home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Herpes Oral! (Herpes Yang Jadi Pada Mulut)

Definisi|Simptom|Punca|Faktor Risiko|Diagnosis dan Rawatan
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Herpes Oral! (Herpes Yang Jadi Pada Mulut)

Definisi

Apa itu herpes oral?

Herpes oral (juga dikenali sebagai herpes simplex-1 atau HSV-1) ialah jangkitan dalam mulut, bibir atau gusi disebabkan virus herpes.

Penyakit ini menyebabkan lepuh kecil berair di sekeliling mulut dan gusi.

Virus ini merupakan virus daripada keluarga yang sama dengan virus yang menyebabkan demam cacar air, kayap, dan mononukleosis berjangkit.

Kebanyakan jangkitan sekunder berlaku melalui sentuhan sewaktu usia muda lagi jadi 80% orang dewasa telah dijangkiti dengan virus herpes jenis1.

Virus Herpes jenis 2 pula dijangkiti melalui hubungan kelamin.

Apa risiko Herpes Oral?

Herpes mulut selalunya didiagnosis dalam pesakit HIV atau penyakit kelamin seperti gonorrhea, syphilis.

Bagaimanapun, sesiapa sahaja boleh mendapat lepuh berair disebabkan HSV-1 sewaktu kanak-kanak.

Anda boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko.

Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom

Apa simptom Herpes Oral?

Sesetengah pesakit mendapat ulser mulut apabila pertama kali terdedah kepada virus HSV-1, sesetengah yang lain tidak mempunyai simptom langsung.

Simptom kebiasaannya berlaku dalam kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun, sama ada sederhana atau teruk.

Simptom kebiasaannya kelihatan dalam masa 1 hingga 3 minggu selepas dijangkiti virus dan mungkin dialami hingga 3 minggu.

herpes oral

Tanda-tanda amaran herpes mulut termasuklah:

Sebelum lepuh air kelihatan, anda mungkin mengalami:

  • Sakit tekak
  • Demam
  • Rasa sakit sewaktu menelan.

Lepuh air atau kemerahan boleh berlaku pada:

  • Gusi
  • Telinga
  • Mulut
  • Tekak
  • Lepuh air tersebut juga boleh terhimpun

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai tanda atau simptom yang tersebut di atas atau mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi doktor anda.

Keadaan penyakit boleh berbeza dalam pesakit yang berbeza.

Bincang dengan doktor anda untuk menentukan cara diagnosis dan rawatan yang terbaik untuk anda

Punca

Apa Punca Herpes Oral?

herpes oral

Punca herpes mulut ialah virus herpes jenis 1 (HSV-1), yang merebak melalui sentuhan dengan air liur oleh mereka yang dijangkiti, seperti kanak-kanak dicium oleh pembawa virus.

Virus juga boleh memasuki badan melalui luka pada kulit atau mulut.

Selepas jangkitan pertama, virus akan diam dan tidak aktif sebelum menyebabkan lepuh air selepas beberapa lama.

Virus herpes jenis 2 kebiasaannya merebak melalui hubungan kelamin dan menyebabkan herpes kemaluan.

Bagaimanapun, kadangkala HSV-2 boleh berlaku dalam mulut melalui seks oral dan menyebabkan lepuh pada mulut.

Faktor Risiko

Apa faktor risiko Herpes Oral?

Faktor yang meningkatkan risiko terhadap herpes mulut, termasuklah:

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini.

Faktor risiko ini ialah untuk rujukan sahaja. Anda perlu menghubungi doktor pakar untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Herpes Oral didiagnosis?

Doktor anda boleh mendiagnosis penyakit tersebut dengan memeriksa lepuh air pada bibir dan mulut.

Kadangkala, doktor akan mengambil sampel dan menghantarnya ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.

Antara ujian yang mungkin akan dilakukan termasuklah:

  • Kultur virus
  • Memeriksa DNA virus
  • Ujian pemeriksaan Tzanck HSV

herpes oral

Bagaimana pesakit Herpes Oral dirawat?

Simptom herpes mulut mungkin akan reda tanpa rawatan dalam masa 1 hingga 2 minggu.

Doktor mungkin akan menyarankan ubat antiviral untuk mengurangkan sakit dan membantu simptom reda dengan cepat.

Ubat yang digunakan untuk merawat herpes oral termasuklah:

  • Acyclovir
  • Famciclovir
  • Valacyclovir

Ubat ini paling berkesan jika digunakan dengan betul seawal simptom kelihatan.

Krim antiviral juga boleh digunakan tapi ia agak mahal dan kebiasaannya hanya memendekkan tempoh penyakit sebanyak beberapa jam atau hari.

Krim topikal Penciclovir dan acyclovir sangat berkesan sewaktu berlaku letusan herpes.

Rawatan biasa seperti pelembap atau balsam bibir tidak akan berkesan.

Anda boleh mengambil aspirin, acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan rasa sakit.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000606.htm
  2. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/herpes-hsv1-and-hsv2/oral-herpes
  3. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/h/herpes-simplex-virus-hsv-mouth-infection.html
  4. https://www.plannedparenthood.org/learn/stds-hiv-safer-sex/herpes
  5. https://www.aafp.org/afp/2010/1101/p1075.html
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 7 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x