Elakkan perubahan mengejut
Selepas kehilangan pasangan, anda mungkin mahu pergi ke sesuatu tempat lain yang tiada siapa mengenali anda, supaya anda tidak perlu berlagak seperti anda tidak mempunyai masalah.
Walau bagaimanapun, individu di sekeliling anda boleh memberikan bantuan dan sokongan yang anda perlukan. Tambahan pula, pada ketika ini, emosi anda masih tidak stabil, jadi memilih untuk menukar pekerjaan atau berpindah rumah, hanya akan mendatangkan kesukaran dalam proses merawat kesedihan anda.
Bantuan profesional
Jika anda masih tidak mampu mengatasi kesedihan kerana kehilangan pasangan, anda perlu mendapatkan bantuan profesional seperti pakar dalam kesihatan mental. Mereka layak dan telah dilatih untuk memberikan bantuan dalam situasi ini.
Anda harus membiarkan profesional mengetahui tentang keadaan, perasaan, permasalahan anda dan mengikuti arahannya untuk mendapatkan sokongan yang terbaik.
Fizikal dan mental
Bersedih boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental. Jadi, adalah penting untuk anda mengambil berat tentang penjagaan diri. Cuba untuk lakukan aktiviti fizikal, mengamalkan pemakanan seimbang dan mendapatkan tidur yang mencukupi.
Elakkan untuk menggunakan dadah, alkohol atau merokok. Tabiat ini hanya akan mendatangkan kesan bahaya kepada diri anda.