Tuala Wanita Tingkatkan Risiko Kanser Dan 5 Masalah Ini, Betul Ke? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date Mei 11, 2020

Bila datang haid, sudah tentulah penggunaan tuala wanita diperlukan. Tetapi bagaimana kalau ada dakwaan yang mengatakan tuala wanita bahaya, nak guna apa ni? Tapi boleh percaya ke?

Penggunaan tuala wanita

Secara purata, seorang wanita akan menggunakan lebih daripada 12,000 pad sanitasi selama beberapa dekad sepanjang mengalami haid. Tetapi yang menjadi persoalan, adakah penggunaannya selamat untuk tempoh jangka masa panjang?

Tuala wanita atau nama lainnya pad sanitasi boleh dikatakan satu keperluan dan pilihan utama bagi setiap wanita apabila tibanya haid, berbanding tampon dan menstrual cup. Ini kerana ia mudah digunakan – pakai buang – malah harganya berpatutan. 

Tetapi ada dakwaan yang mengatakan penggunaan pad sanitasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri. Antaranya:

  1. Kemandulan dan kecacatan pada janin

tuala wanita

Darah haid sememangnya mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu, ada sesetengah pad sanitasi yang ditambah dengan bahan pewangi dan aroma bagi membantu menghilangkan bau.

Tetapi ada yang mendakwa bahawa bahan tersebut boleh mengganggu perkembangan embrio di mana ia menjejaskan kesuburan anda. Benarkah?

  1. Racun berbahaya

Pad sanitasi jenis kapas dikatakan lebih berbahaya berbanding pad yang diperbuat daripada gel.

Ini kerana kapas, yang diproses dalam kilang kapas mengandungi racun perosak dan herbisida. Apabila ia digunakan di atas pad sanitasi, ia akan memasuki saluran darah dan menjejaskan organ dalaman anda. Biar betul!

  1. Kanser

Ini merupakan satu dakwaan yang paling menakutkan. Penggunaan pad sanitasi ini dikatakan boleh mengembangkan kecenderungan untuk menghidapi risiko kanser, apabila digunakan untuk tempoh yang panjang.

Ini kerana dikatakan pad ini mengandungi BPA dan bahan kimia lain. Kegunaan jangka masa panjang boleh menyebabkan bahan berbahaya ini memasuki badan dan menjejaskan sistem pembiakan. 

Sabar. Jangan gelabah. Itu semua adalah dakwaan yang mengatakan bahawa pad sanitasi adalah bahaya. Tetapi adakah ia sahih atau sekadar kepercayaan yang tidak tepat?

Tidak tepat

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook peribadi seorang doktor pakar perubatan keluarga dan Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Dr Suhazeli Abdullah, setakat ini punca yang terbukti penyebab kanser pangkal rahim wanita adalah kuman Human Papiloma Virus (HPV).

Artikel berkaitan:

Kenyataan mengatakan bahan kimia Dioxin yang terdapat dalam tuala wanita sebagai punca kanser adalah tidak tepat.

Ini kerana manusia terdedah kepada dioxin setiap hari. Malahan Food and Drug Administration (FDA) melaporkan 90% makanan yang diambil seperti produk tenusu, ikan, daging dan kerang terdedah kepada dioxin. 

Kajian dari Jepun

tuala wanita

Menurut Dr Suhazeli, pad sanitasi dan tampon kegunaan wanita selalu dijadikan contoh bahaya dioxin. Dan isu ini sudah tentu menimbulkan ketakutan kepada wanita.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan terdapat kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Jepun mengenai isipadu pendedahan dioxin harian wanita yang menggunakan pad sanitasi.

Hasil kajian menganggarkan wanita terdedah dengan dioxin antara 0.000024–0.00042 pg TEQ/kg/d. Bagi menyatakan paras bahaya dioxin dari tuala wanita atau seumpamanya, paras yang minimum adalah 0.7 pg TEQ/kg/d. 

Ini bermakna wanita yang terdedah dengan dioxin dalam pad sanitasi selama ini terlalu rendah berbanding dengan kriteria berbahaya yang disahkan oleh standard antarabangsa. Ia peratusan yang terlalu kecil untuk menyebabkan risiko bahaya.

Selamat digunakan

Jadi kesimpulan yang mudah, penggunaan tuala wanita adalah selamat. Maka anda tidak perlu bimbang untuk menggunakannya.

Jika masih ada keraguan, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan kaedah tradisional atau menggunakan menstrual cup. Pilihan di tangan anda!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Zzzz… 7 Manfaat Tidur Malam Yang Wajib Anda Tahu! Yang Terakhir ‘Confirm’ Anda Suka

Selalunya kita memandang remeh tentang kepentingan tidur. Tetapi sebenarnya ada 7 manfaat tidur malam yang perlu anda ketahui.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Risiko Kanser Serviks Tetap Ada Walaupun Sudah Vaksin! Ini Sebabnya Anda Perlu Sentiasa Lakukan Pap Smear

Tahukah anda, anda masih berisiko untuk mendapat kanser serviks walaupun telah mengambil vaksin HPV? Apakah cara untuk mencegahnya dengan lebih awal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Kanser Serviks Februari 18, 2020

Hari Kesedaran Kanser Kanak-kanak Sedunia: Tip Ibu Bapa KUAT Hadapi Anak Hidap Kanser

Bukan mudah untuk terima diagnosis kanser terutamanya jika anak anda mengalaminya. Sebagai ibu bapa, anda kunci kepada kekuatan anak hidap kanser.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Hari Kanser Sedunia: Ini Mitos Tentang Penyakit Kanser Yang Masih Dipercayai

Tahu tak 4 Februari merupakan sambutan hari Kanser Sedunia? Pasti ramai yang tidak tahu mengenainya. Jadi, apa yang anda faham mengenai penyakit kanser?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

Nak Elak Kanser Serviks? Buat Ujian Pap Smear Sekarang!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada Mei 19, 2020
Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

Anda Pilih Sweetener Berbanding Gula? Ada 8 Jenis Pemanis Tiruan, Malah Lebih Manis Dari Gula Biasa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada Mei 14, 2020
Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

Ini 7 Golongan Berisiko Dapat Kanser Rahim- Termasuk Wanita Yang Tak Pernah Hamil, Jaga-jaga!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada Mei 8, 2020
AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

AWAS, Ini 5 Penyakit Kronik Berisiko Tinggi Terjadi Akibat Psoriasis Yang Tidak Dirawat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada April 15, 2020