Anda tahu apa itu jadual pemakanan sihat? Ia merupakan makanan yang menyediakan anda pelbagai nutrisi berbeza dan boleh menjaga fikiran serta badan secara langsung.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Anda tahu apa itu jadual pemakanan sihat? Ia merupakan makanan yang menyediakan anda pelbagai nutrisi berbeza dan boleh menjaga fikiran serta badan secara langsung.
Gabungan pelbagai makanan dengan jumlah sederhana, memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan dan bantu mengelak sebarang bentuk penyakit.
Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.
Bagaimana untuk makan secara sihat?
Makan secara sihat bermaksud makanan yang diambil itu mestilah pelbagai dan seimbang.
Ini kerana, setiap jenis makanan mempunyai manfaat sendiri dan nutrien utama kepada badan.
Oleh itu, jika anda makan pelbagai makanan daripada setiap jenis, badan anda boleh menyerap segala yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
Selain itu, pelan pemakanan sihat dengan pelbagai jenis boleh membuatkan makanan lebih sedap dan menarik, lantas tidak mendatangkan rasa bosan untuk terus berdiet.
Makanan dibahagikan kepada kumpulan kerana ia berkongsi persamaan nutrien utama.
Anda boleh menukar menu harian dengan cuba memasukkan jenis kumpulan makanan ini dalam hidangan anda, iaitu:
Untuk snek, anda boleh menyediakan sayur-sayuran mentah, seperti lobak merah dan batang saderi.
Sementara itu, makan tengah hari atau makan malam, anda boleh cuba sayur-sayuran salad dengan sandwic, sup sayur-sayuran, patties sayur-sayuran dan kari sayur.
Ini semua makan malam yang sihat dan berkhasiat untuk keperluan semua orang.
Anda boleh makan buah-buahan sebagai snek yang sihat dan berkhasiat yang perlu ada dalam jadual pemakanan sihat.
Sebelum itu, pernahkah anda cuba pisang dengan bijirin untuk sarapan pagi? Juga epal untuk minuman di waktu pagi dan menambah beberapa buah beri dalam yogurt anda?
Jika tidak, cuba sekarang, ya!
Ini semua senarai makanan yang menyediakan sumber protein dalam tubuh. Anda boleh membuat campuran protein dengan kekacang sebagai hidangan utama.
Makanan bijirin ini termasuklah beras, pasta atau mi. Ini adalah sumber utama yang berkhasiat untuk tenaga anda. Ia agak mudah untuk gabungkan bijirin dengan daging dan sayur-sayuran. Kemudian ia dapat berfungsi sebagai hidangan yang baik.
Jangan lupa untuk menggunakan bijirin penuh seperti beras perang, pasta gandum penuh atau roti putih. Ini kerana ia mengandungi lebih banyak serat dan vitamin serta mineral daripada jenis putih.
Anda boleh menambah yogurt untuk sarapan bijirin dengan susu atau gunakan keju sebagai pengisian sandwich.
Parut parmesan atau cheddar boleh digunakan ke atas sayur-sayuran kukus atau salad.
Baca juga:
Makanan yang tinggi lemak tepu, gula tambahan, tinggi kandungan garam atau alkohol adalah perlu dielakkan.
Anda boleh makan sedikit tetapi jangan mengambilnya sebagai makanan utama. Beberapa contoh makanan yang boleh diambil sekali-sekala adalah:
Diet yang sihat dengan pelbagai makanan dari lima kumpulan ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan diri yang lebih baik.
Akhir kata, cuba makan secara bijak dan nikmati faedahnya setiap hari.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen