backup og meta

Ambil 7 Jenis Makanan Sihat Ini Untuk Membina Kekuatan Tulang

Ambil 7 Jenis Makanan Sihat Ini Untuk Membina Kekuatan Tulang

Apakah jenis nutrien dan contoh minuman atau makanan untuk kuatkan tulang? Jom baca artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Jenis nutrien penting untuk menguatkan tulang

Kita sedia maklum, kalsium adalah antara nutrien yang paling penting untuk tulang. Jika tidak cukup, tubuh akan mula menyerap kalsium dari tulang, sekali gus membuat ia lemah dan rapuh sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang panjang.1

“Individu dewasa secara purata memerlukan sekitar 1,000 mg kalsium sehari dan jumlah ini boleh meningkat kepada 1,200 mg seiring peningkatan usia,” jelas Pakar Perubatan Dalaman, Dr Donald Brown.2

Selain itu, nutrien lain yang sama pentingnya termasuk vitamin D, protein, kolagen, zat besi dan zink untuk menyokong tulang yang kuat. Adalah penting untuk memasukkan gabungan nutrisi-nutrisi ini dalam diet harian sebagai salah satu langkah dalam menyokong kekuatan tulang anda.

Disebabkan itu, anda perlu utamakan menu makanan untuk kuatkan tulang kerana sumber semula jadi itu sudah pasti jauh lebih baik berbanding alternatif seperti suplemen yang mungkin ada kesan sampingan bagi sesetengah orang jika tidak diambil secara betul.

Sekiranya anda kurang memberi perhatian kepada nutrien di atas selama ini, masih belum terlambat untuk anda mengambilnya! 

Contoh makanan untuk kuatkan tulang 

makanan untuk kuatkan tulang

Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak contoh makanan yang baik untuk tulang dan sendi. Senarai menu di bawah mengandungi tinggi kalsium dan pelbagai lagi nutrisi penting untuk tulang:

Senarai menu makanan untuk kuatkan tulang 

#1. Susu & produk tenusu

Tidak perlu disangkal, sumber kalsium dan pelbagai nutrisi penting lain untuk tulang yang paling utama boleh didapati melalui tenusu! Ia juga adalah makanan untuk kuatkan tulang yang popular. 

Terdapat 3 produk tenusu yang paling utama iaitu susu, keju dan yogurt. Menurut Pakar Diet Mary Condon, secawan susu mengandungi kira-kira 300 mg kalsium yang bagus untuk tulang yang sihat dan kuat.3

#2. Telur ayam

Berita baik buat mereka yang suka makan telur ayam, ia bagus untuk tulang anda! Alasannya, bahagian kuning telur mengandungi tinggi nutrisi penting terutama protein dan vitamin D yang diperlukan di dalam makanan untuk kuatkan tulang.4

Namun, bahagian putih telur juga mengandungi banyak lagi nutrien lain yang juga bermanfaat buat anda.

#3. Sayur-sayuran 

Ketiga, sayur-sayuran hijau seperti kailan dan brokoli merupakan sumber kalsium serta banyak lagi nutrien lain yang baik, bukan sahaja untuk tulang, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan.

Menurut kajian terbitan Bone Reports, orang dewasa yang mengambil sayuran berdaun hijau (sarat dengan vitamin K) setiap hari akan dapat memperbaiki metabolisme tulang mereka.5

#4. Buah-buahan 

Pengambilan buah-buahan dalam diet anda membantu memberi banyak nutrisi kepada tulang anda agar ia lebih kuat dan sihat. 

Menurut kajian terbitan The American Journal of Clinical Nutrition, wanita dalam fasa pasca menopaus yang mengambil 50g buah prun setiap hari boleh membantu dalam mengekalkan dan menguatkan ketumpatan mineral tulang.6

#5. Kekacang

Selain sayur dan buah, jangan lupa ada satu lagi jenis tumbuhan yang sama penting iaitu kekacang. Ia bukan sahaja tinggi dengan protein malah vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk tulang.7

Bagi menyokong kesihatan tulang yang optimum, sila pertimbangkan untuk mengambil lebih banyak kekacang contohnya badam dan soya dalam diet seimbang.7

Selain itu, produk kekacang seperti tofu dan tempe juga merupakan sumber protein serta kalsium yang penting sebagai antara makanan untuk kuatkan tulang.  

makanan untuk kuatkan tulang

#6. Ikan berlemak

Kalsium memerlukan vitamin D bagi membantu tubuh badan menyerap dan memproses mineral ini dengan efektif.

Antara sumber vitamin ini yang sangat baik adalah ikan berlemak seperti salmon, sardin, makerel dan lain-lain.8 Jadi, pengambilan daging ikan seperti ini sudah tentu adalah makanan untuk kuatkan tulang. 

#7. Makanan yang mengandungi magnesium & zink

Terdapat banyak contoh makanan yang mengandungi magnesium seperti kacang tanah, badam, soya dan biji chia. Manakala, anda juga boleh dapatkan zink di dalam makanan termasuk daging merah, gandum penuh dan produk tenusu.

Kenapa magnesium dan zink penting untuk tulang? Kajian Clinical Cases in Mineral and Bone Metabolisme menyatakan, kedua-dua zat ini bersama dengan kalsium penting untuk proses penyatuan nutrisi secara organik di dalam tulang.9

Ambil susu untuk kuatkan tulang

Selain mengamalkan diet yang seimbang untuk menguatkan tulang, ramai juga individu yang gemar menggunakan suplemen untuk tulang dan sendi. 10

Tetapi bukan semua orang sesuai untuk mengambil suplemen seperti kalsium tambahan. Ia boleh meningkatkan risiko kalsium berlebihan di dalam darah selain masalah pada organ dalaman, jika tidak diambil secara betul.10 

Maka, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang jenis suplemen kalsium ya?

Sebenarnya, antara cara yang paling mudah untuk mendapatkan kalsium adalah dengan mengambil susu dalam diet seimbang setiap hari! 

makanan untuk kuatkan tulang

Antara produk susu untuk menyokong tulang yang sihat

Selain tinggi dengan kalsium, susu juga mengandungi pelbagai lagi nutrien yang diperlukan oleh tulang.11

Sekiranya anda masih tertanya-tanya dan tercari-cari tentang produk seperti ini, boleh cuba susu daripada Anlene!

Anlene yang dikenali sebagai jenama susu tepung dewasa nombor satu di Malaysia, kini memperkenalkan rangkaian terbaru, Anlene Total 10!

Produk daripada Anlene ini tidak hanya tinggi dengan kalsium malah mengandungi nutrien seperti protein, kolagen, prebiotik inulin, zat besi + zink, vitamin (A, B2, B6, B12, C, D, E) serta MFGM Active.

Apa yang lebih menarik, produk susu Anlene Total 10 ini hanya perlu diminum dua gelas sahaja setiap hari dan akan membantu memenuhi 100% keperluan kalsium dan vitamin D. Perkara ini adalah penting untuk kita mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. 

Selain mengandungi nutrien yang penting untuk membantu mengekalkan tulang kuat, produk ini juga mengandungi protein untuk membantu menyokong pembinaan tisu seperti otot, vitamin B2 untuk membebaskan tenaga, prebiotik inulin yang baik untuk usus, serta vitamin A yang penting untuk mata dan kulit.

Tersedia dalam perisa vanila, ia sudah tentu boleh menjadi antara pilihan makanan untuk menyokong keperluan dalam menjaga tulang yang kuat yang anda boleh pertimbangkan. Tulang yang kuat merupakan kunci untuk mengekalkan pergerakan demi kesejahteraan hidup.

BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Calcium, https://www.eatright.org/health/essential-nutrients/minerals/calcium, Accessed Nov 20 2023.
  2. Calcium Supplements: How Much Calcium Is Too Much?, https://www.houstonmethodist.org/blog/articles/2021/oct/calcium-supplements-how-much-calcium-is-too-much/, Accessed Nov 20 2023.
  3. Dairy for strong bones? 2 essential nutrients for bone and joint health, https://www.uchicagomedicine.org/forefront/orthopaedics-articles/essential-nutrients-for-bone-and-joint-health, Accessed Nov 20 2023.
  4. Are eggs good for you or not?, https://www.heart.org/en/news/2018/08/15/are-eggs-good-for-you-or-not, Accessed Nov 20 2023.
  5. The effects of vitamin K-rich green leafy vegetables on bone metabolism: A 4-week randomised controlled trial in middle-aged and older individuals, https://research-repository.uwa.edu.au/en/publications/the-effects-of-vitamin-k-rich-green-leafy-vegetables-on-bone-meta, Accessed Nov 20 2023.
  6. Prunes preserve hip bone mineral density in a 12-month randomized controlled trial in postmenopausal women: the Prune Study, https://pure.psu.edu/en/publications/prunes-preserve-hip-bone-mineral-density-in-a-12-month-randomized, Accessed Nov 20 2023.
  7. Lifelong Nutrition for Healthy Bones, https://spinehealth.org/article/lifelong-nutrition-for-healthy-bones/, Accessed Nov 20 2023.
  8. Nutrients For Bone Health, https://americanbonehealth.org/nutrition/nutrientsforbonehealth/, Accessed Nov 20 2023.
  9. Copper, magnesium, zinc and calcium status in osteopenic and osteoporotic post-menopausal women, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4469220/, Accessed Nov 20 2023.
  10. Calcium and calcium supplements: Achieving the right balance, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/calcium-supplements/art-20047097, Accessed Nov 20 2023.,
  11. What type of milk should you be drinking?, https://www.gundersenhealth.org/health-wellness/eat/what-type-of-milk-should-you-be-drinking, Accessed Nov 20 2023.

Versi Terbaru

24/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pastikan 5 Perkara Ini Sebelum Anda Beli Susu Untuk Orang Tua!

5 Rutin Ini Bantu Kurangkan Risiko Tulang Patah & Reput, Jom Amalkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan