home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Aktiviti Menarik Lagi Efektif Melawan Serangan Migrain, Ada Yang Boleh Cuba Di Rumah Saja!

5 Aktiviti Menarik Lagi Efektif Melawan Serangan Migrain, Ada Yang Boleh Cuba Di Rumah Saja!

Senaman sebagai cara mengatasi migrain mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Tapi menurut pakar, ada beberapa aktiviti mudah yang boleh jadi cara hilangkan migrain yang efektif!

Disebabkan itu, wajar untuk anda melakukan aktiviti yang disarankan ini bagi mengurangkan migrain. Jom kita lihat apakah aktiviti menarik lagi efektif tersebut!

Cara Mengatasi Migrain #1 – Kekal Relaks Dengan Yoga

Yoga adalah satu senaman yang sesuai untuk memastikan tubuh anda kekal rileks.

Dan kita tahu, salah satu cara mengatasi migrain adalah dengan memastikan fizikal dan mental sentiasa dalam keadaan tenang.

Yoga juga boleh menguatkan otot tubuh, meningkatkan fleksibiliti serta memperbaiki sistem kardiovaskular dan perjalanan darah.

Jika mahu sesuatu yang lebih mencabar, mungkin anda boleh cuba aerial yoga yang guna buaian dan tarikan graviti.

2 – Bernavigasi Di Atas Air

cara mengatasi migrain

Melakukan aktiviti di atas air seperti berkayak atau berkanu juga dipercayai salah satu cara mengatasi migrain yang sangat menarik dan efektif!

Antara manfaat aktiviti ini terhadap fizikal adalah meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kekuatan bahagian atas tubuh, kekuatan kaki dan mengurangkan risiko kekoyakan tisu otot dan sendi.

Aktiviti ini juga membolehkan anda bermeditasi, dengan suasana tasik atau sungai yang tenang.

Jika kayak atau berkanu terlalu membosankan, mungkin ada boleh cuba whitewater slaloming atau wildwater rafting yang lebih mencabar.

Cara Hilangkan Migrain #3 – Berenang Umpama Juara!

Jika anda kurang minat untuk buat aktiviti di atas air, apa kata anda berenang? Ia juga satu cara hilangkan migrain yang sangat efektif!

Malah, ia juga sangat bagus untuk kesihatan kardiovaskular serta kondisi tubuh.

Selain itu, aktiviti surfing menggunakan papan luncur juga adalah aktiviti air yang menarik.

Ia bukan sahaja mampu menguatkan koordinasi tubuh dengan minda, malah mampu meningkatkan kesihatan mental.

Surfing juga mampu melatih refleks tubuh badan secara semula jadi, dan bantu mengurangkan hormon stres dalam badan serta merembeskan hormon endorfin yang mampu membuat kalian kekal positif.

4 – Kurangkan Sakit Kepala Dengan Regangan

cara hilangkan migrain

Kunci utama melawan sakit kepala akibat migrain adalah bergantung pada tahap keseimbangan badan.

Senaman regangan mampu merelakskan ketegangan pada leher dan belakang badan yang menjadi punca sakit kepala.

Pilates antara rutin senaman paling ideal untuk meregangkan semua otot penting, sekaligus memastikan keseimbangan badan.

Barre juga aktiviti yang bagus dalam usaha melawan migrain. Ia adalah gabungan pilates dengan tarian serta senaman yang memfokuskan kepada pergerakan badan.

Ia mampu menguatkan otot serta memperbaiki postur tubuh badan.

Dalam pada itu, ia juga penting dalam memastikan ketahanan kardiovaskular selain mampu menguat ketumpatan tulang untuk mengelak osteoporosis.

Cara Mengatasi Migrain #5 – Cegah Migrain Dengan Latihan Rintangan

Kajian menunjukkan kesakitan pada leher dan bahu boleh dikurangkan dengan melakukan latihan rintangan sekurang-kurangnya 2 minit sehari.

Ia adalah sangat efektif dalam usaha menguatkan otot pada bahagian tersebut. Selain itu, ia juga mampu melegakan ketegangan otot akibat duduk terlalu lama.

Jadi, bersenamlah untuk menguatkan otot, melancarkan perjalanan darah, menenangkan minda serta mengawal pernafasan.

Senaman rintangan merupakan aktiviti yang berteraskan graviti dan mempunyai banyak kelebihan sebagai cara mengatasi migrain.

Kepada sesiapa yang masih tidak percaya dengan aktiviti yang dikatakan sebagai cara mengatasi migrain ini, ketahuilah bahawa ia adalah sangat penting untuk dilakukan buat anda yang selalu mengalami sakit kepala.

Ia juga mampu membuat anda mengawal migrain dan memahami setiap simptom dengan lebih baik. Kesannya, anda mungkin tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada ubatan yang dipreskripsi oleh doktor.

Dalam erti kata yang lebih mudah, aktiviti yang kami senaraikan ini sudah tentu mampu membantu anda sebagai salah satu petua melawan migrain.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ayu Idris Disemak pada 16/12/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x