Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Ayam merupakan antara jenis makanan yang menjadi pilihan kebanyakan individu di Malaysia tanpa mengira bangsa. Pelbagai jenis masakan boleh dihasilkan daripada ayam, sama ada secara kukus, goreng, bakar mahupun panggang. Namun, tahukah anda mengenai ayam kampung dan kebaikannya? Ikuti artikel ini untuk mendapatkan lebih penjelasan mengenai ayam kampung secara khususnya dan ayam secara amnya. 

Mengenali ayam kampung

Bagi mereka yang mungkin tidak pernah melihat ayam kampung, ayam ini merupakan ayam yang diternak dalam jumlah kecil, dan lazimnya ayam ini mempunyai bulu pelepah berwarna merah-hitam, dan sekali pandang, warnanya seperti kecoklatan.

Kebiasaannya ayam kampung ini dipelihara secara tradisional untuk daging dan telur dan kadar pengeluarannya adalah lebih rendah berbanding ayam komersial lain. Selalunya ayam kampung betina yang diternak untuk telurnya, akan menghasilkan sekitar 55 biji hingga 100 biji telur setiap tahun dengan purata berat bagi sebiji telur adalah sekitar 39 gram. Untuk menentukan kualiti telur ayam kampung ini, ia adalah berdasarkan kepada cara pengeraman telur tersebut. 

Manakala ayam kampung yang diternak untuk mendapatkan dagingnya, ia perlu mencapai berat minimum sekitar 1 kilogram hingga 1.5 kilogram. Sebelum ini, ketika ayam kampung masih lagi belum diternak secara besar-besaran untuk pasaran komersial, harga ayam kampung ini adalah lebih tinggi berbanding ayam daging komersial lain. Namun, kini ayam kampung boleh didapatkan dengan harga yang lebih berpatutan di pasaran tempatan.

Kebaikan ayam kampung

Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya - kebaikan ayam kampung

Kita selalu mendengar ada yang mengatakan bahawa ayam kampung merupakan satu makanan yang baik untuk kesihatan? Namun apakah kebaikan untuk kesihatan yang boleh diperolehi daripada ayam kampung?

Sebenarnya, manfaat dan kebaikan yang ditawarkan oleh ayam kampung adalah terletak kepada daging dan juga telur yang dihasilkan. Umumnya, berbanding daging ayam yang diternak secara komersial, daging ayam kampung adalah kurang berlemak dan lebih sihat. Namun, dari segi tekstur, anda pasti akan lebih menyukai daging ayam ternak komersial kerana daging ayam kampung adalah lebih liat tetapi ia dikatakan mempunyai rasa yang lebih manis. 

Manfaat kesihatan yang terbaik pada ayam kampung adalah terletak kepada telur yang dihasilkan. Ini kerana, jika dibandingkan dengan telur ayam biasa yang boleh anda beli di pasar raya mahupun di kedai runcit, telur ayam kampung mempunyai kuantiti omega-3 yang lebih tinggi, malah ia juga tinggi kandungan mineral dan vitamin. 

Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi kualiti telur ayam kampung ini seperti jenis makanan yang diberikan, cara atau kaedah penternakan yang digunakan serta faktor kebebasan bergerak yang diberikan. 

Perbezaan kualiti telur dapat dilihat melalui warna telur kuning serta ketebalan kulit telurnya. Telur ayam biasa yang diternak secara komersial, mempunyai kuning telur yang berwarna lebih pudar dan kulit telurnya juga lebih nipis. Manakala kuning telur bagi telur ayam kampung adalah mempunyai warna kuningnya yang lebih terang serta ketebalan kulit telur yang lebih tebal. 

Telur ayam kampung dikatakan mempunyai omega-3 yang terbukti dapat mencegah dan menghindari penyakit jantung, merendahkan tahap kolesterol serta tekanan darah tinggi dan jumlah lemak asid omega-3 telur ayamnya adalah lebih banyak berbanding telur ayam biasa. 

Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya - telur ayam kampung

Bahagian ayam tinggi protein

Ayam adalah salah satu bahan makanan dengan sumber protein yang paling sering digunakan. Namun, bahagian ayam iaitu dada ayam, paha atas, paha bawah dan juga sayap; setiap bahagian ayam ini ternyata memiliki kandungan protein dan lemak yang berbeza.

Berikut adalah penjelasan mengenai bahagian ayam dan kandungan proteinnya:

  • Bahagian dada

Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya? - dada ayam

Dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. Dalam 100 gram dada ayam tanpa kulit yang sudah matang mengandungi 31 gram protein.

Dalam 100 gram dada ayam juga mengandung 165 kalori, 80% kalorinya berasal daripada protein, dan 20% baki kalori berasal daripada lemak.

Daging dada inilah yang paling popular bagi ahli sukan yang ingin membentuk tubuh lebih berotot dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini disebabkan daging ini tinggi protein, tetapi kalorinya tidak terlalu besar berbanding bahagian ayam yang lain.

  • Bahagian paha atas

Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya? - paha atas

Paha atas ayam biasanya lebih murah berbanding dada ayam. Dalam 100 gram paha atas tanpa kulit dan tulang, terdapat sebanyak 26 gram protein.

Paha atas ini juga mengandungi 209 kalori dalam 100 gramnya. Daripada kalori tersebut, 53% berasal daripada protein, dan bakinya sekitar 47% berasal daripada lemak.

Warna daripada bahagian ini biasanya sedikit lebih gelap berbanding bahagian dada, kerana bahagian ini adalah bahagian yang aktif bergerak dan mengandungi lebih banyak mioglobin (Mb), yang merupakan gabungan zat besi dan oksigen yang mengikat protein, ia terdapat dalam tisu otot vertebrata secara umumnya dan terdapat dalam hampir semua mamalia. Meskipun lebih gelap, bahagian ini termasuk bahagian ayam yang paling disukai ramai orang.

  • Bahagian paha bawah (drumstick)

Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya? - paha bawah

Bahagian yang lebih bawah pada paha ayam disebut sebagai ini kebiasaannya dipanggil drumstick. Bentuk potongan ayam ini memang menyerupai pukulan drum yang sedikit menggendut.

Dalam 100 gram bahagian ini tanpa kulit dan tulang mengandungi 28.3 gram protein, dan 172 kalori.

Berdasarkan kalorinya, 70% kalori berasal daripada protein, dan 30% berasal daripada lemak. Mungkin anda bertanya-tanya bagaimana pengiraan kalorinya menunjukkan lebih banyak protein, sedangkan bahagian ini terkenal dengan lemaknya. Ini kerana kandungan tersebut mengambil kira bahagian otot atau dagingnya tanpa mengira kulitnya sekali.

Hakikatnya, kebanyakan orang akan makan bukan sekadar dagingnya sahaja, malah bahagian kulit yang melapisinya. Jika demikian kalorinya lebih tinggi. Satu bahagian paha ayam drumstick beserta tulang dan kulitnya boleh mengandungi 112 kalori, dengan 53% berasal daripada protein, dan 47% berasal daripada lemak. Lemak dan proteinnya tidak jauh berbeza, bukan?

  • Bahagian kepak

Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya? - kepak

Dalam 100 gram kepak ayam tanpa kulit dan tulang mengandungi 30.5 gram protein dan 203 kalori. 64% daripada kalori tersebut berasal daripada protein, dan 36% bakinya berasal daripada lemak.

Namun, kebanyakan orang tidak memakan dagingnya saja pada bahagian kepak ini kerana kandungan dagingnya sangat sedikit. Kebanyakan orang akan makan kulit yang melapisinya juga.

Satu kepak ayam bersaiz sederhana mengandungi 99 kalori, dengan 39 % berasal daripada protein, dan 61% berasal daripada lemak. Bahagian kepak memang lebih banyak kulit dan tulang, berbanding daging atau ototnya. Oleh itu, kalori daripada lemak kepak ayam lebih besar kerana kulitnya memang banyak.

Cara penyediaan ayam yang sihat

Seperti yang telah dinyatakan di atas, ayam adalah sumber protein dan nutrien yang baik. Perbezaan kandungan nutrien antara satu bahagian dengan yang lain terlalu kecil untuk menjadi ukuran apa yang lebih sihat. 

Sebaliknya, perbezaan yang berguna untuk anda ketahui adalah bahagian daging yang gelap mempunyai lebih lemak tepu dan kolesterol berbanding bahagian daging yang putih. Pun begitu, kebanyakan lemak dalam ayam adalah pada kulitnya. Jika anda tidak mahukan lemaknya, asingkan kulit daripada ayam yang ingin dimasak.

Perbezaan nutrien terbesar dalam pengambilan daging ayam sebenarnya adalah pada cara penyediaannya. Jika anda menambah lemak semasa penyediaan, anda juga menambah kalori. Lemak mempunyai sembilan kalori setiap gram berbanding empat kalori setiap gram bagi protein atau karbohidrat.

Berikut adalah beberapa cara penyediaan ayam:

  1. Panggang

Memanggang ayam dalam ketuhar adalah salah satu cara yang paling sihat dan paling popular untuk memasak ayam. Pelbagai bahan boleh diletakkan untuk memerap ayam. Sama ada herba segar atau kering, garam, lada, sayuran, atau ramuan rempah sendiri.

  1. Menggunakan slow cooker

Slow cooker boleh membantu anda memasak ayam dengan sihat. Hasil akhirnya adalah daging ayam yang lembut, berair dan penuh rasa. Anda boleh memasak ayam keseluruhannya atau mereneh sup dengan mengisi air hingga 2 inci di bawah bahagian atas. Seperti ayam masak selama beberapa jam, air akan berubah menjadi sup yang kaya mineral. Anda juga boleh memasak pelbagai keping ayam dalam periuk slow cooker anda, bersama-sama dengan pilihan sayur-sayuran anda.

  1. Mereneh sup

Daripada membeli dan memanaskan tin sup, buat sup sendiri untuk hidangan yang sihat dan enak. Selepas memasak ayam keseluruhan dalam periuk perlahan atau periuk besar di atas dapur, anda boleh menggunakan beberapa potongan ayam ditambah beberapa kuah buatan sendiri untuk membuat sup. Dapatkan variasi dan tambah pelbagai kombinasi sayuran untuk sup anda, seperti brokoli, kacang hijau, bawang, bawang putih, lada, zucchini, squash, wortel, pasli, bit, kubis dan saderi.

  1. Stir-fry

Ayam yang dimasak stir fry bersama sayur-sayuran boleh menjadi hidangan makanan yang cepat dan mudah. Anda boleh mendapatkan ayam yang siap dipotong nipis untuk dimasak dengan sayur-sayuran bersama sedikit minyak dalam kuali leper.

  1. Kaserol

Kaserol atau casserole adalah hidangan makanan dalam pot kaserol yang dibakar dalam ketuhar. Hidangan seperti ayam adalah komponen ideal dalam kaserol, di samping sayur-sayuran segar seperti brokoli, kembang kol, bayam, bawang, bawang putih, dan lobak merah.

Ayam atau ikan lebih berkhasiat?

Ayam atau ikan? Itu adalah antara dilema yang mungkin menghantui fikiran setiap kali ingin memilih menu makanan. Yang mana satu adalah lebih sihat dan berkhasiat dari aspek kesihatan? Mari kita merungkai persoalan tersebut.

Ayam Kampung, Apakah Khasiatnya? - ayam atau ikan

Ayam

Ayam mungkin merupakan pilihan utama berbanding ikan secara umum dalam kalangan masyarakat. Ia mungkin disebabkan rasanya yang lebih sedap (sangat subjektif) atau lebih penting adalah harganya yang lebih murah berbanding ikan.

Jika anda ingin fokus kepada menambah jisim otot tanpa kalori yang tinggi, ayam adalah pilihan yang baik sebagai sumber protein. Namun, sebaiknya adalah membeli ayam tanpa kulit untuk pilihan yang lebih sihat. Selain itu, ayam juga kaya dengan vitamin B.

Salah satu daripada isu yang timbul adalah banyak ayam yang diternak secara komersial diberikan antibiotik dan hormon pembesaran. Kebanyakan ayam yang diternak secara komersial diberikan antibiotik untuk merangsang pertumbuhan, menghalang penyakit yang berlainan dan menggemukkan ayam dengan cepat. Jumlah dan jenis ubat yang disuntik kepada ayam mestilah tepat mengikut apa yang dibenarkan oleh undang-undang. 

Namun apa yang membimbangkan, kebanyakan pengusaha ayam komersial pada masa kini menyuntik lebih banyak jenis ubat dengan dos yang lebih tinggi dan melebihi daripada yang disyorkan. Sudah tentu tindakan seperti ini mendatangkan bahaya dan kesan untuk kesihatan manusia.

Antara kesan penggunaan antibiotik kepada manusia adalah seperti penggunaan ubat tahan “Super bug”. Kesan penggunaannya secara berlebihan menyebabkan bakteria yang masih dapat bertahan dan berkembang tanpa menghiraukan apa-apa ubat. 

Ini akhirnya mendatangkan kesan kepada individu yang memakan ayam yang disuntik ini kerana, super bug menyebabkan individu yang sakit akan menentang pelbagai jenis antibiotik. Ini sekali gus mengakibatkan selesema biasa yang boleh hilang dan sembuh tidak akan berlaku kerana antibiotik yang diambil oleh individu berkenan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya.

Manakala dalam satu kajian yang dijalankan beberapa tahun lepas Institut Penyelidikan Perubatan Kenya (Kemri), ayam runcit yang dijual di Nairobi tidak hanya tercemar oleh paras ubat yang tinggi tetapi juga mengandungi patogen berpotensi E.coli.

Biologi bakteria E.coli yang terdapat di dalam usus manusia dan haiwan lain seharusnya tidak mendatangkan kemudaratan. Walau bagaimanapun, E.coli yang terdapat dalam ayam yang dijual di pasaran amat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan keracunan makanan teruk yang membawa kepada kematian jika tidak dirawat dengan baik.

Kajian itu mendakwa bahawa kira-kira 75% daripada isolat bertahan sekurang-kurangnya 1 daripada 12 antibiotik yang diuji, dan 40.4% daripadanya positif untuk 10 gen yang memudaratkan.

Salmonella, kumpulan lain bakteria yang biasanya menyebabkan keracunan makanan juga menjadi antibiotik yang ditentang. Daripada daging ayam, salmonella juga boleh didapati dalam pelbagai jenis produk, dari daging, telur hingga susu. Sama seperti E.coli, apabila seseorang mempunyai salmonella, mereka akan mengalami cirit-birit, kekejangan perut, muntah serta demam yang teruk.

Ikan

Ikan sememangnya sumber protein yang tinggi. Selain itu, ia mempunyai kandungan yang sangat penting iaitu omega-3 yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Antara manfaat omega-3 adalah meningkatkan memori, mengurangkan keradangan dan memberikan jantung yang lebih sihat.

Sesetengah ikan mungkin mempunyai lebih vitamin B. Contohnya, kandungan vitamin B-12 di dalam ikan salmon adalah lebih tinggi berbanding ikan lain dan juga ayam. Ikan ini juga kaya dengan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.

Antara kebimbangan yang ada pada ikan adalah kandungan merkuri yang terdapat di dalamnya. Menurut Food and Drug Administration (FDA), beberapa jenis ikan mengandungi kadar merkuri yang tinggi termasuk makarel raja, ikan yu, tilefish dan ikan todak. Ibu mengandung terutamanya harus elakkan pengambilan ikan dengan kandungan merkuri yang tinggi.

Apakah pilihan terbaik?

Realitinya, tiada satu pun makanan yang boleh membekalkan semua jenis nutrien kepada badan kita. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pelbagai jenis makanan bagi memastikan semua jenis nutrien dapat diperoleh. Sama juga seperti ayam dan ikan. Jika ingin dibandingkan, kedua-duanya tidak jauh berbeza. Kemungkinan ikan mendahului ayam dari sudut omega-3.

Tuntasnya di sini, memakan ayam kampung yang diternak secara organik pastinya merupakan pilihan yang terbaik untuk diambil dalam diet pemilihan makanan harian anda. Namun, mungkin disebabkan kesukaran untuk mendapatkan ayam kampung, anda masih boleh memilih untuk mengambil ayam yang diternak secara komersial tetapi pastikan cara penyediaannya adalah dengan cara yang sihat dan pastikan anda juga bergilir untuk mengambil ikan sebagai hidangan makanan anda kerana agar badan anda memperolehi khasiat daripada kedua-duanya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Rujukan