Sekiranya anda mendapati diri anda mempunyai minyak yang berlebihan di antara kedua-dua waktu cucian muka, gunakan pad perubatan atau kertas menyerap minyak untuk mengelakkannya.
Gunakan pencuci muka yang sesuai
Pilih pencuci muka lembut terlebih dahulu. Dalam keadaan apabila anda lebih menykai pencuci yang lebih kuat, cari pencuci yang dirumus khas untuk kulit berminyak. Pencuci ini mungkin mengandungi benzoyl peroksida, asid salisilik, asid glikolat atau asid beta hidroksi dalam bahan-bahannya. Bahan ini adalah baik untuk bukan sahaja kulit berminyak tetapi juga kulit jerawat.
Sekiranya anda masih belum menemui pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda, teruskan mencuba untuk mencari yang sesuai. Simpan buku nota untuk menulis semua tindak balas baik dan buruk kulit anda kepada produk tersebut.
Elakkan daripada menggosok wajah anda
Apabila mencuci wajah, jangan gosok wajah anda dengan berlebihan. Tindakan ini boleh merangsang kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak.
Gunakan toner dengan cara yang betul
Gunakan toner hanya di kawasan berminyak pada wajah anda. Untuk kawasan lain, toner boleh menjadikannya kering, jadi berhati-hati.
Lembapkan kulit anda
Ramai yang salah faham bahawa kulit berminyak tidak perlu dilembapkan. ini tidak benar, jika kulit berminyak dilembapkan, pengeluaran minyak boleh dikurangkan. Pastikan anda memilih produk yang sesuai. Pilih pelembap berasaskan air atau bebas minyak dan elakkan krim berat.