Minyak Ikan dan Kesihatan Jantung

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Sejak dahulu lagi, asid lemak omega-3 dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan. Ia disyorkan untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit, termasuk penyakit jantung. Walau bagaimanapun, tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid lemak omega-3 sendiri. Jadi untuk memastikan pengambilan yang mencukupi, anda perlu sama ada mengambil makanan tambahan atau menambah minyak ikan dalam diet anda.

Asid lemak omega-3

Asid lemak tepu yang terdapat dalam daging dipercayai menjadi penyebab untuk peningkatan kolesterol yang tinggi. Sebaliknya ikan, yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang tidak tepu bertindak sebagai agen anti-radang yang membantu menurunkan triglycerides dalam darah, menjaga paras darah, mengurangkan darah beku dan strok. Individu yang tidak mempunyai asid lemak omega-3 yang mencukupi berkemungkinan akan berdepan risiko untuk mengalami kegagalan masalah kegagalan jantung kongestif dan jantung tidak normal (arrhythmia).

Ikan dan asid lemak omega-3

Untuk mendapatkan khasiat yang baik dari hidangan ikan, anda perlu memilih ikan berlemak seperti salmon, sardin atau tuna. Kebanyakan makanan laut mempunyai tahap asid lemak omega-3 yang tertentu. Jadi, makanlah makanan laut kegemaran anda, dan ia mungkin memberikan anda manfaat kesihatan.

Namun, hadkan pengambilan ikan keli dan tilapia kerana ia mengandungi asid lemak tidak sihat. Tahap kebaikan hidangan ikan anda juga bergantung kepada cara penyediaannya, hidangan ikan anda akan menjadi lebih sihat jika anda memilih untuk merebus atau membakarnya berbanding menggoreng.

Walaupun terdapat sesetengah penyelidikan mencadangkan ikan liar adalah lebih sihat, tetapi kandungan asid lemak omega-3 sebenarnya lebih tinggi pada ikan ternakan seperti salmon berbanding ikan yang hidup secara habitat liar.

Jumlah yang diperlukan

7 auns ikan seminggu adalah jumlah yang disyorkan untuk individu dewasa. Kebanyakan individu takut terhadap kandungan merkuri dan toksin semula jadi lain yang terdapat pada ikan. Kebaikan yang diberikan oleh asid lemak omega-3 adalah jauh lebih tinggi berbanding risikonya. Merkuri boleh berkembang dalam tubuh jika mengamalkan pengambilan ikan untuk tempoh yang panjang. Berita baik, merkuri tidak mendatangkan masalah kesihatan kepada individu dewasa. Namun, ia boleh memudaratkan janin dan kanak-kanak. Jadi untuk ibu hamil dan kanak-kanak harus menghadkan pengambilan ikan untuk mengelakkan diracun oleh toksin semula jadi yang terdapat dalam ikan.

Sekiranya anda mengalami alahan kepada ikan, anda mungkin boleh mengamalkan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Pilihan lain adalah termasuk kacang walnut, kacang soya, dan biji rami (flaxseed). Tetapi menurut kebanyakan kajian yang dijalankan, menyatakan bahawa sumber asid lemak omega-3 selain ikan, hanya memberikan sedikit manfaat untuk jantung dan kesihatan umum. Antara cara lain untuk meningkatkan kadar asid lemak omega-3 dalam darah adalah dengan menurunkan tahap asid lemak omega-6 dengan mengurangkan pengambilan daging dan telur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Disember 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Disember 3, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut