Adakalanya, kita mungkin ingin menolak ajakan pasangan daripada melakukan seks ekoran ketiadaan mood atau tidak suka dengan fantasi seks yang direncanakan. Dalam masa yang sama, anda tidak mahu mengecilkan hati pasangan. Jadi, apa yang boleh dibuat?
Usah khuatir, Hello Doktor ada jawapannya.
#1. Bersikap jujur dan tegas
Pertama sekali, anda perlulah bersikap jujur. Katakan pada pasangan apa punca anda tidak mahu melakukannya tanpa berselindung.
Ya, memang benar fantasi seks mampu membangkitkan kehangatan dan keghairahan hubungan intim. Namun, tidak bererti ia perlu direalisasikan dalam dunia nyata terutamanya jika ia akan membawa mudarat kepada pasangan.
Sebaiknya, sila bersikap jujur dan tegas jika pasangan mulai memaksa anda mengikuti kehendak seksualnya. Namun, jangan pula sampai anda menggunakan kekerasan. Cukup sekadar kata-kata yang dapat memujuknya.
Katakan pada mereka yang anda bukan menolak kerana anda sudah tidak lagi tertarik kepada dirinya. Sebaliknya, fantasi seks mereka itu yang membuat anda tidak selesa. Dengan ini, pasangan mungkin akan faham situasi anda.
#2. Menjelaskan tanpa menghakimi
Setiap orang mempunyai fantasi seks yang kadangkala sangat pelik dan liar. Namun, anda tidak perlu beranggapan bahawa fikiran pasangan adalah kotor dan tidak normal.
Sebagai contoh, jika pasangan anda memiliki fantasi seks yang bersifat ganas seperti BDSM, jelaskan pada mereka bahawa ia adalah sesuatu yang mungkin anda tidak selesa dan jangan sesekali hakimi mereka.
Ya, ia adalah sesuatu yang normal. Menurut Justin Lehmiller menerusi penulisan dalam bukunya Tell Me What You Want, BDSM adalah fantasi seksual yang paling popular!
Jika anda tidak mahu merealisasikan hasrat pasangan, tolak secara lembut dan tawarkan variasi posisi yang anda berdua rela hati melakukannya.

#3. Mencuba di waktu lain
Sekiranya anda tiada mood untuk beraksi di ranjang pada ketika itu, apa kata anda tangguhkan fantasi seks pasangan terlebih dahulu?
Katakan pada mereka yang anda mungkin sudah terlalu penat ekoran seharian bekerja di pejabat dan waktu malam itu anda ingin gunakan untuk berehat.
Jika mereka mendesak, tawarkan pada mereka untuk melakukan keintiman dengan cara lain. Usah malu dan takut. Anda berdua mungkin boleh melakukan foreplay seperti handjob atau blowjob demi memuaskan pasangan ketika itu.
Kemudian, jadualkan fantasi seks pasangan anda dan beritahu mereka terlebih dahulu. Bolehlah anda berdua merancang dan menyiapkan diri sebelum tiba hari kejadian!
#4. Berkrompomi
Hanya kerana anda sendiri yang tidak bersedia untuk merealisasikan fantasi seks pasangan, tidak bermakna anda tidak boleh langsung berasmara dengan pasangan. Kompromi adalah kunci utamanya.
Seperti yang telah diperkatakan di atas, anda mungkin boleh tawarkan pasangan cara lain untuk masing-masing memuaskan nafsu syahwat.
Sebagai contoh, jika pasangan anda gemarkan BDSM, mungkin anda boleh gunakan tali atau gari untuk menambah unsur ganas dalam kehidupan seks anda.
Selain itu, anda juga mungkin boleh memakai kostum yang pasangan minta untuk melakukan role play. Cuma, jangan sampai ia menyakiti diri anda secara mental dan fizikal.
Konklusi
Kesimpulannya, kita semua mempunyai fantasi seks masing-masing. Tidak salah untuk menolak ajakan pasangan jika anda rasa ia akan membuat anda tidak selesa. Cuma, sila tolak dengan cara yang halus agar pasangan tidak kecil hati.
Apa yang penting, pastikan hubungan seks yang kalian jalani adalah sihat dan tidak hanya bertepuk sebelah tangan ya!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen