7 Manfaat Seks Dari Sudut Kesihatan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Bagi pasangan suami isteri, hubungan seks merupakan aspek yang penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Tidak kurang kes perceraian yang berlaku akibat masalah di dalam bilik. Selain mengukuhkan keintiman sesama pasangan, seks juga mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui manfaat seks terhadap kesihatan yang anda perlu tahu.

Manfaat Seks Terhadap Kesihatan

1. Merendahkan tekanan darah

Kajian menunjukkan bahawa hubungan seksual secara khusus (bukan masturbasi) boleh merendahkan tekanan darah sistolik (nombor pertama dalam bacaan tekanan darah anda).

2. Meningkatkan kawalan air kencing bagi wanita

Lantai pelvis yang kuat sangat penting bagi wanita untuk mengelakkan masalah kencing tidak lawas yang menjejaskan sekitar 30 peratus wanita. Seks yang bagus ialah seperti senaman bagi otot lantai pelvis. Apabila berlaku orgasma, otot pelvis akan mengecut dan akan menguatkannya.

3. Mengurangkan risiko serangan jantung

Di samping meningkatkan kadar degupan jantung, ia mampu mengekalkan keseimbangan kadar estrogen dan testosteron dalam darah. Sebarang ketidakseimbangan yang berlaku boleh meningkatkan risiko penyakit seperti osteoporosis dan penyakit jantung.

Menurut kajian, mereka yang melakukan hubungan seksual dua kali seminggu mempunyai 50 peratus risiko serangan jantung lebih rendah berbanding orang lain.

4. Mengurangkan risiko kanser prostat

Lelaki yang kerap mengalami ejakulasi lebih kurang mendapat kanser prostat, menurut sebuah kajian dalam Journal of American Medical Association.

5. Meningkatkan kualiti tidur

Anda mungkin berasa penat dan tidur lena selepas menjalani hubungan seksual. Ini disebabkan oleh hormon prolaktin yang dilepaskan selepas orgasma yang memberikan rasa tenang dan mengantuk.

6. Membantu mengawal stres

Hubungan yang intim bersama pasangan boleh membantu mengawal stres dan kebimbangan. Sentuhan dan pelukan merangsang badan untuk melepaskan hormon yang memberikan rasa gembira. Rangsangan seksual pula merembeskan bahan kimia dalam otak yang mengaktifkan sistem ganjaran dan keseronokan.

Seks juga meningkatkan keyakinan diri serta kebahagiaan.

7. Menguatkan sistem imun

Mereka yang menjalani hubungan seksual mempunyai lebih banyak faktor yang melindungi diri daripada jangkitan kuman. Kajian yang dijalankan di Universiti Wilkes, Pennsylvania mendapati bahawa mereka yang melakukan seks sekali atau dua kali seminggu mengandungi kadar antibodi lebih tinggi berbanding orang lain.

Namun ia tidak cukup dengan seks semata-mata. Anda tetap perlu mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang betul untuk kekal sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut