Diet untuk Pesakit Anemia Kurang Zat Besi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Apakah itu zat besi?

Zat besi, sejenis mineral di dalam badan kita, adalah sebahagian daripada hemoglobin, bahan di dalam sel darah merah yang membantu darah untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Hemoglobin tidak boleh dihasilkan jika badan anda kekurangan zat besi, yang mana boleh menyebabkan anemia. Anemia berlaku apabila darah anda tidak mengandungi hemoglobin yang mencukupi. Kekurangan zat besi, kurang vitamin tertentu, dan beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan anemia.

Bagi mana-mana kes sekalipun, anda akan mengalami simptom seperti letih, panas baran, sesak nafas, pengsan akibat jumlah oksigen di dalam aliran darah berkurang.

Manfaat zat besi

Membawa oksigen ke seluruh badan adalah salah satu fungsi utama zat besi. Ia merupakan komponen major dalam hemoglobin yang menghantar oksigen daripada paru-paru ke semua bahagian badan anda. Hati dan otot adalah dua tempat di mana zat besi disimpan.

Zat besi boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan dan terdapat di dalam dua bentuk: zat besi heam, dijumpai dalam produk haiwan seperti ikan dan daging, dan zat besi tanpa heam, kebanyakannya boleh dijumpai di dalam sumber tumbuhan seperti kekacang dan sayur-sayuran berdaun hijau. Badan menyerap zat besi heam lebih mudah berbanding zat besi tanpa heam. Roti, bijirin dan tepung juga boleh mempunyai zat besi.

Anemia kurang zat besi dan pencegahan

Anemia kurang zat besi disebabkan tidak mengambil makanan yang cukup dengan zat besi. Anemia kurang zat besi boleh dielakkan jika badan anda mengambil makanan yang kaya dengan zat besi.

Berikut merupakan makanan yang mengandungi banyak zat besi:

  • Daging merah seperti daging lembu, daging babi, daging kambing, jantung, hati, buah pinggang, puding hitam (wanita hamil tidak boleh memakan hati)
  • Burung
  • Ikan dan kerang-kerangan seperti sardin, udang, ikan bilis, ketam, kupang
  • Kacang dan puls seperti kacang bakar, kacang ginjal, kacang pis, lentil, kacang kuda, kacang bermata hitam
  • Telur
  • Kacang dan biji seperti kacang hazel, kacang tanah, walnut, biji bijan, biji bunga matahari, kacang makadamia, kacang pain, kacang pekan
  • Sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam, brokoli, kale, chard swiss
  • Buah-buahan kering seperti kismis, prun, aprikot, buah tin, kismis hitam
  • Makanan lain seperti coklat (gelap) kosong, cutni mangga, pastri, serbuk koko, ceri dalam sirap, biskut kacang halia, serbuk kari

Zat besi daging lebih mudah diserap berbanding zat besi daripada sumber lain. Jika daging bukan salah satu daripada pilihan anda, anda perlu meningkatkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan yang kaya dengan zat besi bagi membolehkan anda menyerap jumlah zat besi yang sama.

Makanan yang mengandungi vitamin C

Penyerapan zat besi boleh ditingkatkan dengan mengambil makanan dan jus yang tinggi dengan vitamin C dan pada masa yang sama anda juga mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Vitamin C kebanyakannya boleh didapati dalam:

  • Jus sitrus (contoh, jus oren)
  • Brokoli
  • Tomato
  • Kiwi
  • Tembikai
  • Limau gedang
  • Lada
  • Oren
  • Limau mandarin
  • Strawberi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Tarikh Reviu: Ogos 13, 2018 | Kali terakhir kemaskini: November 27, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut