home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

AWAS! Ini 7 Punca Dagu Bengkak, Salah Satunya Sebab Jangkitan Kelamin

AWAS! Ini 7 Punca Dagu Bengkak, Salah Satunya Sebab Jangkitan Kelamin

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah dagu bengkak. Mereka yang mengalaminya boleh mendapat simptom seperti ketegangan pada leher, sakit tekak dan sebagainya.

Anda mungkin pernah mengalami kebengkakan pada leher atau dagu ketika mendapat jangkitan virus.

Dalam kes yang jarang berlaku, mereka yang mengalami dagu bengkak didiagnosis dengan masalah kanser.

Walau bagaimanapun, andaian tidak sepatutnya dibuat tanpa pemeriksaan lengkap oleh doktor perubatan bertauliah.

Artikel ini akan membincangkan 7 sebab kenapa anda mengalami masalah dagu bengkak.

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

#1 Jangkitan virus menyebabkan dagu bengkak

Bukan semua virus boleh menyebabkan simptom dagu bengkak.

Jangkitan disebabkan masalah selesema atau keadaan kesihatan yang dikenali sebagai mononukelosis berjangkit boleh menyebabkan simptom tersebut.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami jangkitan virus, simptom dagu bengkak tidak akan datang sendiri.

Terdapat indikator lain seperti:

  1. Demam
  2. Sakit kepala
  3. Kelesuan
  4. Sakit tekak

Kebengkakan pada kelenjar air liur yang boleh disebabkan oleh virus (mumps/beguk) juga boleh mengakibatkan dagu bengkak.

Hal ini kerana lokasi ketiga-tiga kelenjar tersebut terletak atas sedikit daripada dagu.

Mereka yang mengalaminya juga boleh mendapat simptom bengkak pipi dan kurang selera makan.

Jika tidak dirawat, ia boleh melarat teruk menyebabkan jangkitan pada otak, ovari dan testis.

Mujurlah penyakit ini boleh dielakkan melalui penggunaan vaksin.

#2 Jangkitan bakteria

sakit tekak

Sama seperti jangkitan virus, terdapat bakteria yang boleh menyebabkan struktur pada leher dan dagu mengalami kebengkakan.

Antaranya adalah jangkitan berpunca daripada spesies Streptococcus dan bakteria yang boleh menyebabkan masalah keradangan pada tonsil.

Simptom lain yang boleh dialami oleh pesakit adalah:

  1. Demam
  2. Sakit tekak
  3. Tonsil kelihatan besar
  4. Bintik-bintik merah dalam kawasan mulut

#3 Masalah berkaitan dengan kelenjar air liur

Selain daripada mumps, mereka yang mengalami masalah dengan struktur kelenjar air liur juga boleh mengalami dagu bengkak.

Masalah lazim yang sering dialami pesakit adalah apabila saluran keluar bagi kelenjar tersumbat.

Perkara ini menyebabkan kadar aliran keluar masuk tidak stabil dan akhirnya bengkak.

Pelbagai jenis keadaan (selain jangkitan) yang boleh menyebabkan berlakunya permasalahan ini.

Antaranya adalah:

  1. Sialolithiasis (batu pada kelenjar air liur)
  2. Tumor
  3. Penyakit autoimun sindrom Sjögren
  4. Kebengkakan kelenjar air liur tidak spesifik (sialadenosis)

#4 Jangkitan kelamin punca dagu bengkak

dagu bengkak

Bukan semua jangkitan kelamin boleh menyebabkan kebengkakan pada kawasan dagu anda.

Malah, ada individu yang tidak mengalami simptom sehinggalah penyakit sudah melarat teruk.

Jangkitan bakteria seperti sifilis boleh menyebabkan masalah dagu bengkak akibat daripada kebengkakan kelenjar limfa yang terletak di sekelilingnya.

Ketulan itu biasanya dapat dikesan semasa pesakit berada pada fasa dua bersama dengan simptom lain seperti:

  1. Demam
  2. Sakit otot dan sendi
  3. Ruam pada keseluruhan bahagian badan

#5 Masalah autoimun badan

Apabila sistem imun mula menyerang sel badan yang sihat, pelbagai jenis simptom boleh muncul.

Perkara ini termasuklah dagu bengkak yang turut disebabkan oleh kelenjar limfa.

Masalah artritis reumatoid misalnya, boleh menyebabkan kelenjar air liur dan limfa membengkak.

Masalah keradangan pada sendi yang menghubungkan tulang dagu dengan tengkorak juga boleh berlaku.

Bergantung kepada jenis masalah autoimun, pesakit akan mengalami simptom yang berlainan.

Anda mungkin berminat:

#6 Gigi bongsu pun boleh sebabkan dagu bengkak tau

dagu bengkak

Kesihatan oral bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.

Jika gigi bongsu anda gagal untuk keluar seperti gigi lain, jangkitan dan gusi bengkak boleh berlaku.

Keadaan ini dikenali sebagai perikonitis.

Jika ia tidak dirawat, jangkitan tersebut boleh merebak ke tekak dan leher menyebabkan kelenjar limfa di kawasan tersebut membengkak.

Terdapat juga satu keadaan yang dikenali sebagai angina Ludwig di mana, jangkitan atau abses (sekumpulan nanah) gigi boleh menyebabkan lantai mulut turut dijangkiti.

Mereka bukan sahaja akan mengalami masalah dagu bengkak malah kesukaran untuk bercakap, demam dan air liur meleleh keluar.

#7 Kanser mulut dan tekak

Kanser yang tumbuh di kawasan oral dan tekak boleh menyebabkan dagu anda kelihatan membengkak.

Adakah ini bermakna kanser lain tidak akan menyebabkan kebengkakan pada dagu?

Jawapannya boleh, apabila kanser tersebut sudah berada pada peringkat akhir dan sudah merebak ke serata sistem.

Bergantung kepada jenis kanser yang dialami, simptom berbeza pada setiap individu.

Gejala lain yang turut dialami oleh mereka yang mempunyai kanser oral dan tekak adalah:

  1. Sakit tekak atau sakit mulut kronik
  2. Bengkak pada bahagian leher atau pipi
  3. Luka pada lidah atau mulut yang tidak sembuh

Konklusi

Masalah dagu bengkak boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor.

Jika anda turut mengalami simptom lain seperti demam, batuk dan sakit tekak, anda digalakkan untuk hadir ke fasiliti kesihatan terdekat dengan kadar segera.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Salivary Gland Disorders. (https://www.aafp.org/afp/2014/0601/p882.html).  Diakses pada 16 Jun 2020.
  2. Treating rheumatoid arthritis. (https://www.health.harvard.edu/back-pain/treating-rheumatoid-arthritis). Diakses pada 16 Jun 2020.
  3. Signs and Symptoms of Oral Cavity and Oropharyngeal Cancer. (https://www.cancer.org/cancer/oral-cavity-and-oropharyngeal-cancer/detection-diagnosis-staging/signs-symptoms.html). Diakses pada 16 Jun 2020.
  4. A pain in the neck. Ludwig’s Angina. (https://emblog.mayo.edu/2014/11/09/a-pain-in-the-neck-ludwigs-angina/). Diakses pada 16 Jun 2020.
  5. Syphilis. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/syphilis/symptoms-causes/syc-20351756). Diakses pada 16 Jun 2020.
  6. Abscess (Toothache). (https://www.mouthhealthy.org/en/az-topics/a/abscess). Diakses pada 16 Jun 2020.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli Disemak pada 19/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x