backup og meta

Sensasi Virtual, Trend Kini Berasmara Di Alam Maya - Apa Kesannya Kepada Kita?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/06/2020

    Sensasi Virtual, Trend Kini Berasmara Di Alam Maya - Apa Kesannya Kepada Kita?

    Ada yang menganggap seks virtual sebagai satu interaksi seksual dan ada yang tidak.

    Ia merupakan satu fenomena yang boleh dikatakan baharu selaras dengan kemajuan sistem komunikasi, industri pornografi dan teknologi dunia. 

    Bayangkan jika anda boleh “bersenggama” dengan artis pujaan anda tanpa perlu menanggung kesan dan tanggungjawab seusai interaksi tersebut selesai. 

    Ia dianggap sebagai satu pencapaian hebat terutamanya dalam industri pornografi berikutan lonjakan jumlah pengguna selepas konsep tersebut diperkenalkan.

    Kini, fenomena seks virtual telah tersebar ke seluruh dunia dan ia mencetuskan perdebatan di antara ahli akademik berkenaan dengan kesan baik dan buruk melakukannya. 

    Baca artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Nota penafian: Artikel ini ditulis hanya untuk tujuan perbincangan akademik. Penulis tidak sama sekali menggalakkan pengamalan seks virtual dalam kehidupan seharian pembaca.

    Seks virtual, lubuk emas buat syarikat perfileman pornografi

    pornografi

    Kaedah seks virtual merupakan salah satu interaksi seksual yang popular di seluruh dunia.

    Ia sering menjadi subjek perbincangan hangat berkaitan dengan implikasinya terhadap interaksi seksual konvensional.

    Sememangnya kesihatan seksual penting bagi memastikan setiap individu berada dalam keadaan sihat.

    Namun, adakah seks virtual mampu untuk mempengaruhi tahap kesihatan seksual individu?

    Menurut salah sebuah syarikat pornografi terbesar di dunia, sejak pengenalan konsep pornografi realiti maya (VR) di laman sesawangnya pada tahun 2016, jumlah pengunjung telah meningkat setinggi 275%.

    Bayangkan, secara puratanya, jumlah tontonan berada pada angka 500,000 sehari!

    Pada musim cuti, sebagai contoh hari Krismas, purata tontonan tersebut boleh melonjak naik sehingga 900,000 tontonan. Sangat mengejutkan bukan?

    Artikel berkaitan:

    Trafik sebegitu bukan sahaja dapat meningkatkan prestasi laman sesawang tersebut, ia juga berupaya untuk menarik pelabur yang ingin mendapatkan keuntungan besar.

    Secara mudahnya, ia boleh diibaratkan sebagai lubuk emas.

    Menjelang 2025, industri pornografi realiti maya akan mempunyai nilai pasaran setinggi 1 bilion USD.

    Mark Kernes yang merupakan penyunting senior di syarikat AVN Media Network berkata, mereka tidak putus-putus menerima stok video baharu setiap hari!

    Perkara ini menunjukkan potensi industri pornografi VR untuk pergi lebih jauh dalam pasaran semasa.

    Namun, adakah ia mampu memberikan kesan baik kepada pengguna? 

    Teknologi baharu mempengaruhi jenis interaksi seksual pengguna

    seks virtual

    Suatu ketika dahulu, komputer sangat mahal. Ini bermakna ia merupakan satu alat yang jarang digunakan dalam satu komuniti tempatan.

    Namun, konsep seks virtual telah wujud berdekad lamanya.

    Pada waktu itu, konsep interaksi seks virtual melibatkan penggunaan telefon, sistem pesanan ringkas dan mel elektronik (e-mel).

    Walaupun kaedah tersebut dianggap outdated, ia masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

    Bukan semua individu dapat membiasakan diri dengan penggunaan teknologi canggih terutamanya mereka yang sudah biasa dengan kaedah lama.

    Menurut Pakar Terapi Seks, Louanne Cole Weston, penggunaan kaedah seks virtual merupakan salah satu pilihan yang wajar terutamanya bagi individu yang merasakan tubuh badan mereka tidak menarik.

    Menurutnya lagi, mereka yang sering terlibat dengan kegiatan seks virtual merupakan ibu atau bapa tunggal yang sibuk bekerja dan balu atau duda yang cuba untuk merasai kenikmatan seksual dengan pasangan maya.

    Ia merupakan satu keadaan yang luar biasa, memandangkan topik keinginan seksual yang sering dianggap tabu diperbincangkan secara terbuka melalui kegiatan seks virtual.

    Masalah keintiman berkaitan dengan kegiatan seks virtual

    pornografi

    Ramai individu yang terlibat dengan hubungan seks virtual.

    Perkara ini turut dipersetujui oleh Jenn Berman seorang Ahli Psikologi yang mempunyai kepakaran dalam bidang kekeluargaan dan kaunseling perkahwinan.

    Namun, jika seks virtual menjadi pilihan utama dalam hubungan intim individu, ia merupakan satu petanda kepada masalah keintiman pasangan.

    Bayangkan anda memilih untuk beronani di hadapan komputer tatkala isteri/suami sedang menunggu di bilik tidur. 

    Ia merupakan petanda awal yang anda memerlukan bantuan memandangkan tindakan tersebut boleh mempengaruhi tahap keintiman emosi dengan pasangan anda sendiri.

    Konsep yang sering dikaitkan dengan kesan negatif ini mempunyai kaitan dengan hormon dopamin memandangkan ia merupakan satu bentuk ketagihan.

    Semakin lama, kesan dopamin tersebut semakin berkurangan.

    Artikel berkaitan:

    Ini bermakna anda perlu mencari inisiatif baharu (cari pasangan virtual baharu atau tukar video baharu) untuk memastikan jumlah hormon tersebut sentiasa berada pada paras optimum.

    Perkara tersebut bukanlah satu petanda yang baik.

    Lambat laun ia boleh memberi kesan buruk terhadap hubungan anda dengan pasangan.

    Anda terfikir untuk cuba? Fikirkannya semula!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 26/06/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan