backup og meta

Kena Tukar Cara Pemakanan Jika Alami Radang Usus! Diet Karbo Boleh Membantu?

Kena Tukar Cara Pemakanan Jika Alami Radang Usus! Diet Karbo Boleh Membantu?

Penyakit radang usus adalah satu kondisi yang biasa terjadi terutamanya buat mereka yang tidak jaga diet pemakanan.

Antara simptom penyakit ini adalah sakit perut, ulser perut, cirit-birit dan anemia yang memerlukan pemantauan rapi.

Sekiranya terkena penyakit ini, aspek diet pemakanan perlulah dipandang berat dan antara idea yang diketengahkan adalah mengamalkan diet karbo khusus!

Jom sama-sama kita semua ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

Apa itu diet karbo khusus?

Untuk pengetahuan anda, diet karbohidrat khusus (SCD) ini telah diperkenalkan pada sekitar tahun 1920 lagi oleh Pakar Gastrologi Sidney Haas.

Ia kemudiannya telah dikembangkan dan dipopularkan oleh Elaine Ggottschall melalui buku hasil penulisannya iaitu “Breaking the Vicious Cycle.”

Diet SCD ini meliputi pengambilan serta penyingkiran makanan yang mengandungi karbohirat tertentu berdasarkan struktur kimianya.

Ini bertujuan menghalang pertumbuhan bakteria tidak baik di dalam usus terutamanya jika kalian terkena penyakit radang usus.

Sekiranya bakteria ini berkembang dan membiak lebih banyak, maka nutrien tidak dapat diserap dengan baik lantas menyebabkan keradangan.

usus

Selain bagus untuk radang usus, ia juga baik untuk diamalkan oleh mereka yang mengalami:

  • Penyakit Crohn
  • Fibrosis sista
  • Seliak
  • Kolitis
  • Divertikulitis
  • Cirit-birit kronik
  • Muntah-muntah kronik
  • Autisme

Persoalannya, karbohidrat jenis apa yang perlu dielak dan diambil melalui diet karbo khusus ini?

Makanan perlu elak dalam diet karbo khusus

Diet SCD ini akan sangat mementingkan penyingkiran karbohirat spesifik berdasarkan struktur kimianya.

Makanan utama yang perlu dielak adalah yang mengandungi dua atau lebih bahan kimia berkaitan dengan molekul gula.

Di dalam terma saintifik, segala makanan yang mengandungi disaccharides, oligosaccharides atau polysaccharides perlu dielak.

sindrom iritasi usus

Berikut merupakan antara jenis makanan tersebut:

Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa hanya sebahagian jenis makanan dari kategori di atas tadi yang perlu dielak.

Untuk lebih pasti, sila siasat dan periksa label makanan terlebih dahulu atau dapatkan pandangan daripada pakar nutrisi.

Makanan perlu ambil dalam diet karbo khusus

Diet SCD ini juga sangat mementingkan pengambilan karbohirat spesifik berdasarkan struktur kimianya.

Secara teorinya, makanan yang perlu diambil melalui diet karbo ini adalah makanan yang tidak diproses terlebih dahulu.

Di dalam terma saintifik, segala makanan yang mengandungi monosaccharides glucose, fructose dan galactose perlu diambil.

Berikut merupakan antara jenis makanan tersebut:

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Daging segar
  • Telur
  • Produk tenusu tertentu
  • Kekacang tertentu
  • Bijirin tertentu
  • Herba
  • Rempah

Ya, adalah agak sukar untuk menentukan jenis karbohidrat ini kerana kedua-dua senarai ada yang serupa sahaja.

Untuk lebih yakin, sila siasat dan periksa label makanan terlebih dahulu atau dapatkan pandangan daripada pakar nutrisi.

iritasi pada usus

Adakah ia ada risiko di sebaliknya?

Untuk pengetahuan anda, diet karbohidrat khusus ini mungkin tidak akan mendatangkan sebarang risiko lain jika diamalkan.

Jika dirancang dengan baik, diet SCD boleh jadi ideal, lengkap dan sihat buat individu terutamanya yang kerap alami radang usus.

Namun, ketahuilah bahawa SCD akan menyingkirkan banyak kumpulan makanan bernutrien tinggi yang juga penting untuk individu.

Penyingkiran tersebut sudah pasti akan menyebabkan kalian kehilangan banyak nutrien penting sekali gus meningkatkan risiko malnutrisi.

Disebabkan itu, adalah wajar untuk kalian berjumpa dan berbincang dengan pakar diet terlebih dahulu sebelum mengamalkannya okay!

Adakah diet ini bagus atau tidak?

Buat mereka yang selalu mengalami penyakit radang usus atau penyakit-penyakit lain berkaitan sistem penghadaman, pencernaan atau autoimun, diet ini bagus untuk anda.

Ini kerana diet karbo khusus boleh membantu memulihkan kembali kebolehan tubuh badan untuk menyerap nutrisi dan membaiki tisu usus yang rosak.

Pun begitu, diet karbo ini masih ada kekurangan iaitu tahap keberkesanannya tidak dapat dipastikan ekoran tiada bukti saintifik konkrit.

Meskipun ada, ia hanya terhad kepada kajian kecil atau bukti anekdot yang tidak cukup untuk memastikan keberkesanan diet karbo khusus.

Konklusinya, ya ia memang bagus jika diamalkan dengan cara dan untuk individu yang betul namun nasihat pakar diet masih lagi diperlukan terlebih dahulu.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.choc.org/wp/wp-content/uploads/2017/02/5-RypkemaL-RDsInPracticeGI.pdf
  2. https://med.stanford.edu/content/dam/sm/gastroenterology/documents/IBD/CarbDiet%20PDF%20final.pdf
  3. https://www.nimbal.org/education/implementing-scd-into-your-daily-life/knowing-what-foods-are-legal-and-illegal
  4. https://www.seattlechildrens.org/about/stories/can-the-specific-carbohydrate-diet-treat-inflammatory-bowel-disease/

Versi Terbaru

11/06/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan