakit migrain mengalami peringkat postdrome berikutan serangan migrain. 

Durasi bagi peringkat migrain ini berbeza-beza mengikut individu, namun ia kebiasaannya berlaku tidak lebih daripada 24 jam.

Simptom yang boleh dialami adalah:

  1. Kelesuan
  2. Sakit badan
  3. Sukar untuk menumpukan perhatian
  4. Pening kepala
  5. Sensitif pada cahaya

Apa yang menariknya tentang peringkat ini adalah terdapat individu yang mengalami simptom bercanggah dengan apa yang dialaminya pada peringkat sebelum ini. 

Fenomena ini dikenali sebagai simptom “cermin”.

Mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan pada peringkat prodrome, boleh mengalami kenaikan selera makan pada peringkat postdrome

Individu yang kelesuan pada peringkat sebelum ini mungkin mengalami kenaikan tahap tenaga pada peringkat migrain postdrome.

Kesimpulannya, penting bagi setiap individu yang mengalami masalah migrain untuk memahami setiap peringkat serangan. 

Perkara ini boleh membantu sedikit sebanyak dalam pelaksanaan rawatan bagi mengawal tahap keterukan sakit kepala yang dialami.

Pada segelintir kes, ia dapat menghindarkan serangan migrain daripada berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hubungan Intim Boleh Bantu Legakan Migrain? Ini Jawapannya!

    Ramai yang percaya seks dan migrain mempunyai kaitan. Malah, ada yang kata seks boleh membantu legakan migrain. Adakah ia benar? Jom ikuti artikel!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sering Migrain? Ini 5 Jenis Rawatan Migrain Berkesan Yang Anda Perlu Cuba

    Pelbagai jenis rawatan migrain boleh dipreskripsikan kepada mereka yang sering mengalami serangan migrain. Jom kenali 5 daripadanya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    Pastikan Ada 5 Checklist Migrain Ini Dulu Sebelum Hadir Temujanji Dengan Doktor

    Sebelum anda hadir temujanji doktor, ada 5 checklist yang perlu disediakan. Ini termasuklah rekod sejarah migrain yang lampau. Mengapa perlu ada checklist?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Selalu Diserang Migrain? Ini 4 Kesan Migrain Dalam Kehidupan Seharian Yang TIDAK RAMAI Sedar!

    Individu yang menderita masalah migrain cenderung berhadapan dengan beberapa kesan migrain dalam kehidupan seharian mereka yang boleh menyebabkan bahaya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nurul Nazrah

    Artikel lain untuk anda

    pil perancang keluarga

    Biar Betul! Pil Perancang Keluarga Boleh Kurangkan Period Pain? 

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 12/05/2020
    masalah migrain

    Usah Biarkan! Ini 5 Sebab Kenapa Penderita Migrain Perlu Berjumpa Pakar Neurologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/04/2020
    tuntutan kesihatan

    Dah Banyak Berhabis Duit Merawat Migrain? Ini 5 Tip Nak Claim Insurans Kesihatan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/04/2020
    5-cara-mengawal-masalah-migrain

    Kerap Diserang Migrain? Apa Kata Anda Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/04/2020