backup og meta

Garam dalam Diet Anak Anda

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/12/2019

    Garam dalam Diet Anak Anda

    Bagaimana garam boleh mempengaruhi kesihatan anak anda?

    Pengambilan garam yang tinggi boleh membawa kepada tekanan darah tinggi untuk orang dewasa. Namun, tahukah anda bahawa pengambilan garam yang tinggi dalam kanak-kanak juga boleh mempengaruhi keseluruhan kesihatan mereka. Masalah-masalah lazim dalam kalangan kanak-kanak yang berkaitan dengan pengambilan garam yang tinggi adalah:

    • tekanan darah tinggi;
    • osteoporosis;
    • penyakit respiratori seperti asma;
    • kanser perut;
    • obesiti

    Tambahan pula, terdapat bukti yang menunjukkan tabiat pemakanan semasa alam kanak-kanak boleh mempengaruhi corak pemakanan di kemudian hari. Ini bermakna populasi dewasa boleh mengurangkan pengambilan sodium jika mereka diberikan diet yang rendah garam semasa alam kanak-kanak.

    Berapa banyak garam yang diperlukan oleh anak anda?

    Bayi dan kanak-kanak hanya memerlukan amaun garam yang sangat kecil dalam diet mereka. Walau bagaimanapun, disebabkan banyak garam ditambah dalam kebanyakan makanan yang anda beli, seperti roti, kacang panggang, dan juga biskut, jadi anak anda sudah mengambil terlalu banyak garam.

    Maksimum amaun garam yang boleh diambil untuk bayi dan kanak-kanak ialah:

  • Sebelum bayi anda berusia enam bulan, dia telah pun mendapat garam secukupnya daripada susu ibu ataupun susu formula
  • 6 hingga 12 bulan – kurang daripada 1g garam sehari (kurang daripada 0.4g sodium)
  • 1 hingga 3 tahun – 2g garam sehari (0.8g sodium)
  • 4 hingga 6 tahun – 3g garam sehari (1.2g sodium)
  • 7 hingga 10 tahun – 5g garam sehari (2g sodium)
  • 11 tahun dan ke atas – 6g garam sehari (2.4g sodium)
  • Bayi yang masih menyusu badan mendapat amaun garam secukupnya melalui susu ibu. Susu formula pula mengandungi amaun garam yang sama seperti susu ibu.

    Apabila anda mula memperkenalkan makanan pejal, ingatlah untuk tidak menambah garam dalam makanan yang anda sediakan untuk bayi. Ini kerana buah pinggang mereka belum boleh menanganinya. Anda juga perlu mengelakkan pemberian makanan siap yang bukan diperbuat khas untuk bayi seperti bijirin sarapan pagi, kerana kandungannya yang tinggi dengan garam.

    Banyak makanan yang dibuat untuk kanak-kanak tinggi kandungan garam, jadi penting untuk anda memeriksa maklumat pemakanan sebelum membeli makanan tersebut. Kandungan garam boleh dilihat dengan label sodium. Sebagai panduan, makanan yang mengandungi lebih daripada 0.6g sodium per 100g dikira tinggi kandungan garam. Anda boleh mengira amaun garam dalam makanan dengan cara mendarab 2.5 amaun sodium. Contohnya, 1g sodium per 100g adalah sama dengan 2.5g garam per 100g.

    Anda boleh mengurangkan amaun garam anak anda dengan cara mengelakkan snek masin, seperti biskut atau kerepek rangup, dan menukarnya dengan snek rendah garam. Cubalah beri anak anda pilihan yang sihat seperti buahan kering, ulam dan buahan potong.

    Dengan memastikan anak anda tidak makan terlalu banyak garam, bermaksud anda sedang membantu memastikan mereka tidak ketagih kepada makanan masin, menjadikan pilihan makanan mereka berbeza berbanding orang dewasa.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 02/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan