Justeru, bagi meningkatkan nafsu seksual anda, anda perlu lebih tenang dan fokus terhadap aspek menyeronokkan dalam hubungan seks.
Program semula minda anda dan bayangkan seks sebagai pengalaman romantik dan bukannya satu keterpaksaan. Susun tarikh dan sesi bersama anda.
Sekiranya anda masih ada masalah, anda boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat yang membantu.
Meningkatkan keyakinan diri
Keinginan seks seorang wanita itu dipengaruhi oleh bagaimana mereka menilai kecantikan mereka.
Bagaimanapun, wanita yang di pertengahan usia boleh melihat dan mengalami sendiri perubahan ketara pada tubuh badan mereka, mendorong ke arah merasakan diri mereka kurang cantik.
Kesannya, mereka akan rasa kurang yakin atau selesa untuk bertelanjang di hadapan pasangan mereka, khuatir pasangan mereka akan hilang selera melihat badan mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen