#1. Motivasi untuk bekerja meningkat
Motivasi untuk ke pejabat setiap hari terutamanya hari Isnin adalah sangat diperlukan.
Cuba bayangkan jika anda mempunyai kekasih yang sedang menunggu di tempat kerja yang sama. Sudah pasti ia akan membuat kita semua lebih rajin ke pejabat bukan?
Selain itu, ia juga mungkin akan meningkatkan motivasi anda untuk bekerja dengan lebih baik.
Ini kerana kalian berdua sudah pasti akan memberi sokongan antara satu sama lain. Namun, harus diingatkan agar kalian berdua kekal profesional di tempat kerja okay!
#2. Mengurangkan rasa ‘insecure’ pasangan
Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, pasti ada pasangan terutamanya wanita yang sering rasa diri tidak selamat.
Dalam fikiran mereka, pasangan mungkin akan berlaku curang tatkala sedang bekerja di pejabat.
Jika kalian berdua bekerja di tempat yang sama, maka rasa ‘insecure’ ini juga sudah pasti akan berkurangan.
Dengan ini, tiadalah lagi drama cemburu atau konflik di dalam kisah percintaan anda dan pasangan.
Keburukan bercinta dengan rakan sekerja

#1. Tidak semua pejabat membenarkan
Hakikatnya, tidak semua pejabat atau tempat kerja di dunia ini yang membenarkan perkara ini berlaku.
Ada syarikat di Malaysia yang memang terang-terangan melarang percintaan di tempat kerja kerana khuatir akan berlaku banyak skandal serta kemerosotan prestasi jika berlakunya konflik dalam hubungan.
Jadi, sila ketahui dan pelajari peraturan di tempat kerja kalian terlebih dahulu.
Tanyakan pada diri sama ada anda sendiri sanggup untuk berhenti kerja semata-mata untuk mempertahankan cinta kalian?
Jadi, sila pastikan perkara ini sebelum mula mengorak langkah.
#2. Mengganggu konsentrasi anda dan pasangan
Percintaan itu tidak selalunya indah. Pergaduhan kecil atau manja sesama pasangan sudah pasti akan berlaku.
Sekiranya ia berlaku di pejabat pula, adakah kalian akan bermasam muka dan tidak mahu bekerjasama lagi?
Sekiranya anda dan pasangan tidak tahu untuk mengawal perasaan ini, sudah pasti konsentrasi kalian di tempat kerja akan terganggu.
Kesannya, kerjaya anda berdua juga berisiko untuk musnah begitu sahaja!
#3. Cepat berasa bosan
Ya, mungkin benar sering berjumpa dengan si dia akan mendatangkan kesan yang positif.
Pun begitu, ketahuilah bahawa ia juga boleh membuat seseorang individu itu cepat berasa bosan.
Manakan tidak, pasangan yang bercinta di satu tempat kerja pasti akan berjumpa setiap hari bekerja.
Kemudian, pada hari minggu juga kalian akan meluangkan masa lagi untuk ‘dating’.
Kesannya, setiap waktu kalian hanya akan bersama dengan pasangan sekali gus menyebabkan perasaan bosan itu timbul.
Jadi, sila pertimbangkan pro dan kontra bercinta dengan rakan sekerja ini sebelum anda mula mengorak langkah untuk mengurat insan yang anda anggap istimewa di tempat kerja anda okay!
Baca juga: