Hah! Uban Tumbuh Lebih Cepat Dan Banyak Jika Stres?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/03/2020

Semakin anda tua, maka semakin banyak rambut beruban yang anda miliki. Tetapi, walaupun umur anda masih muda, tidak bermakna anda tidak akan memiliki banyak uban.

Ada sesetengah individu yang masih boleh dikategorikan sebagai golongan muda, mempunyai rambut beruban yang jelas kelihatan walaupun jumlahnya tidak begitu banyak. Ada yang menyatakan uban yang tumbuh ini terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab seperti terlalu banyak berfikir, sudah lanjut usia, dan juga disebabkan oleh tekanan atau stres.

Oleh itu, apakah faktor sebenar yang menyebabkan kewujudan uban pada rambut?

Betul ke stres sebabkan rambut beruban? 

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, stres memainkan peranan yang signifikan dalam perubahan warna rambut daripada warna asal kepada warna kelabu. 

Walaupun para saintis telah lama memahami bahawa terdapatnya hubungan antara stres dan rambut yang beruban, tetapi kajian terbaharu ini telah mengesahkannya dengan lebih mendalam bagaimana ia berlaku.

Bagaimana stres sebabkan uban tumbuh?

rambut beruban

Pada permulaan kajian, penyelidik melihat kepada kortisol, iaitu sejenis hormon stres yang meningkat naik dalam tubuh apabila seseorang individu tersebut mengalami respons ‘lawan atau lari’ (fight or flight). Kortisol adalah satu fungsi badan yang amat penting, tetapi jika ia sentiasa wujud dengan kadar yang tinggi, ia akan memberikan kesan negatif pada tubuh badan manusia

Bahan kimia yang dilepaskan ketika tindak balas stres, terutama sekali norepinephrine, boleh menyebabkan sel stem penghasil pigmen diaktifkan secara tidak matang lalu mengurangkan simpanan warna rambut

Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Ya-Chieh Hsu, selepas beberapa hari, kesemua sel stem penghasil pigmen ini hilang dan tubuh tidak lagi dapat menghasilkan kembali pigmen untuk rambut manusia. Ini kerana, kerosakan yang berlaku pada warna rambut ini bersifat kekal.

Dr. Kasey Nichols dari Rave Review pula menyatakan, stres terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan antara radikal bebas dan juga antioksidan dalam badan kita atau disebut sebagai stres oksidatif (oxidative stress). Ia kemudiannya menyebabkan kerosakan pada tisu, protein dan juga DNA. 

Genetik turut sebabkan uban tumbuh pada rambut

Walaupun stres mungkin memainkan peranan signifikan yang menyebabkan rambut anda menjadi beruban, namun masih terdapat pelbagai sebab lain yang membolehkan ia berlaku.

Dalam kebanyakan kes, ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetik keluarga individu itu sendiri.

Menurut Dr. Lindsey A. Bordone, Profesor Dermatologi di Columbia University Medical Center, rambut beruban disebabkan oleh kehilangan sel pigmen dalam folikel rambut. Ia akan berlaku seiring dengan peningkatan usia. Tetapi malangnya, tidak terdapat sebarang rawatan yang boleh mengembalikan semula sel pigmen ini. 

Beliau juga menyatakan, faktor genetik turut menjadi punca berlakunya rambut beruban terhadap seseorang individu itu. Tidak terdapat sebarang rawatan perubatan yang boleh mereka lakukan untuk menghalang perkara ini daripada berlaku apabila ia disebabkan oleh faktor genetik. 

Apa faktor lain yang menyebabkan berlakunya rambut beruban? 

rambut beruban

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2013, merokok diketahui merupakan salah satu faktor risiko bagi kejadian rambun beruban pramatang. Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan proses uban pramatang seperti kekurangan protein, vitamin B-12, tembaga dan juga zat besi. Di samping itu, ia juga boleh disebabkan oleh pengumpulan stres oksidatif.

Apa yang boleh anda lakukan untuk melambatkan uban pramatang?

Bagi anda yang ingin melambatkan proses uban pramatang, anda boleh cuba lakukan perkara-perkara ini:

  • Ambil makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon dan kacang walnut
  • Kurangkan pendedahan diri dan rambut anda daripada cahaya ultraviolet kerana ia boleh merosakkan kulit dan juga rambut anda
  • Ambil suplemen vitamin B-12 dan vitamin B-6

Kajian lanjut masih diperlukan

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard ini hanyalah kajian yang dijalankan terhadap tikus semata-mata. Oleh itu, kajian ini juga perlu dilaksanakan ke atas manusia bagi menguatkan hasil kajian. 

Menurut Dr. Ya-Chieh Hsu, bagi memahami dengan lebih tepat lagi, kajian telah meletakkan satu asas untuk mengetahui bagaimana stres memberi kesan kepada tisu dan organ lain dalam tubuh.

“Memahami bagaimana tisu-tisu manusia berubah semasa berada dalam keadaan stres adalah langkah kritikal pertama ke arah penyediaan rawatan. Akhirnya, perkara ini dapat menghentikan atau membalikkan kesan stres yang amat merugikan, ” ujar Dr. Ya. 

Kesimpulan

rambut beruban

Adakah mungkin akan terdapat satu rawatan khusus yang boleh mengembalikan warna asal rambut setelah ia beruban?

Perkara ini masih tidak dapat dipastikan, tetapi ia juga tidak mustahil. Jika saintis berjaya mengembalikan semula sel pigmen yang hilang ke dalam rambut manusia, maka pada ketika itu ia bukanlah satu perkara yang tidak mungkin berlaku. 

Selain itu, elakkan juga daripada sebarang perkara atau persekitaran yang boleh membuatkan anda stres. Jika tidak, rambut yang beruban pasti akan bertambah dengan cepat daripada hari ke hari. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Kerap Diserang Migrain? Apa Kata Anda Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya

    Individu yang mengalami serangan migrain, biasanya tugasan harian akan terjejas. Jadi berikut 5 cara mengawal masalah migrain untuk anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Mudah Rasa Cemas dan Gelisah? Ini Cara Hilangkannya, Jangan Sampai Jadi Stres

    Anda mudah rasa cemas dan gelisah terutamanya apabila berdepan situasi yang tertekan? Tidak mengapa, terdapat 7 cara mengatasi kegelisahan yang anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Takut Pergi Salun Masa PKP? Relaks, Ini 5 Cara Betul Rapikan Rambut DIY Di Rumah!

    Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa kedai gunting rambut boleh mula beroperasi pada pkp fasa 3 ini. Namun, adakah ia selamat untuk pergi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Coronavirus, COVID-19 16/04/2020

    Artikel lain untuk anda

    stres bunuh diri

    Terkenal Dengan Kes Bunuh Diri, Jepun Kini Catat Penurunan 20% Kesan Perintah Berkurung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    punca stres

    Wajib Skor Straight A Punca Anak Stres, Dorong Plagiarism? Jangan Terkejut, Penyebabnya Ibu Bapa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    cara mengatasi tekanan perasaan

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    meroyan selepas bersalin

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/05/2020