Bila Waktu Sesuai Berasmara Dengan Pasangan Di Bulan Puasa? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 24/04/2020

Ramadan sudah tiba. Setiap daripada kita pasti ingin menyediakan diri untuk memperbanyakkan lagi amal jariah di bulan mulia ini.

Antara soalan popular diajukan semasa bulan puasa ini adalah makanan dan minuman yang sesuai untuk kita ambil bagi meningkatkan tenaga.

Tidak kurang juga ada yang bertanya tentang aktiviti senaman terbaik untuk dilakukan semasa sedang berpuasa.

Namun, soalan sebegitu adalah perkara yang sudah biasa dikupas.

Bagaimana dengan soalan mengenai waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks ketika bulan puasa?

Pasti ramai pasangan suami isteri yang ingin tahu mengenai perkara ini bukan?

Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Hukum melakukan seks ketika bulan puasa

seks dan migrain

Pertama sekali, kita haruslah ambil tahu perkara penting ini terlebih dahulu – Hukum berasmara dengan pasangan ketika bulan puasa bukanlah sesuatu yang dilarang dalam agama Islam.

Pun begitu, ada beberapa aturan yang wajib diikuti.

Antaranya adalah pasangan suami isteri dilarang sama sekali untuk melakukan hubungan intim pada waktu siang kerana ia akan membatalkan puasa.

Atau lebih tepat lagi, ketika waktu kalian sedang berpuasa iaitu dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Seks adalah salah satu perlakuan yang termasuk dalam perkara membatalkan puasa selain makan dan minum. Jadi, patuhilah ia dengan baik.

Sekiranya pasangan suami isteri sudah tidak boleh bersenggama pada waktu siang, ini bermakna kalian berdua hanya boleh melakukannya pada waktu malam atau waktu pagi sebelum sahur.

Persoalannya, pukul berapa yang merupakan waktu sesuai seks ketika bulan puasa?

Waktu sesuai seks ketika bulan puasa menurut pakar

cara tingkatkan nafsu seks

Ramai pasangan suami isteri yang masih berteka-teki dengan perkara ini.

Adakah waktu malam selepas berbuka?Atau waktu pagi sebelum bersahur? Atau kedua-duanya sekali?

Tenang, kami ada jawapannya.

Menurut Profesor Dr. Wimple Pangkahila, Pakar Andrologi dan Seksologi, waktu yang paling sesuai untuk berasmara ketika bulan puasa adalah sejurus selepas berbuka puasa.

Dalam erti kata yang lebih mudah, beliau menyarankan suami isteri untuk berhubungan intim kira-kira pada pukul 8 malam ke atas.

Ini kerana beliau percaya anda dan pasangan pasti sudah bertenaga kerana sudah berbuka. Namun, terdapat juga pendapat pakar yang lain.

Menurut Dr. Boyke Dian Nugraha yang merupakan seorang Pakar Psikologi, waktu yang paling tepat untuk bersenggama dengan pasangan ketika Ramadan adalah pada jam 3 pagi ke atas.

Ini kerana beliau beranggapan bahawa ia adalah waktu di mana suami isteri sedang free dan horny. 

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa ia adalah waktu paling sesuai kerana kalian berdua boleh terus bangun untuk mandi wajib dan bersahur selepas itu.

Tidak kira anda mengikuti pendapat yang mana sekalipun, pastikan kalian berdua tidak lupa untuk mandi wajib untuk berpuasa pada esok hari ya!

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan mulia ini!

tips-travel-ramadan

Jadi, terdapat 2 pendapat yang berbeza mengenai waktu seks ketika bulan puasa iaitu pada waktu malam selepas berbuka dan pada waktu pagi sebelum bersahur.

Sebenarnya, kedua-dua waktu ini adalah sesuai.

Walau bagaimanapun, ini adalah sangat bergantung kepada individu itu sendiri.

Oleh itu, sila bertanya dan berbincang dengan pasangan mengenai perkara ini.

Selepas mencapai kata sepakat, ia tidak lagi akan menjadi masalah.

Akhir kata, ini buat pertama kalinya kita menyambut kehadiran bulan Ramadan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Mungkin segalanya akan sedikit berbeza kerana kita tidak lagi boleh berniaga atau berkunjung ke bazar Ramadan atau melaksanakan solat terawih di surau atau masjid.

Namun, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk kita tidak menyambut baik kehadiran bulan mulia ini.

Sebaliknya, kita harus berkorban buat masa sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.

Teruskan berada di rumah dan patuhi setiap perintah yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan! #stayathome #happyramadan

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

Pernah tak anda berasa lapar selepas melakukan hubungan seks? Sebab apa ya? Adakah seks bakar banyak kalori sehingga buat perut anda berkeroncong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

Klimaks lelaki bukan hanya sekadar terpancut air mani semata-mata. Terdapat 4 fasa yang akan berlaku. Klik untuk belajar mengenainya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Artikel lain untuk anda

masalah air mani cepat keluar

”Belum Puas Lagi Tapi Suami Dah Terpancut” – Minta Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
kanser prostat

6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
seks dengan kondom

Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020
kondom bocor

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 02/06/2020