Tip Penjagaan Bulu Mata

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Mata adalah pintu hati. Bagaimanapun, mata bukanlah satu-satunya perkara yang memerlukan penjagaan dan perlindungan, bulu mata juga memerlukannya. Berikut adalah beberapa tip untuk menjaga bulu mata anda dengan betul.

Apa yang menyebabkan keguguran bulu mata?

Apabila menjaga bulu mata, ia memerlukan kelembutan kerana ia sangat rapuh dan mudah rosak. Jangan gosok bulu mata anda secara berlebihan, atau menarik maskara.

Di samping itu, untuk menanggalkan solekan mata atau maskara, elakkan daripada menggosok. Rendamkan bola kapas dalam pencuci, kemudian sapukan pada mata anda selama beberapa saat sebelum perlahan-lahan menyapu solekan yang tersisa. Itu adalah lebih baik untuk bulu mata anda.

Apa yang perlu dilakukan untuk memastikan bulu mata bersih dan sihat

Perlu diingatkan bahawa sama seperti setiap bahagian tubuh yang lain, bulu mata anda perlu dibersihkan setiap hari supaya ia boleh tumbuh dengan normal dan menjadi sihat. Oleh itu, basuh bulu mata anda setiap hari dengan pembersih yang lembut, dan ingat untuk menanggalkan apa-apa solekan yang tersisa di bulu mata anda dengan produk khusus.

Anda boleh menggunakan minyak kelapa untuk menanggalkan solekan, atau secara alternatif, anda boleh menggunakan syampu bayi, kerana ia sangat lembut pada kulit, terutama kawasan mata. Selain itu, adalah penting untuk tidak berkongsi alat solek anda dengan orang lain untuk mengelakkan pencemaran silang dan sebarang jangkitan.

Makan makanan sihat untuk bulu mata yang sihat

Untuk menjadikan bulu mata sihat dan berkembang secara normal, tubuh memerlukan vitamin yang cukup seperti vitamin C, E, H, B kompleks, protein dan mineral. Oleh itu, ikuti diet seimbang, yang mengandungi banyak sayuran dan buah-buahan. Juga, ingat untuk minum banyak air untuk kulit dan bulu mata yang sihat.

Elakkan penggunaan bulu mata palsu

Bulu mata palsu adalah luar biasa dalam membuatkan mata anda kelihatan lebih besar dan mendalam. Walau bagaimanapun, ia mempunyai beberapa kelemahan yang perlu anda pertimbangkan. Semasa menanggalkan bulu mata palsu, jika anda terkasar, banyak bulu mata semulajadi anda akan tercabut.

Di samping itu, gam yang digunakan untuk menampal bulu mata mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Oleh itu, akhirnya dalam jangka panjang ia akan merosakkan bulu mata anda. Disebabkan itu anda tidak boleh menggunakan bulu mata palsu pada setiap hari, ini bermakna anda hanya perlu menggunakannya dalam acara besar dan penting sahaja.

Minyak kelapa

Minyak kelapa sangat terkenal dalam menjaga kulit, rambut dan bulu mata. Ia bukan sahaja kaya dengan vitamin, tetapi ia juga mengandungi banyak asid lemak, yang sangat baik untuk pertumbuhan bulu mata anda. Di samping itu, ia sesuai sebagai pelembab, dan orang juga percaya bahawa ia menjadikan bulu mata anda lebih panjang.

Selain itu, ia sangat murah dan semulajadi. Ini bermakna ia mudah dicari dan mesra dengan pelbagai jenis kulit, bahkan yang paling sensitif. Sapukan minyak kelapa pada hujung bulu mata anda, biarkan ia dalam semalaman dan bilaskannya pada waktu pagi. Anda pasti akan melihat perbezaan selepas beberapa kali menggunakan produk ini.

Perlu diingat bahawa bulu mata sangat rapuh, dan mudah rosak. Jagalah bulu mata anda dengan betul supaya mata anda dapat bersinar dengan cara yang paling indah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Tarikh Reviu: Januari 16, 2019 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019