Ketahui Apa Itu “Inteloransi Laktosa”

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Laktosa adalah gula semula jadi yang terdapat dalam kebanyakan prosuk tenusu. Individu yang mengalami intoleransi laktosa sukar untuk mencerna laktosa secara normal. Rancangan pemakanan yang bersesuaian adalah penting untuk mengurangkan simptom yang menganggu keadaan ini.

Apakah itu Inteloransi Laktosa?

Inteloransi laktosa lebih biasa berlaku dalam kalangan dewasa berbanding kanak-kanak kerana bayi bergantung kepada susu ibu untuk mendapatkan nutrien. Semakin meningkat usia, tubuh kita kurang bergantung kepada susu dan mengurangkan laktase, iaitu enzim yang diperlukan untuk memecahkan laktosa. Lama-kelamaan, pengambilan produk tenusu boleh menyebabkan cirit-birit, mual dan angin. Disebabkan itu kebanyakan individu menghindari makanan ini.

Walau bagaimanapun, produk makanan harian mengandungi sejumlah besar kalsium dan vitamin D, yang mana diperlukan untuk membina tulang yang kuat. Pengambilan kalsium dan vitamin D yang tidak mencukupi boleh menyebabkan tulang rapuh. Disebabkan itu anda harus mengubah diet tanpa laktosa untuk menjamin kesihatan secara menyeluruh.

Adakah perlu mengelakkan makanan mengandungi laktosa?

Walaupun inteloransi laktosa menyusahkan, namun tidak bermakna kita tidak boleh memakan makanan yang mengandungi laktosa. Walaupun mengalami keadaan inteloransi laktosa, individu tersebut masih boleh menyerap sebilangan tertentu laktosa, dan pada tahap ini berbeza antara individu.

Sesetengah penyelidikan juga menunjukkan kemungkinan bahawa individu dengan inteloransi laktosa akhirnya boleh membina toleransi dengan mengambil sedikit susu. Ini akan mengubah bakteria usus dan menjadikannya mudah untuk mencerna laktosa. Anda boleh cuba menambah segelas susu semasa makan tengah hari atau yogurt yang rendah laktosa. Anda juga boleh mengambil tablet laktase untuk membantu mencerna laktosa daripada farmasi.

Risiko laktosa tersembunyi

Jika anda telah merancang diet dengan ketat dan masih mendapat simptom berkenaan, ia disebabkan oleh beberapa sumber laktosa yang mungkin anda terlepas pandang. Sesetengah makanan boleh mengandungi laktosa dalam ramuannya seperti roti, makanan bakeri, bijirin yang diproses, sup, sos krim dan salad. Anda mungkin perlu memeriksa label makanan dengan teliti untuk bahan seperti whey, kasein, dadih dan produk tenusu.

Selain itu, ubatan tertentu juga mengandungi lakstosa seperti sesetengah vitamin dan pil perancang. Amalkan diet yang dirancang dengan baik dan berikan perhatian kepada makanan anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut