backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

5

Tanya Doktor
Simpan

Sudah Lama Tak Bersama? Ini 11 Punca Utama Buat Anda Hilang Minat Dengan Seks!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

    Sudah Lama Tak Bersama? Ini 11 Punca Utama Buat Anda Hilang Minat Dengan Seks!

    Siapa kata seks itu tidak lagi penting dalam perkahwinan? Pun begitu, sudah makin ramai yang hilang atau tidak minat hubungan seks akibat perkara yang tertentu! Teruskan baca artikel.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Bayangkan ikatan perkahwinan tanpa hubungan seks

    Tahukah anda, hubungan seks boleh dianggap sebagai perbezaan utama yang membezakan antara hubungan suami isteri dan hubungan lain seperti persahabatan?

    Ramai yang menganggap bahawa hubungan seks hanyalah sekadar penyeri kepada kehidupan suami isteri, bukan sebagai antara tunggak utama kemesraan dan suami isteri romantik.

    Adakala, hilangnya minat salah seorang pasangan atau keduanya untuk melakukan hubungan seksual disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak disedari mereka sebelum ini. 

    Sebab utama kenapa kurang aktiviti seks lepas kahwin

    Sebenarnya, terdapat beberapa sebab yang jelas mengapa sesebuah perkahwinan itu semakin sendu dan anda tidak lagi minat dengan hubungan seks.

    tidak minat hubungan seks
    6 cara hangatkan kembali hubungan intim bersama pasangan.

    Antara sebab-sebab utama yang menyebabkan hubungan seks semakin berkurangan adalah seperti berikut:

    #1. Isu berkaitan kesihatan antara alasan tidak minat hubungan seks

    Hubungan seks yang menggalakkan perhubungan suami isteri romantik boleh terjejas disebabkan oleh masalah kesihatan.

    Ia bukan hanya melibatkan gangguan kesihatan fizikal, malah secara mental.

    Apabila kesihatan seseorang itu terganggu, ia juga boleh menjejaskan libido atau keinginan seks individu.

    Selain itu, ia juga boleh mengganggu peningkatan nafsu syahwat pada seseorang individu tersebut.

    #2. Keinginan hubungan seks yang berbeza

    Tidak semua individu mempunyai keinginan dan kuantiti hubungan seks yang sama dengan individu lain.

    Pasangan suami isteri mungkin perlu menunggu sehingga mood kedua-duanya hadir untuk meneruskan aktiviti seks sesama mereka. 

    #3. Kelahiran anak, punca lama tak bersama isteri

    Kelahiran anak bukanlah menyebabkan suami kurang nafsu untuk melakukan seks bersama isteri.

    Namun, kelahiran anak baharu biasanya menyebabkan si ibu dan ayah lebih menumpukan kepada penjagaan harian bayi berbanding memberikan tumpuan untuk melakukan hubungan seksual.

    Penjagaan bayi turut menyebabkan keletihan selain perubahan hormon pada si ibu.

    Selain itu, biasanya kaum wanita yang telah melahirkan anak dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan intim antara 6 hingga 8 minggu selepas bersalin.

    sebab kurang bernafsu dengan suami
    Kehidupan isteri selepas bersalin.

    #4. Stres

    Stres atau tekanan yang dialami tidak hanya boleh memberi kesan kepada emosi, tetapi ia juga membuat individu tidak minat hubungan seks.

    Hormon kortisol yang menyebabkan stres boleh mengurangkan keinginan seks individu.

    Seks boleh menyebabkan seseorang itu berasa keletihan yang melampau dan tidak mempunyai tenaga untuk melakukan seks.

    #5. Masalah komunikasi antara pasangan

    Isu komunikasi biasanya wujud hasil daripada konflik yang berlaku antara pasangan sehingga boleh menyukarkan kewujudan suasana suami isteri romantik.

    Ada masanya anda mungkin tidak mahu bercakap langsung dengan pasangan anda, apatah lagi untuk melakukan hubungan intim bersamanya.

    #6. Mati pucuk, penyebab lama tak bersama isteri

    Ada juga isu di mana pasangan tidak mampu untuk menaikkan dan mengekalkan ereksi sehingga menyebabkan aktiviti seks itu menjadi agak sukar untuk dilakukan.

    Mati pucuk dalam kalangan kaum lelaki adalah sesuatu yang normal dan biasa berlaku.

    Namun, mati pucuk boleh menyebabkan seseorang lelaki itu hilang keyakinan diri bahkan harga diri di hadapan pasangannya seolah-olah kejantanannya telah hilang. 

    #7. Dorongan untuk buat hubungan seks yang rendah

    Ia boleh berlaku kepada kedua-dua lelaki dan juga wanita. Ia dikenali sebagai gangguan keinginan hipo-seksual (hypo-sexual desire disorder).

    Bagi wanita pula, terdapat beberapa punca mengapa mereka boleh jadi tidak minat hubungan seks.

    Ini termasuklah kitaran haid, penggunaan kontraseptif hormon, kelahiran anak, penyusuan anak, dan juga menopaus.

    #8. Kesan sampingan ubat-ubatan buatkan tidak minat hubungan seks

    Kebanyakan ubat-ubatan yang diambil mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.

    Ada sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan keinginan untuk melakukan seks itu terjejas seperti:

    punca lama tak bersama
    Kesan sampingan ubat-ubatan terhadap keinginan seks.

    #9. Masalah berkaitan kesihatan mental

    Kemungkinan individu tidak minat hubungan seks bukan hanya disebabkan oleh gangguan fizikal semata-mata, malah ia boleh berlaku hasil daripada masalah berkaitan kesihatan mental.

    Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami kemurungan, ia pasti boleh menghilangkan kehendak untuk melakukan seks.

    Kemurungan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan banyak tenaga, mengalami penarikan sosial dan emosi yang terganggu. 

    #10. Pernah didera 

    Sesetengah individu mungkin pernah mempunyai sejarah hidup didera secara seksual.

    Penderaan seksual boleh menyebabkan trauma yang terus menghantui hidup seseorang itu sehingga mereka dewasa.

    Mereka yang pernah didera secara seksual ini mempunyai reaksi emosi seperti malu, takut dan stres sehingga boleh menjejaskan kehidupan seks mereka.

    #11. Isu lain berkaitan kehidupan

    Selain itu, terdapat juga beberapa isu lain berkaitan kehidupan seseorang yang boleh membuat anda tidak minat hubungan seks.

    Ini termasuklah rasa bosan, keletihan, melalui fasa kesedihan, kehilangan pekerjaan, masalah kewangan, penuaan dan juga berasa malu dengan penampilan diri sendiri

    Kesimpulan

    Kini anda telah mengetahui beberapa penyebab kurang ghairah seksual bersama pasangan. Namun begitu, jangan jadikan masalah ini sebagai batu penghalang untuk anda kekal romantis bersama yang tersayang.
    Sebaiknya, jujur bersama pasangan anda mengenai masalah yang dihadapi dan punca keengganan anda untuk bersenggama bagi mengelakkan wujudnya salah faham di dalam rumah tangga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 3 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan