home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa Anda Perlu Tahu Selepas Mewarnakan Rambut?

Apa Anda Perlu Tahu Selepas Mewarnakan Rambut?

Di dunia ini, tidak semua individu dilahirkan dengan rambut yang berwarna selain hitam. Oleh itu, anda perlu mewarnakan rambut anda untuk mendapatkan warna rambut yang anda inginkan. Malangnya, prosedur ini berisiko merosakkan rambut. Disebabkan itu, anda perlu tahu bagaimanakah untuk menjaga rambut anda selepas mewarnakannya. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Garis Panduan Selepas Mewarnakan Rambut

#1. Hadkan pembasuhan rambut

Anda tidak perlu membasuh rambut anda secara kerap. Selepas 3 hari pertama mewarnakan rambut, jangan syampu rambut anda. Jika rambut anda mula berminyak, gunakan syampu kering.

#2. Gunakan perapi rambut

Selepas mewarnakan rambut, ia akan mudah kering. Disebabkan itu, anda perlu menggunakan perapi rambut ketika mandi atau ketika menyikat rambut untuk mengelakkan rambut kering dan mengembalikan tekstur semula jadinya.

#3. Keringkan rambut dengan berhati-hati

Haba yang dikeluarkan daripada pengering rambut, alat meluruskan rambut atau alat keriting rambut akan merosakkan rambut lebih lagi. Oleh itu, gunakan pengering rambut atau sebarang alat penjagaan rambut yang berkualiti dengan selamat.

#4. Berikan perhatian terhadap hujung rambut yang bersimpul

Rambut yang diwarnakan lebih berisiko untuk tersimpul. Gunakan produk rambut untuk mengelakkan ia berlaku. Jika anda memang sudah sedia mempunyainya, potong simpulan tersebut menggunakan gunting.

#5. Lindungi rambut anda daripada cahaya matahari

Rambut yang kering dan berwarna tidak boleh terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari. Anda boleh menggunakan produk yang mengandungi perlindungan UV atau tutupkan rambut anda menggunakan selendang buat sementara waktu.

#6. Gunakan minyak rambut semula jadi

Minyak rambut semula jadi adalah rahsia kepada kecantikan rambut. Ia boleh membuat rambut kelihatan lebih lembut, sihat dan bersinar. Gunakan ia setiap hari dan lihat perbezaannya.

#7. Dapatkan potongan rambut

Akhir sekali, anda perlu memotong rambut anda bagi memastikan tiada lagi hujung rambut yang bersimpul. Selain itu, ia juga akan membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut yang baharu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

10 Things to Do After Bleaching Your Hair, Going Blonde. http://www.gurl.com/. Accessed January 17, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Ahmad Farid pada 10/04/2019
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x