Fetish Seks Yang Pelik-Pelik, Adakah Normal Atau Tanda Gangguan Mental?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 20/05/2020
Share now

Pernahkah kalian terdengar atau terbaca istilah fetish seks? Hakikatnya, ia memang wujud dalam diri kebanyakan individu. Ada yang menganggap ia normal dan ada juga yang menyangka ia adalah satu gangguan pada mental.

Cuba tanya pada diri anda sendiri. Sebagai contoh, adakah anda tertarik kepada wanita yang memakai kasut tumit tinggi? Atau lelaki yang mempunyai bulu badan banyak? Jika ya, kalian juga mungkin mengalaminya.

Persoalannya, adakah ia sesuatu yang normal atau gangguan mental? Jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam untuk mengetahui jawapannya!

Apa itu fetish seks?

jangkitan HIV

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, haruslah kita tahu maksud sebenar di sebalik istilah ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, fetish adalah satu keadaan di mana seseorang itu cenderung untuk meminati atau menyukai sesuatu yang sangat spesifik.

Terdapat banyak jenis fetish di dalam dunia ini. Sebagai contoh, ada fetish makanan, fetish pakaian dan yang paling biasa adalah fetish seks. Dalam erti kata yang lebih mudah, fetish adalah kecenderungan terhadap sesuatu.

Misalnya, ada suami yang gemar melihat isteri memakai lingerie sewaktu bersenggama dan ada juga yang teruja melihat isteri memakai baju kelawar sahaja. Ia adalah berbeza dan bergantung kepada individu masing-masing.

Pun begitu, sehingga kini masih belum ada sebarang kajian yang berjaya menemui sebab seseorang itu memiliki fetish. Berbalik kepada persoalan utama artikel, adakah ia sesuatu yang normal?

Adakah normal untuk mempunyainya?

angkat kaki lepas seks

Menurut Scot Jacobey yang merupakan Pakar Terapi Seks, fetish adalah sebahagian daripada fantasi seks. Ia boleh dikategorikan sebagai salah satu dari perilaku seks yang normal.

Pun begitu, ia sangat bergantung kepada apa yang difantasikan oleh seseorang itu. Sebagai contoh, tiada masalah jika fetish seks ini dilampiaskan oleh individu bersama pasangannya yang telah sah berkahwin.

Namun, bagaimana pula jika seseorang itu memiliki fetish yang gemar menonton pasangan lain melakukan hubungan seks? Sudah terang lagi bersuluh, ia adalah satu perbuatan yang sangat tidak bermoral.

Contoh-contoh fetish seks yang wujud

fantasi-seks-liar-hangatkan-hubungan-intim

#1. Fetish dengan kaki

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Impotence Research, kaki adalah bahagian pada tubuh badan yang paling dikatakan boleh membangkitkan nafsu seseorang.

#2. Fetish dengan punggung

Tahukah anda bahawa orang yang cepat terangsang dengan punggung seseorang dinamakan sebagai pygophilia? Ia sememangnya wujud dan dimiliki oleh ramai orang.

fantasi seks

#3. Fetish seks BDSM

Untuk pengetahuan anda, BDSM adalah sejenis fetish atau fantasi seks yang cenderung menggunakan kekerasan dan keganasan untuk memuaskan nafsu seksual masing-masing.

BDSM memerlukan banyak alat permainan seks untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, tali, gari, vibratordildo dan macam-macam lagi. Adakah ia normal?

#4. Voyeurism

Menurut kajian yang pernah dijalankan oleh Archives of Sexual Behavior, lebih dari 10% lelaki mempunyai fetish sebegini. Buat anda yang belum tahu, ia adalah kecenderungan untuk seseorang itu gemar melihat pasangan lain melakukan hubungan seks di hadapan mereka.

Inilah salah satu dari fetish seks yang boleh dianggap sebagai gangguan mental. Manakan tidak, perbuatan ini sudah terang-terangan tidak bermoral serta salah dari sudut agama Islam.

Jadi, jika anda adalah salah seorang yang mempunyai kecenderungan ini, sila dapatkan bantuan kaunseling dan segera buangnya dari senarai keinginan seksual anda.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi fetish seks yang terdapat di dalam dunia ini selain contoh yang dinyatakan. Mungkin sesetengahnya adalah normal namun ada juga yang boleh dianggap sebagai gangguan mental seperti pedophila, preggophilia dan lain-lain.

Jadi, sila muhasabah diri anda. Jika anda rasa kecenderungan anda terarah kepada sesuatu yang tidak normal, segera dapatkan bantuan pakar!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Rujukan
    1. https://www.webmd.com/sex-relationships/features/sexual-fetish#1
    2. https://www.menshealth.com/sex-women/a19538728/sex-fetishes/

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Setiap pasangan berkahwin tidak dapat lari berdepan pelbagai cabaran dan masalah. Salah satunya adalah masalah tidur. Jangan bimbang, ada 5 cara atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    7 Cara Bagaimana Seks Membantu Legakan Tekanan Perasaan, #5 Memang Power!

    Terdapat pelbagai cara mengatasi tekanan perasaan yang boleh anda cuba. Antaranya adalah melakukan seks bersama pasangan. Klik untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Sudah Lama Tak Sentuh Pasangan? Ini 11 PUNCA UTAMA Buat Anda Hilang Minat Bersetubuh Dengan Si Dia

    Anda tidak tahu mengapa anda tidak lagi minat melakukan hubungan seks bersama pasangan? Ini 11 sebab mengapa keadaan suami isteri romantik itu telah pudar.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Bersediakah Anda Untuk Berasmara Selepas C-Sec? Ada 7 Perkara Perlu WASPADA

    Bersama suami selepas bersalin pasti menimbulkan bimbang dan takut. Tapi bilakah masa sesuai bersenggama bagi wanita yang melalui proses kelahiran C-sec?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Jom Kita Belajar 4 Fasa Klimaks Lelaki! – Bukan Sekali Sahaja Boleh Ejakulasi?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 29/05/2020
    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/05/2020
    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020