Teh Daun Durian Belanda Boleh Kawal Kencing Manis? TUNGGU! Baca Ini Dulu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 20/05/2020

Jika sebelum ini, sudah ramai yang memperkatakan berkenaan segala macam khasiat yang boleh diperoleh daripada buah durian belanda. Namun, pada kali ini, kita fokus kepada khasiat daun durian belanda pula.

Di Malaysia, kita mungkin tidak biasa menggunakan daun pokok durian belanda, namun di beberapa negara, daun ini diolah menjadi teh daun durian belanda. 

Persoalannya, adakah teh daun durian belanda ini mampu memberikan manfaat kepada kesihatan manusia?

Benarkah buah durian belanda mempunyai kebaikannya yang tersendiri seperti yang sering dicanang-canang? Ikuti jawapannya di sini.

Buah durian belanda boleh bantu rawat penyakit? Termasuk kanser?

teh daun durian belanda

Beberapa kajian menyatakan bahawa buah durian belanda itu sendiri mempunyai beberapa sifat sistem imun yang positif.

Ini kerana buah ini tinggi dengan kandungan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh. 

Selain itu, buah durian belanda turut dilihat mampu mengurangkan keradangan yang berlaku pada tubuh.

Namun, apabila ia didakwa mampu merawat kanser, dakwaan tersebut perlu diperbetulkan kerana ia ternyata tidak benar sama sekali. 

Memang terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Purdue University menemui, komponen tertentu dalam buah durian belanda boleh merencatkan pertumbuhan sel kanser berdasarkan eksperimen makmal.

Namun, satu kajian sahaja tidak memadai untuk membuktikan keberkesanannya dalam merawat kanser yang tumbuh dalam tubuh manusia.

Tambahan lagi, kajian tersebut hanya dijalankan di peringkat ujian makmal sahaja, tidak terbukti keberkesanan yang sama akan berlaku dalam tubuh manusia.

Teh daun durian belanda punyai khasiat tertentu?

teh daun durian belanda

Ada beberapa lokasi di dunia yang percaya ada khasiat daun durian belanda, termasuk mampu mengawal penyakit kencing manis, bertindak sebagai antibiotik dan juga mengurangkan keradangan.

Ada satu kajian perubatan mendapati, teh daun durian belanda membantu menyembuhkan luka pada badan tikus makmal dan ada juga kajian lain yang menunjukkan ia memberi perlindungan daripada kerosakan DNA. 

Ada juga kajian yang menunjukkan khasiat daun durian belanda yang dijadikan sebagai teh.

Kajian tersebut mendapati, teh daun durian belanda dilihat membantu mengurangkan gula darah bagi penghidap kencing manis selain bertindak sebagai ejen antimikrob semula jadi. 

Ada kajian dapati daun durian belanda bantu cegah simptom fibromyalgia

Selain itu, ada kajian dari University of Seville mendapati, ekstrak daun durian belanda ini boleh membantu mengelakkan simptom-simptom fibromyalgia daripada berlaku.

Menurut salah seorang penyelidik kajian terbabit, pengambilan ekstrak daun durian belanda dengan dos yang tepat mampu mengurangkan kesakitan kronik, keresahan dan juga kemurungan hasil daripada penyakit ini.

Namun, sehingga kini, kajian-kajian seperti ini hanya terbukti berkesan terhadap tikus makmal sahaja.

Ia masih perlu menjalani ujian klinikal dalam kalangan pesakit untuk memastikan keberkesanannya dan dos yang selamat untuk diambil oleh manusia. 

Fibromyalgia adalah satu keadaan penyakit di mana berlakunya kesakitan muskuloskeletal pada seluruh badan.

Penyakit ini turut disertai dengan beberapa masalah lain seperti keletihan, dan juga gangguan pada kualiti tidur, memori dan juga emosi.

Individu yang mengalami fibromyalgia turut mempunyai beberapa keadaan kesihatan yang lain seperti gangguan sendi temporomandibular (TMJ), sindrom iritasi usus, keresahan dan juga kemurungan.

Kesemua dakwaan masih perlu kajian lanjut, terperinci

khasiat daun durian belanda

Walaupun khasiat-khasiat dan manfaat daun durian belanda ini kelihatan sangat menjanjikan, namun kesemua dapatan kajian hanyalah berdasarkan bukti saintifik yang amat terhad dan terlalu sedikit. 

Kebanyakan manfaat buah durian belanda atau khasiat daun durian belanda ini diperoleh hasil daripada kajian yang dilakukan di makmal atau ke atas tikus makmal sahaja.

Walaupun ia kelihatan memberikan manfaat kepada tikus makmal tersebut, namun ia belum tentu akan memberikan kesan yang sama kepada tubuh manusia. Tidak termasuk lagi kesan sampingan yang bakal berlaku.

Kesimpulan

Manfaat buah dan khasiat daun durian belanda ini mungkin memberikan beberapa kebaikan tertentu kepada tubuh manusia.

Namun ia jelas tidak berkemampuan merawat penyakit-penyakit yang lebih serius seperti kanser kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan dengan jelas. 

Anda boleh memakan buah durian belanda untuk mendapat keperluan vitamin namun jangan sesekali mempercayai ia boleh merawat sel-sel kanser.

Untuk teh daun durian belanda pula, ia tidak disarankan untuk diminum kerana dikhuatiri kesan sampingan yang berlaku adalah lebih banyak daripada manfaat yang diberi. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Artikel lain untuk anda

Durian Belanda, Bolehkah Ia Mencegah Kanser

Durian Belanda, Bolehkah Ia Mencegah Kanser?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/08/2019