Keliru Nak Pilih Jenis Roti yang Mana? Ikuti Panduan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/06/2020 . 2 minit bacaan

Walaupun nasi adalah makanan ruji atau pilihan makanan utama penduduk di Malaysia, roti juga bukanlah sejenis makanan yang jarang dimakan. Terdapat pelbagai jenis roti yang boleh dipilih di pasar raya atau kedai roti berdekatan anda.

Ia mungkin boleh dikatakan makanan ruji kedua selepas nasi dan diambil setiap hari ketika sarapan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Roti juga merupakan pilihan makanan yang sesuai untuk sarapan disebabkan sifatnya yang lebih ringan berbanding nasi dan mudah untuk disediakan.

Jenis roti yang mungkin anda keliru sebelum ini

Jika anda ke pasar raya, anda akan mudah menjumpai rak-rak roti dengan pelbagai pilihan atau jenis roti.

Seperti penulis, kadangkala jenis roti yang ingin dipilih juga boleh memeningkan kepala. Membelek-belek bungkusan roti berulang kali adalah perkara biasa ketika memilih roti yang diinginkan.

Jika anda mengalami masalah yang sama, ikuti panduan jenis roti di bawah yang mungkin boleh membantu anda selepas ini.

#1. Roti gandum penuh (wholemeal bread)

roti gandum penuh

Roti ini juga dikenali dengan nama ‘whole-wheat bread’. Ia diperbuat daripada tepung gandum yang mana ia mengandungi 100% ekstrak bijian gandum. Pilihan roti ini adalah lebih sihat disebabkan oleh kandungan nutrisinya yang lebih tinggi.

#2. Roti putih (white bread)

Roti putih (white bread)

Roti ini adalah jenis roti yang biasa dibeli oleh ramai pengguna. Roti putih diperbuat daripada tepung roti atau tepung pelbagai guna, oleh sebab itu ia mempunyai tekstur yang lebih halus dan mudah untuk dipotong. 

Walau bagaimanapun, roti jenis ini tidak disarankan kepada golongan yang menghidap diabetes mellitus.

#3. Roti pelbagai bijirin (multigrain bread)

roti pelbagai bijirin

Untuk menghasilkan roti jenis ini, pelbagai jenis tepung akan digunakan. Antara jenis tepung yang sering digunakan ialah tepung gandum penuh, tepung pelbagai guna, dan tepung rai. Sesetengah bijirin penuh juga biasa ditambah ke dalam adunan tepung untuk menjadikannya lebih enak dan bernutrisi.

#4. Roti sourdough

roti sourdough

Ia biasa tidak dijual dalam bentuk yang sudah dipotong, tetapi dalam bentuk sebuku roti yang besar. Ia adalah sejenis roti beragi atau beryis yang dihasilkan daripada campuran tepung dan air yang ditapai.

Roti ini mempunyai kerak roti yang besar dengan bahagian tengah roti yang agak kenyal. Ia boleh disimpan dalam jangka waktu yang lama.

#5. Roti rai (rye bread)

roti rai

Ia adalah sejenis roti yang berasal dari Eropah dan terbuat daripada tepung rai atau campuran antara tepung rai dan tepung gandum. Ia adalah sejenis roti gandum penuh yang mempunyai warna sedikit gelap dan rasa yang kuat. 

Kesimpulan berkenaan jenis roti

Jika anda masih pening untuk memilih jenis roti di pasar raya, buat sahaja roti sendiri di rumah. Resepi roti bukanlah satu resepi yang sukar.

Campurkan sahaja jenis tepung pilihan anda, air, garam, sedikit lemak tambahan jika mahu dan yis atau baking soda.

Tambahkan kekacang atau bijian seperti oat dan bijan untuk menaikkan rasa roti. Silap haribulan, anda boleh mencipta jenis dan rasa roti anda sendiri dan seterusnya boleh dijual. Jika anda cuba menjual roti buatan anda secara kecil-kecilan, mungkin akan ada peminatnya yang tersendiri secara perlahan-lahan.

Paling penting, jangan sesekali berputus asa dalam mencipta resepi roti yang terbaik untuk dimakan oleh keluarga anda. Untuk jualan juga, pastikan roti yang dijual juga berkualiti tinggi dengan penggunaan bahan atau ramuan yang terbaik agar rasa dan teksturnya kekal terpelihara.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Jangan Makan 10 Makanan Ini Semasa Sarapan Pagi Kalau Tak Nak Perut Meragam!

Adakah anda tahu, bukan semua jenis makanan sesuai diambil sebagai menu sarapan pagi. Ingin tahu apakah jenis-jenis makanan tersebut? Ikutinya di sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/10/2019 . 3 minit bacaan

Jagung : Adakah ‘Popcorn’ Boleh Menyebabkan Kanser?

Jagung sangat enak untuk dimakan. Pun begitu, ada beberapa risiko yang diperkatakan mengenainya. Sila ikuti artikel ini untuk mengetahuinya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/08/2019 . 8 minit bacaan

Bijan: Menyediakan Manfaat yang Besar Walaupun Saiznya yang Kecil

Biji bijan kaya dengan kandungan antioksidan, protein, serat makanan, vitamin dan mineral seperti kalsium, zat besi, kalium, fosforus dan magnesium

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 01/08/2019 . 8 minit bacaan

Bijirin Terbaik Untuk Kesihatan Dan Mengurangkan Berat

Kebelakangan ini timbul kesedaran bahawa produk bijirin atau gandum bukanlah produk terbaik untuk dimakan. Walaupun terdapat garis panduan dan ramai pakar yang mencadangkan diet yang sihat perlu terdiri daripada ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 21/03/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

minum susu

Tahukah Anda Berapa Banyak Susu Perlu Diminum Dalam Sehari? Cukup Ke Kalau Satu Cawan Saja?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 24/10/2019 . 2 minit bacaan
diet-sayur

Diet Simple Ini Bantu Anda Kurangkan Beban Masalah Di Dalam Minda

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/10/2019 . 2 minit bacaan
sarapan percuma

Sarapan Percuma Untuk Murid Sekolah Rendah, Ini Jenis Makanan yang Disarankan

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/10/2019 . 3 minit bacaan

Nak Tahu Boleh Makan Lagi Ke Makanan Yang Tamat Tarikh Luput? Lihat 5 Jenis Makanan Itu Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 08/10/2019 . 3 minit bacaan