backup og meta

10 Makanan Ini Bantu Rendahkan Risiko Kanser, Jom Kita Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    10 Makanan Ini Bantu Rendahkan Risiko Kanser, Jom Kita Amalkan!

    Ada ke makanan pembunuh sel kanser? Sebenarnya apa yang kita makan banyak mempengaruhi aspek kesihatan secara langsung, termasuklah risiko mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan kanser.

    Dalam perkembangan kanser, terdapat banyak bukti menunjukkan ia mempunyai kaitan langsung dengan diet anda.

    Pun begitu, terdapat pelbagai pilihan makanan dengan sebatian bermanfaat dapat membantu mengurangkan pertumbuhan kanser. 

    Menerusi perkongsian artikel ini, anda akan mengetahui beberapa makanan anti kanser yang boleh membantu dalam mencegah penyakit barah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.

    Kandungan antioksidan & fitokimia dalam makanan anti kanser

    Antioksidan seperti vitamin C, likopena dan beta-karotena banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Individu yang mengamalkan pengambilan buah dan sayuran, mempunyai risiko kanser yang lebih rendah.

    Fitokimia dalam tumbuhan juga dipercayai berfungsi melindungi sel tubuh daripada sebatian berbahaya makanan dan persekitaran, mencegah kerosakan serta mutasi sel.

    Amnya, makanan pembunuh sel kanser tidak banyak bezanya dengan amalan pemakanan sihat yang disarankan setiap hari. 

    Baca juga:

    Senarai makanan pembunuh sel kanser

    Ingin tahu makanan berfungsi sebagai antikanser? Di bawah ini ada senarainya:

    1. Brokoli

    Brokoli dan sayuran lain yang terdapat dalam kumpulan sayuran cruciferous seperti kubis, kubis bunga dan kale mengandungi fitokimia dikenali sebagai glucosinolate – menghasilkan enzim pelindung apabila anda mengunyah sayuran mentah yang boleh memecahkan dinding sel.

    Badan anda juga menghasilkan enzim tersebut dalam usus dan akan diaktifkan apabila brokoli mentah atau masak melaluinya.

    Brokoli dan sayuran lain dalam kumpulan ini merupakan antara makanan anti kanser yang baik untuk anda amalkan dalam diet harian.

    2. Lobak merah

    Lobak merah kaya dengan pelbagai nutrien untuk melawan penyakit. Ia mengandungi beta-karotena – antioksidan yang dipercayai dapat melindungi membran sel daripada kerosakan toksin dan melambatkan pertumbuhan sel kanser.

    Selain mengandungi vitamin dan fitokimia, di dalam lobak merah juga terdapat falcarinol – racun semula jadi yang mungkin mempunyai kesan antiradang.

    makanan pembunuh sel kanser

    3. Bawang putih, antara makanan pembunuh sel kanser

    Bau yang terhasil selepas makan bawang putih, mungkin tidak begitu menyenangkan, betul tak?

    Tetapi sebatian sulfur yang menyebabkan bau tersebut boleh mencegah bahan penyebab kanser daripada berkembang dalam tubuh, mempercepatkan pembaikan DNA dan membunuh sel kanser.

    4. Tomato

    Warna merah pada tomato, terhasil daripada fitokimia yang disebut sebagai likopena – antioksidan yang kuat. Ia sekali gus menjadikan buah tomato sebagai senjata berpotensi melawan kanser.

    5. Bayam, antara makanan pembunuh sel kanser

    Bayam kaya dengan lutein dan zeaxanthin – karotenoid yang membuang molekul tidak stabil dikenali sebagai radikal bebas daripada tubuh sebelum ia menjadi punca kanser. 

    6. Beri

    Buah beri dikatakan mempunyai kesan perlindungan terhadap penyakit jantung, kemerosotan memori dan kanser. Ada kajian menunjukkan ekstrak beri melambatkan pertumbuhan sel kanser.

    Strawberi dan raspberi kaya dengan antioksidan seperti vitamin C dan asid elagik, sejenis fitokimia.

    Dalam ujian makmal, asid elagik nampaknya mempunyai sifat antikanser yang meningkatkan enzim, bertujuan memusnahkan bahan penyebab kanser dan melambatkan pertumbuhan tumor.

    Buah beri juga mengandungi flavonoid berperanan menindas enzim yang merosakkan DNA.

    Beri adalah buah yang kaya dengan antosianin – mengurangkan keradangan dan merupakan salah satu antioksidan yang paling kuat.

    makanan pembunuh sel kanser

    Makanan pembunuh sel kanser #7. Anggur 

    Anggur adalah sumber yang kaya dengan antioksidan resveratrol. Kajian menunjukkan bahawa resveratrol mempunyai potensi untuk menghentikan kanser daripada bermula pada payudara, hati, perut dan sistem limfa.

    Kalau anda ingin memakan anggur, jangan buang kulitnya. Ini kerana bahagian kulit anggur inilah mempunyai jumlah resveratrol paling banyak. 

    Yang mana lebih bagus, anggur merah, ungu atau hijau? Sebaiknya pilihlah anggur merah dan ungu, kerana ia mempunyai lebih banyak resveratrol daripada yang hijau.

    8. Gandum penuh

    Bijirin penuh sarat dengan serat, vitamin, mineral serta sebatian tumbuhan dan boleh mengekang risiko kanser anda.

    Selain itu, serat yang terdapat dalam bijirin penuh membantu anda kekal kenyang lebih lama, mengekalkan berat badan yang sihat dan memastikan kolesterol dan gula darah stabil.

    • Masukkan beras perang dan roti serta pasta gandum dalam diet harian
    • Cubalah quinoa. Dalam kumpulan bijirin, quinoa mengandungi protein paling tinggi
    • Tambahkan oat dalam hidangan sarapan pagi

    9. Teh hijau

    Daun teh mengandungi antioksidan yang disebut katekin – dapat mencegah kanser dalam pelbagai cara, termasuklah melawan radikal bebas daripada merosakkan sel.

    Kajian makmal mendapati bahawa katekin dalam teh boleh mengecutkan tumor dan mengurangkan pertumbuhan sel tumor.

    Kedua-dua teh, hijau dan hitam mengandungi katekin. Tetapi kandungan antioksidan ini lebih banyak dalam teh hijau.

    makanan pembunuh sel kanser

    10. Ikan, makanan anti kanser 

    Ikan berlemak – seperti salmon, tuna dan hering – mengandungi asid lemak omega-3, sejenis asid lemak yang dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser.

    Jika tidak gemar memakan ikan, mungkin tiba masanya untuk mempertimbangkan pengambilannya ke dalam diet antikanser anda.

    Kawal berat badan

    Mengetahui makanan pembunuh sel kanser sahaja tidak mencukupi jika anda tidak mengawal saiz hidangan yang diambil. Ini kerana lemak badan dan obesiti boleh meningkatkan risiko kanser. Sebaiknya dalam masa yang sama kekalkan berat badan yang sihat.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai kesesuaian pengambilan sesuatu makanan, berundinglah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan