1. Tekanan bukan penyebab migrain
Para saintis mengiktiraf hampir ratusan perkara yang meningkatkan risiko serangan migrain. Penyebab migrain mungkin termasuk makanan tertentu, perubahan cuaca, ketidakseimbangan hormon, jadual tidur tidak teratur dan pendedahan kepada lampu terang serta bunyi yang kuat.
Tekanan secara tidak langsung memberi kesan kepada sakit kepala migrain dengan menyebabkan migrain sukar bertoleransi, meningkatkan sensitiviti terhadap perkara tertenti seperti bunyi bising, cahaya, aroma yang kuat dan cuaca lembap.
2. Kanak-kanak boleh mendapat migrain
Migrain selalunya tidak didiagnosis pada kanak-kanak, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa sehingga 10% kanak-kanak mendapat migrain. Keadaan ini tidak turun-temurun, tetapi mungkin terdapat beberapa gen yang menimbulkan predisposisi seseorang. Akibatnya, kira-kira 50% daripada kanak-kanak dipengaruhi migrain. Jumlah itu melonjak sehingga 75% jika kedua-dua ibu bapa mempunyai migrain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen