Jemur kemaluan di bawah cahaya matahari untuk naikkan ghairah seks atau nafsu wanita?
Di Malaysia, mungkin masih belum berlaku lagi hal sebegini, namun ia telah menjadi 1 trend di luar negara.
Ada beberapa influencer di media sosial seperti di Instagram yang melakukan penjemuran kemaluan dan mendakwa ia baik untuk kesihatan serta mampu meningkatkan nafsu wanita.
Namun ternyata apa yang dilakukannya itu mendapat tentangan ramai pihak termasuklah pakar-pakar perubatan.
Apakah manfaat kesihatan yang kononnya didakwa boleh diperoleh daripada aktiviti penjemuran kemaluan tersebut?
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.
Menjemur kemaluan atau perineum sunning
Aktiviti menjemur kemaluan atau disebut sebagai perineum sunning ini telah mula menjadi sesuatu yang viral sejak dimuatnaik oleh seorang influencer, Meagen di Instagram miliknya.
Perineum adalah bahagian tubuh yang terletak di antara lubang dubur dan juga faraj bagi wanita, atau antara dubur dan juga zakar jika bagi lelaki.
Menurut Meagan, ini adalah amalan pengikut Taoist purba yang berasal dari Timur Jauh. Meagen menjelaskan, perineum adalah 1 laluan keluar masuk tenaga ke dalam tubuh manusia.
Dakwaan manfaat kesihatan amalan menjemur kemaluan
Melalui hantaran di Instagram miliknya itu, dia mendakwa, ada pelbagai manfaat terhadap kesihatan tubuh yang akan diperoleh daripada aktiviti menjemur kemaluan ini.
Antaranya adalah:
- Menguatkan organ
- Menggalakkan tidur yang berkualiti
- Mengekalkan kesihatan dan panjang umur
- Membantu menaikkan ghairah seks
- Menyeimbangkan tenaga nafsu wanita
Artikel berkaitan: