Jangan Buat Main Patah Hati – Silap Silap Boleh Bawa Maut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/04/2020

Di saat sedang hangat bercinta dengan kekasih pilihan hati, segalanya terasa indah bukan? Namun, langit tidak selalunya cerah, mendung dan hujan pasti akan tiba akhirnya.

Jika ditakdirkan anda dan pasangan tiada jodoh, maka perhubungan itu tentu tidak akan berkekalan. Kesannya, kalian akan patah hati akibat putus cinta.

Ketahuilah bahawa ia adalah situasi yang sangat sukar untuk dilalui oleh mana-mana individu yang mengalaminya. Jika tersilap langkah, ia boleh membawa maut.

Lihat sahaja berita di tabloid atau media sosial, sangat ramai individu yang mengambil keputusan untuk membunuh diri gara-gara putus cinta.

Jadi, tolong jangan tersilap langkah ya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam untuk tahu cara menghadapi putus cinta bagi orang yang patah hati!

Tip berkesan untuk move on dari bekas kekasih

Putus Cinta Tip Rawat Hati Terluka

Tidak semua percintaan itu akan berakhir dengan kebahagiaan. Jika tidak mampu memiliki, melepaskan adalah jalan yang terbaik jika anda dan pasangan sudah tidak lagi sehaluan dalam meniti kehidupan.

Namun, jangan perpecahan itu dijadikan sebagai alasan untuk anda terus murung dan berkurung di dalam bilik sahaja. Itu bukan cara menghadapi putus cinta yang terbaik untuk dibuat.

Dalam usaha untuk move on dari bekas kekasih, ini yang perlu anda lakukan:

#1. Hentikan segala angan-angan

Kebanyakan individu tidak sedar bahawa kesedihan dan kesakitan yang dialami akibat putus cinta ini bukanlah disebabkan perpisahan itu sendiri. Namun, ia adalah disebabkan oleh angan-angan. Kenapa?

Ini kerana ramai pasangan yang berpisah masih mempunyai angan-angan tentang kehidupan mereka sekiranya masih lagi bersama. Inilah yang menyebabkan seseorang itu sangat susah untuk move on!

Jadi, sila hentikan segala angan-angan tentang bekas kekasih yang terdahulu. Sebaliknya, cuba berfikiran positif dan memandang ke arah realiti sahaja. Ketahuilah bahawa perpisahan anda dan pasangan itu pasti ada sebab dan hikmah tersendiri yang kita belum nampak.

#2. Putuskan semua talian dengan bekas kekasih

Mungkin bagi segelintir individu, ada yang masih mampu menjalinkan persahabatan dengan bekas kekasih. Namun kebanyakan orang tidak bersetuju dengan cara ini kerana ia hanya akan membangkitkan kembali rasa cinta yang pernah ada semasa bercinta dahulu!

Jadi, sila putuskan segala talian dengan bekas kekasih buat seketika. Jika perlu, padamkan segala gambar, video, nombor telefon serta akaun media sosial mereka di telefon pintar anda. Ia adalah pilihan yang terbaik.

Namun, lain pula ceritanya jika kalian punya anak bersama. Demi kebaikan hidup si manja anda, pastikan anda kekal berhubungan dengan si dia. Cuma, bataskan perhubungan untuk berbicara tentang anak sahaja.

Jika hubungan itu telah terkubur bertahun lamanya dan rasa cinta itu telah tiada dalam sanubari anda, tidak salah untuk kembali menghubungi mereka sekadar untuk bertanya khabar.

#3. Maafkan segala salah silap bekas kekasih

Ramai orang kata bahawa memang mudah untuk memaafkan, namun sukar untuk melupakan segala salah silap seseorang terhadap kita. Ya, ia adalah pernyataan yang sangat betul namun tidak wajar untuk diamalkan.

Ini kerana ia hanya akan membuat kita menyimpan perasaan dendam terhadap bekas kekasih. Sebaliknya, cuba ajar diri anda untuk memaafkan dan melupakan segala kesalahan dan kesilapan yang pernah mereka lakukan kepada anda walaupun ia cuma sebesar zarah sahaja!

Dengan cara ini, anda secara tidak langsung dapat ‘membuang’ segala kaitan yang menghubungkan anda dan bekas pasangan. Hasilnya, dapatlah anda melahirkan seorang insan baharu yang lebih kuat jiwa dan raga.

#4. Muhasabah diri sendiri selepas putus cinta

Selain itu, jangan hanya salahkan bekas pasangan semata-mata. Ketahuilah bahawa perpisahan kalian berdua sedikit sebanyak mungkin berpunca dari diri anda juga. Jadi, sila muhasabah diri sendiri.

Mungkin anda tidak sedar bahawa terdapat beberapa kekurangan pada diri sendiri yang menjadi punca anda dan bekas kekasih putus cinta. Oleh itu, perbaikilah ia agar anda mendapat versi diri sendiri yang terbaik.

Ini adalah penting untuk percintaan baharu pada masa akan datang. Anda pasti tidak mahu pisang berbuah dua kali bukan?

#5. Sayangi diri anda sebelum orang lain

Akhir sekali, terdapat satu pengajaran yang paling utama selepas anda putus cinta dengan bekas kekasih iaitu sila sayangi diri anda sebelum orang lain!

Ini kerana kesedihan dan kesakitan yang anda alami selepas berpisah dengan si dia adalah disebabkan oleh anda yang terlalu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap orang lain sebelum diri anda.

Ia adalah satu perbuatan yang salah. Hakikatnya, tiada apa yang lebih penting dari kebahagiaan diri anda sendiri. Ketahuilah bahawa jika anda tiada dalam hidupnya, si dia masih lagi sama sahaja seperti dahulu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Sudah Hilang Minat Dengan Seks? AWAS, Ia Mungkin Tanda Penyakit Ini!

    Ada individu yang tidak berminat langsung untuk berhubungan intim walaupun bersama pasangan tercinta. Kenapa? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Kenapa Wanita Mengerang Semasa Berhubungan Intim? Ia Bukan Sekadar Tanda Bahagia…

    Adalah normal untuk wanita mengerang semasa berhubungan intim. Pun begitu, pernahkah anda terfikir apa sebab ia berlaku? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Alamak! Keinginan Seks Menurun Sebab Menyusu Badan, Macam Mana Nak Buat?

    Bagaimana aktiviti menyusu badan kepada anak boleh sebabkan seseorang wanita hilang keinginan lakukan seks? Susu badan anak pun boleh bagi kesan sebegini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Encik Suami Nak Hidup 5 Kali Ganda Lebih Lama? Kajian Kata Kena Kerap Cium Isteri!

    Terbaharu, ada kajian dari Jerman yang kata encik suami boleh hidup lebih lama jika kerap cium isteri. Jom ikuti artikel ini untuk tahu kesahihannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    kondom bocor

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/06/2020
    hubungan suami isteri

    Pakar Kata Tak Mustahil Boleh Mengandung Tanpa Penetrasi, Bagaimana Tu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/05/2020
    5-cara-penyelesaian-masalah-tidur-suami-isteri

    Sukar Lena Jika Tidur Sekatil? Ini 5 Solusi Ideal Buat Pasangan Yang Ada Masalah Di Kamar Tidur

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 21/05/2020
    jimak setiap hari

    Hari-hari Mahu, Patutlah Pasangan Selalu Ajak Buat ‘Projek’, Tak Sangka Ini Manfaatnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 19/05/2020