backup og meta

10 Manfaat Makan Buah Anggur, Salah Satunya Mencegah Pertumbuhan Kanser & Banyak Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2022

    10 Manfaat Makan Buah Anggur, Salah Satunya Mencegah Pertumbuhan Kanser & Banyak Lagi!

    Buah anggur merupakan sejenis buah-buahan yang serba boleh. Ini kerana ia boleh dihasilkan dan digunakan dalam pelbagai jenis produk makanan popular, dari dikeringkan untuk menjadi kismis, dijadikan jeli sehingga diperah untuk dijadikan wain.

    Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan, anggur dipercayai sebagai buah yang membekalkan nutrien dan antioksidan serta resveratrol phytonutrient yang baik untuk kesihatan jantung. 

    Secara keseluruhannya, buah ini adalah buah yang baik untuk kesihatan anda. Dengan rasa yang manis, adakalanya masam, ia pastinya menjadi antara buah kegemaran ramai individu.

    Tetapi, adakah anda benar-benar mengetahui apakah manfaat kesihatan yang boleh diperolehi daripada gugusan buah ini? Untuk kupasan lebih mendalam, baca perkongsian dalam artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Mengenali buah anggur

    Anggur adalah buah beri yang tumbuh secara gugusan. Disebabkan kepelbagaian jenis, ia boleh menghasilkan pelbagai produk makanan dan mudah dibawa ke mana-mana, buah ini merupakan antara buah yang popular di seluruh dunia.

    Lebih daripada 72 juta tan buah ini ditanam setiap tahun di seluruh dunia dan jumlah ini melebihi penanaman buah pisang, oren mahupun epal. Tetapi menurut University of Missouri Division of Plant Sciences, hanya 12% daripada jumlah keseluruhan buah yang ditanam dimakan secara segar dan selebihnya ‘bertukar wajah’ menjadi wain. 

    University of Missouri turut menyatakan bahawa proses penanaman buah anggur, yang turut dikenali sebagai viticulture, dikatakan setua tamadun dunia.

    Ini kerana, dikatakan ahli arkeologi mempunyai bukti penanaman anggur pada tamadun dahulu, iaitu 6500 Sebelum Masihi, di tempat yang kini dikenali sebagai Georgia, Azerbaijan dan Armenia.

    Anggur dan wain merupakan antara hidangan penting ketika waktu makan dan juga ritual sosial di zaman Mesir, Yunani dan Rom Kuno. 

    Fakta Menarik tentang Anggur

    Kandungan Nutrisi

    buah anggur

    Anggur, terutama daripada jenis Concord, merupakan antara beberapa spesies yang berasal dari Amerika, mengandungi fitonutrien, termasuk fenol, polifenol, resveratrol dan karotenoid.

    Menurut pakar pemakanan dan jurucakap Academy of Nutrition and Dietetics, New York City, Alissa Rumsey, fitonutrien adalah bahan kimia yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Ia memberikan manfaat yang banyak dan baik kepada individu yang memakannya.

    Selain merupakan sumber serat yang baik dan kalori yang agak rendah, ia juga membekalkan sumber vitamin K, tembaga dan banyak vitamin B yang baik.

    Kepekatan nutrien dan antioksidan yang tinggi, termasuk resveratrol adalah terdapat pada kulit dan bijinya. Kebanyakan kajian atau penyelidikan saintifik mengenai buah ini kebiasaannya akan memfokuskan kajian ekstrak daripada dua bahagian utama ini.

    Namun, ia tidak bermakna hasil kajian yang diperolehi tidak terpakai bagi individu yang mengambil buah ini secara keseluruhan atau menyatakan bahawa memakan anggur adalah tidak baik untuk kesihatan anda. 

    Terdapat beberapa pilihan warna yang boleh didapati untuk buah anggur ini, antaranya, merah, hitam, ungu atau biru bagi jenis Concord, hijau yang sering digunakan untuk menghasilkan wain putih, merah jambu dan juga kuning.

    Kesemua jenis anggur adalah baik untuk kesihatan, walau bagaimanapun, anggur merah dan Concord dikatakan mempunyai kandungan yang lebih tinggi bagi flavanoid dan fitonutrien serta resveratrol. 

    Manakala kismis, iaitu anggur yang dikeringkan, tidak mengandungi sebanyak nutrien seperti anggur segar, tetapi ia mengandungi 4 kali jumlah gula.

    Nutrisi buah anggur

    buah anggur

    Menurut U.S. Department of Agriculture (USDA), satu cawan anggur merah atau hijau seberat 151 gram (g) mengandungi:

    • 1.09 g protein
    • 0.24 g lemak
    • 27.33 g karbohidrat, yang mana 23.37 g daripadanya adalah gula
    • 1.4 g serat
    • 288 mg kalium – merupakan mineral dan elektrolit utama yang terlibat dalam kebanyakan proses dan fungsi badan, termasuk sistem saraf serta pergerakan jantung dan otot.
    • 15 miligram (mg) kalsium
    • 0.54 mg besi
    • 11 mg magnesium
    • 30 mg fosforus
    • 3 mg natrium
    • 0.11 mg zink
    • 4.8 mg vitamin C – vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang berpotensi merosakkan sel badan dan penyumbang penting dalam sintesis kolagen.
    • 22 mikrogram (mcg) vitamin K – merupakan vitamin larut lemak yang membolehkan pengaktifan enzim dalam proses pembekuan yang bertanggungjawab untuk pembekuan darah. Juga membina tulang dengan mengubah osteocalcin supaya ia dapat mengikat kalsium, sehingga membina ketumpatan tulang.
    • 3 mcg folat – sejenis vitamin larut air yang membantu dalam penghasilan DNA dan RNA serta memetabolisma asid amino.

    buah anggur

    Buah anggur juga mengandungi vitamin B iaitu vitamin larut air yang berfungsi di belakang tabir sebagai koenzim (coenzyme) dalam banyak tindak balas penting dalam badan, termasuk metabolisma protein dan pembentukan sel darah merah, serta pelbagai fungsi badan yang lain dan vitamin A, serta tinggi kandungan air. Secawan buah ini mengandungi lebih daripada 121 gram air. 

    Selain itu, ia juga tinggi antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin. Kulitnya mengandungi resveratrol fitokimia, yang dipercayai melindungi beberapa penyakit dan keadaan kronik. 

    Flavanoid myricetin dan quercetin juga terdapat dalam buah anggur. Ia membantu badan untuk melawan dan mencegah pembentukan radikal bebas yang berbahaya. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan