backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

'Main' Guna Lidah & Mulut? Hati-Hati Ada Bahaya Seks Oral Yang Anda Tidak Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 03/05/2023

    'Main' Guna Lidah & Mulut? Hati-Hati Ada Bahaya Seks Oral Yang Anda Tidak Tahu!

    Lumrah hidup pasangan yang telah berkahwin pasti akan mencuba pelbagai cara untuk menghangatkan hubungan antara satu sama lain. Hal ini termasuklah aktiviti oral seks yang semakin giat dieksperimentasikan oleh pasangan muda yang baru berkahwin. Namun, bahaya oral seks ini anda tahu tak?

    Pun begitu, anda seharusnya peka akan keadaan yang boleh memudaratkan kesihatan semasa oral seks seperti stomatitis aftosa. Wow, dahsyatnya nama!

    Percayalah jika anda mengalaminya, anda akan berfikir dua kali sebelum melakukan oral seks dengan pasangan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Apakah itu oral seks?

    Oral seks ialah aktiviti merangsang alat kelamin pasangan dengan mulut, bibir atau lidah anda. Gelaran perbuatan tersebut kepada lelaki ialah fellatio, manakala perempuan ialah cunnilingus.

    Bahaya oral seks – Selamatkah aktiviti ini?

    Pertama sekali, anda tidak akan mengandung jika melakukan aktiviti ini. Namun, anda mungkin boleh menghidap atau menyebarkan jangkitan kelamin (STI) melalui kegiatan ini.

    Jangkitan kelamin yang biasanya ditularkan melalui bahaya oral seks ialah :

    • Herpes
    • Gonorea
    • Sifilis

    Secara amnya, risikonya lebih tinggi jika anda yang memberi dan bukannya menerima oral seks daripada pasangan anda.

    Hal ini kerana anda lebih cenderung terdedah kepada cecair daripada kemaluan pasangan.

    Bahaya oral seks – Pengenalan kepada stomatitis aftosa

    bahaya oral seks

    Stomatitis aftosa, lebih dikenali sebagai ulser aftosa atau canker sore ialah luka yang kecil dan cetek sering dijumpai di dinding mulut anda atau pangkal gusi.

    Berbeza dengan ulser sejuk (cold sore), ulser aftosa tidak berlaku di permukaan bibir anda dan tidak berjangkit.

    Akan tetapi, keadaan ini menyakitkan dan akan menyukarkan anda untuk bercakap, makan atau melakukan oral seks.

    Selalunya, stomatitis aftosa boleh sembuh sendiri dalam jangka masa seminggu dua. Jika anda mempunyai ulser di dalam mulut yang tidak sembuh selepas 2 minggu, sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

    Punca stomatitis aftosa

    Sehingga kini, punca utama untuk keadaan ini belum dapat dikenal pasti oleh para doktor dan saintis. Jangan risau, ia tidak berkaitan dengan jangkitan virus herpes atau oral seks ya!

    Namun, saintis mengesyaki ia boleh terjadi akibat gabungan beberapa faktor termasuklah:

    • Kecederaan kecil semasa proses pergigian dijalankan
    • Memberus gigi terlalu kuat
    • Kecederaan semasa bersukan
    • Gigitan pipi yang tidak disengajakan
    • Ubat gigi dan ubat kumur yang mengandungi natrium lauril sulfat
    • Sensitif terhadap makanan seperti coklat, strawberi, kopi, makanan pedas dan tinggi kandungan asid
    • Diet yang kekurangan vitamin B-12, zink, asid folik atau zat besi
    • Tindak balas alahan terhadap sesetengah kuman bakteria dalam mulut
    • Perubahan hormon semasa haid
    • Tekanan emosi
    • Masalah kesihatan seperti penyakit Celiac, keradangan usus, penyakit Behcet dan HIV/AIDS

    Bahaya oral seks – Siapa yang berisiko?

    Secara amnya, setiap individu berisiko untuk mendapat ulser aftosa, terutama sekali golongan muda dan remaja. Wanita disyaki lebih banyak didiagnosis dengan masalah ini.

    Jika anda mempunyai sejarah ulser aftosa yang berulang, ia mungkin berkait rapat dengan masalah keturunan dan faktor bersama dalam persekitaran seperti makanan dan alahan.

    Jadi, boleh ke melakukan oral seks walaupun ada stomatitis aftosa?

    Oleh sebab keadaan ini menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan di dalam mulut anda, adalah lebih baik jika anda elakkan aktiviti tersebut sehingga sembuh.

    Selain itu, melakukan oral seks semasa anda mempunyai luka di dalam mulut akan meningkatkan risiko penularan virus HIV dan jangkitan kelamin.

    Seperti yang dijelaskan, cecair daripada kelamin berkemungkinan membawa virus tersebut dan apa-apa luka atau pembukaan pada selaput lendir mulut menjadikan mudah dijangkiti kuman.

    Apabila anda ligat mencuba oral seks, bakteria daripada alat kelamin juga boleh berpindah ke dalam mulut anda.

    Hal ini boleh mengganggu keseimbangan bakteria yang sudah sedia ada dalam mulut anda. Kesannya, bakteria semakin banyak tumbuh sehingga menyebabkan infeksi yang lebih teruk.

    Tapi.. pasangan saya nak juga. Macam mana?

    Jika anda dan pasangan masih ingin mencuba oral seks walaupun salah seorang mempunyai stomatitis aftosa, janganlah mengambil risiko sehingga mendapat jangkitan yang tidak diingini.

    Anda boleh berbincang dengan pasangan untuk tunggu sehingga luka sembuh sepenuhnya.

    bahaya oral seks

    Namun jika masih ingin mencuba, untuk lelaki, anda boleh menyarungkan kondom sebelum melakukan aktiviti tersebut bersama isteri anda. Zaman kini, terdapat banyak kondom yang berperisa jika anda tidak gemar rasa kondom biasa.

    Bagi wanita pula, anda boleh menyarungkan dam, sama ada jenis getah atau plastik yang bertindak sebagai tapisan di antara faraj dan mulut suami anda.

    Kesimpulannya, jangan fikir seronok sahaja kerana memang ada bahaya oral seks! Jika ingin lakukan juga, buatlah dengan cara yang betul dan selamat ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 03/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan