Biji Cili Boleh Jadi Punca Sakit Apendiks, BETUL Atau KARUT?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Mac 13, 2020

“Harun, jangan makan biji cili itu ya, nanti sakit apendiks!”, tegah seorang ibu kepada anaknya yang sedang khusyuk makan nasi lemak kegemarannya. Rasanya, bukan Harun sahaja yang pernah mendengar dialog seperti ini. Penulis juga selalu dimomokkan dengan mitos ini oleh masyarakat sekeliling. Persoalannya, adakah benar biji cili boleh jadi punca apendiks yang sebenar?

Untuk mengetahui jawapan sebenarnya, jom sama-sama kita selami artikel ini dengan lebih mendalam!

Biji cili punca apendiks, mitos atau fakta?

cili

Menurut Dr Maisara Yusra yang merupakan Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), tiada sebarang kajian saintifik berjaya membuktikan radang apendiks adalah disebabkan pemakanan.

Ternyatalah bahawa kepercayaan biji cili boleh menyebabkan sakit apendiks yang selama ini ditakuti masyarakat kita adalah mitos dan karut semata-mata.

Beliau menambah lagi bahawa kepercayaan ini datangnya daripada petua masyarakat terdahulu yang percaya biji cili dan pelbagai lagi makanan lain seperti biji anggur, tembikai dan jambu batu boleh tersangkut dan tersimpan pada pundi apendiks. Ini adalah fakta yang mengarut dan tidak boleh dipercayai.

Sebenarnya, semua orang berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan. Hakikatnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Selepas hancur sepenuhnya, barulah ia akan masuk ke usus untuk proses pembuangan najis.

Jadi, pemakanan bukanlah punca radang apendiks. Tetapi, apakah punca sebenar ia berlaku?

Apa punca sebenar radang apendiks?

apendiks

Dr Maisara turut menyatakan bahawa radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu kondisi di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat.

Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Pun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.

Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan? Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku.

Selain itu, kondisi ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun. Jadi, jangan sesekali beranggapan bahawa orang yang masih mudah tidak boleh mengalaminya ya?

Untuk merawatnya, doktor hanya akan beri penderita antibitiotik untuk melegakannya. Jika masih tidak pulih, cara terbaik untuk menghilangkannya adalah melalui pembedahan membuang pundi apendiks (apendektomi).

Pembedahan apendiks

pembedahan apendiks

Sekiranya kita telah terkena radang apendiks, cara yang terbaik untuk menghilangkan kesakitan yang dialami adalah dengan melakukan pembedahan apendiks kerana ia juga adalah satu-satunya teknik yang telah diperkui oleh kebanyakan pakar kesihatan. Persoalannya, bagaimana ia dilakukan?

Untuk pengetahuan anda, pembedahan ini turut dikenali sebagai appendectomy. Caranya, doktor boleh melakukannya dengan dua cara iaitu:

  • Pembedahan tradisional (membelah perut secara terbuka)
  • Laparoskopi (membelah perut dengan ukuran yang kecil dan memasukkan kamera untuk melihat ke dalam)

Namun, ia sangat bergantung kepada saiz tumor pada bahagian apendiks itu sendiri. Sekiranya ia terlalu besar, pembedahan major terpaksa dilakukan dalam usaha untuk membuangnya.

Buat anda yang belum tahu, penggunaan antibiotik juga diperlukan untuk merawat segala jangkitan yang terjadi akibat simptom-simptom penyakit ini.

Namun secara amnya, ia tidak mampu merawat radang apendiks secara total. Pembedahan masih perlu dijalankan.

Konklusi

Kesimpulannya, punca sebenar radang apendiks ini adalah penyumbatan di dalam saluran apendiks seperti yang telah disenaraikan di dalam artikel ini. Pun begitu, pemakanan tidak boleh dianggap sebagai antara punca utamanya kerana masih tidak ada kajian kukuh yang mengatakan sebegitu.

Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk makan nasi lemak kegemaran anda lagi. Begitu juga dengan ibu Harun. Jangan sesekali percaya sebarang mitos tanpa usul periksa kesahihannya terlebih dahulu ya? Akhir kata, biasakan yang betul dan betulkan yang biasa!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Crohn: Perkembangan Terkini Klinikal Dan Diagnosis

    Penyakit Crohn adalah sejenis penyakit keradangan usus yang kronik dan boleh berulang. Di UK, ianya dikira sebagai sejenis ketidakupayaan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Pengurusan Tekanan Sakit Perut

    Kajian menunjukkan bahawa emosi mempunyai pengaruh besar terhadap setiap aspek tubuh, termasuk sistem pencernaan. Tindak balas kadang-kadang boleh menjadi sengit jika anda mengalami tekanan, menyebabkan sakit perut ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Sakit Perut: Keadaan Normal atau Serius?

    Sakit perut adalah istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada kekejangan atau sakit di bahagian perut (abdomen). Ia biasanya tidak berpanjangan dan selalunya  tidak serius. Tetapi kesakitan perut yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Pusat Kesihatan Januari 25, 2019

    Sakit Perut Sebelah Kanan, Apakah Maknanya?

    Sakit perut mungkin perkara biasa yang berlaku pada seseorang dan akan hilang dengan sendirinya pada tempoh tertentu dan selalunya tidak berbahaya. Bagaimanapun, jika keadaannya tidak terkawal ia boleh menyebabkan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    Kerap Ke Tandas Selepas Berbuka Puasa? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

    Kerap Ke Tandas Selepas Berbuka Puasa? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Mei 19, 2020
    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada Mei 7, 2020
    Ladies, Selalu Sakit Bawah Perut? AWAS Ia Mungkin Tanda 5 Masalah Kesihatan Ini!

    Ladies, Selalu Sakit Bawah Perut? AWAS Ia Mungkin Tanda 5 Masalah Kesihatan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada Disember 10, 2019
    Tip Mengawal Asid Perut Ketika Puasa

    Tip Mengawal Asid Perut Ketika Puasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada Mei 6, 2019