backup og meta

Jerawat Masalah Umum Ketika Akil Baligh. TAPI Usah Bimbang, Ada Cara Merawatnya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/10/2022

    Jerawat Masalah Umum Ketika Akil Baligh. TAPI Usah Bimbang, Ada Cara Merawatnya

    Jerawat remaja adalah keadaan paling biasa berlaku ketika anak muda belasan tahun. Oleh kerana ia sering muncul di bahagian muka, ia sedikit sebanyak menjejaskan penampilan anda. Artikel ini akan memberikan beberapa maklumat mengenai ciri-ciri jerawat dalam tempoh akil baligh ini.

    Jerawat remaja & tempoh akil baligh

    Jerawat akan muncil apabila folikel rambut disekat dengan sel kulit mati dan minyak yang berlebihan. Ia paling biasa bermula pada tempoh akil baligh, tetapi masih ada kes jerawat akan tumbuh pada tahap kehidupan yang lebih dewasa.

    Apabila memasuki zaman akil baligh, hormon mengalami perubahan, menyebabkan kelenjar minyak di kulit akan membesar, dan mengeluarkan lebih banyak minyak, malah sebenarnya terlalu banyak banyak.

    Minyak yang berlebihan ini akan bercampur dengan sel kulit mati pada kulit, menyumbat liang-liang pori, mengakibatkan kemunculan jerawat. Minyak yang berlebihan boleh menghasilkan bakteria pada kulit yang dipanggil Propionibacterium acnes.

    Jerawat remaja bukan hanya muncul di wajah, tetapi ia boleh berada di dada, belakang badan, leher dan bahu anda.

    Terdapat pelbagai jenis jerawat; bintik putih (whiteheads) muncul apabila liang tersumbat; bintik hitam (blackheads) muncul apabila pori tersumbat dan kekal terbuka; jerawat (pustules) terdapat nanah di dalamnya; nodul boleh menyebabkan parut dan sakit; serta sista iaitu sejenis jerawat yang teruk, dipenuhi nanah dan boleh menyebabkan parut.

    tempoh akil baligh

    Krim muka, pewarna rambut, pakaian yang terkena kulit, berpeluh, cuaca lembap dan tekanan boleh menjadi antara faktor timbulnya jerawat dan juga faktor yang akan memburukkan keadaan jerawat anda.

    Kaedah merawat jerawat remaja

    Rawatan untuk jerawat bergantung kepada usia, kesihatan keseluruhan, dan keadaan jerawat anda. Matlamat rawatan adalah untuk meningkatkan penampilan kulit anda dan mencegah parut jerawat. Rawatan boleh termasuk ubat-ubatan dan produk penjagaan kulit harian.

    Produk penjagaan kulit remaja

    Penjagaan kulit adalah penting tidak kira apa keadaan kulit anda. Penjagaan kulit termasuk pembersihan, pelembab, dan pelindung matahari.

    • Bersihkan kulit perlahan-lahan dengan pencuci muka dan air suam. Jangan gunakan sabun yang terlalu kuat untuk kulit. Ia boleh menyebabkan kerengsaan. Jangan guna wap air panas kerana ia akan menghilangkan minyak penting pada kulit
    • Pastikan kulit ada terhidrasi. Anda boleh gunakan pelembap dan memperbanyakkan minum air pada siang hari. Gunakan produk yang dilabel ‘non-comedogenic’ dan bebas minyak
    • Lindungi kulit anda daripada radiasi sinaran matahari dengan menggunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih. Ulang pemakaian pelindung matahari setiap 2 jam. Sekiranya anda terlibat dengan aktiviti berenang atau berpeluh dengan banyak, anda mungkin perlu mengaplikasinya dengan lebih kerap
    • Jangan memicit jerawat kerana ia akan menyebabkan parut

    picit jerawat

    Ubat-ubatan

    Anda boleh mencuba beberapa ubat untuk merawat dan mencegah jerawat yang mengandungi benzoyl peroksida (benzoyl peroxide) dan asid salisilik (salicylic acid).

    Sekiranya ubat-ubatan tidak berfungsi, doktor mungkin akan memberikan anda ubat yang lebih kuat seperti antibiotik, tretinoin untuk mengurangkan bakteria dan menghentikan komedon (comedone) baru merebak.

    Jerawat adalah perkara biasa pada remaja. Jerawat remaja biasanya bermula apabila mereka melangkah ke tempoh akil baligh dan ia akan hilang apabila melepasi tempoh remaja.

    Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh menjejaskan keyakinan mereka dan boleh menjadi lebih buruk jika tidak menjaga kulit dengan betul.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan