backup og meta

8 Jenis Kanser Ini Tinggi Risiko Pada Anak, Ibu Bapa Kena Cepat Ambil Tindakan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/09/2022

    8 Jenis Kanser Ini Tinggi Risiko Pada Anak, Ibu Bapa Kena Cepat Ambil Tindakan!

    Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tanggungjawab untuk mengambil tahu perihal kesihatan anak yang masih kecil. Untuk pengetahuan anda semua, mungkin ada beberapa jenis jenis kanser yang lebih cenderung dialami kanak-kanak!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda juga boleh klik di sini.

    Jenis jenis kanser tinggi risiko kepada kanak-kanak!

    Berikut merupakan antara 8 kanser yang paling kerap berlaku kepada si kecil, antaranya:

    #1. Leukemia

    Leukemia adalah barah sumsum tulang – tisu separa pejal yang berada di dalam tulang.

    Sel induk yang membentuk sumsum tulang dapat berkembang menjadi pelbagai jenis sel darah, termasuk sel darah putih – yang melindungi tubuh daripada jangkitan.

    Apabila sel ini membesar di luar kawalan, nisbah normal sel darah putih – yang berperanan mengekalkan tahap kesihatan dan fungsi tubuh – terkeluar. 

    Perubahan nisbah sel darah dalam tubuh boleh menjejaskan kesihatan anak dan mewujudkan gejala leukemia seperti demam, lebam, jangkitan, anemia dan mudah berlaku pendarahan

    jenis jenis kanser

    Terdapat 2 jenis leukemia utama pada kanak-kanak:

    • Leukemia myeloid akut (AML)
    • Leukemia limfoblastik akut (ALL)

    #2. Kanser otak dan saraf tunjang

    Merupakan antara jenis-jenis kanser paling kerap dialami kanak-kanak.

    Tumor otak dan saraf tunjang merupakan kumpulan besar untuk kanser yang berbeza. Kesemua kanser di bawah kumpulan ini mempunyai ciri, rawatan dan prognosis yang tersendiri.

    Antara jenis-jenis kanser otak dan saraf tunjang yang paling umum adalah:

    • Glioma
    • Tumor embryonal
    • Tumor pineal
    • Craniopharyngiomas
    • Tumor glial dan neuroma bercampur
    • Schwannomas

    Gejala tumor otak pada kanak-kanak boleh merangkumi sakit kepala, mual, muntah, penglihatan kabur atau berganda, pening, sawan serta masalah berjalan atau kesukaran mengawal objek.

    jenis jenis kanser

    #3. Neuroblastoma

    Selain tumor otak dan saraf tunjang, kanser pada kanak-kanak juga terhasil daripada sel-sel saraf. 

    Ini terutamanya ketika sel-sel ini berkembang buat pertama kalinya. 

    Ia adalah kanser neuroblastoma. Barah ini paling biasa terjadi pada bayi dan kanak-kanak di bawah usia 10 tahun. 

    Neuroblastoma juga boleh menjadi campuran sel saraf dan sel yang melapisi saraf, keadaan yang menjejaskan kesihatan anak ini dipanggil ganglioneuroblastoma. 

    Adakalanya, sel ganglioneuroblastoma boleh berubah menjadi sel saraf biasa dan berhenti tumbuh walaupun tanpa sebarang rawatan. Ia dipanggil tumor jinak (benign tumor).

    Ibu bapa harus perhatikan sebarang pembengkakan di perut atau gejala lain seperti kesakitan tulang dan demam.

    ##4. Nephroblastoma

    Kanser buah pinggang, yang disebut tumor nephroblastoma dan tumor Wilm.

    Ia berkembang melalui sel buah pinggang belum matang, yang menapis keluar lebihan air, garam dan bahan buangan daripada darah.

    Tumor ini paling biasa terjadi pada kanak-kanak perempuan berbanding lelaki, berumur 3 hingga 4 tahun.

    Ia juga cenderung dialami kanak-kanak berkulit hitam daripada kanak-kanak kaum lain. 

    Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah sebarang tanda bengkak atau benjolan pada perut, demam, loya atau hilang selera makan pada anak-anak.

    #5. Limfoma

    Tersenarai antara salah satu jenis-jenis kanser paling kerap terjadi pada kanak-kanak, limfoma adalah barah limfosit – sel darah putih daripada tisu sumsum tulang.

    Perbezaan barah ini dengan leukemia adalah mengenai lokasi pertumbuhan sel kanser itu.

    Ini kerana limfoma biasanya tertumpu pada saluran dan kelenjar sistem limfa, manakala leukemia pula ditemui pada sumsum tulang dan darah. 

    2 jenis limfoma utama yang sering menjadi punca masalah kesihatan anak adalah:

    Simptom barah ini termasuklah penurunan berat badan, demam, kerap berpeluh, keletihan dan terdapat benjolan di bawah kulit leher, ketiak atau pangkal paha.

    #6. Kanser tulang

    Walaupun jenis kanser ini lebih kerap dialami remaja, pun begitu, masih ada risiko untuk terjadi kepada kanak-kanak.

    Terdapat 2 jenis barah tulang yang boleh menjejaskan tahap kesihatan anak:

    • Osteosarcoma
    • Ewing sarcoma

    Simptom bagi kanser ini termasuklah sakit tulang yang bertambah teruk pada waktu malam atau ketika melakukan sebarang aktiviti serta pembengkakan di sekitar tulang. 

    jenis jenis kanser

    #7. Rhabdomyosarcoma

    Tumor barah pada otot yang menggerakkan tubuh.

    Oleh sebab otot terdapat pada seluruh tubuh, maka ini bermakna kanser rhabdomyosarcoma juga boleh berkembang di mana-mana sahaja seperti kepala dan leher, pangkal paha dan pelvis.

    Kanser ini lebih kerap menyerang kanak-kanak lelaki.

    Antara gejala yang perlu diperhatikan adalah termasuk rasa sakit, bengkak serta benjolan.

    #8. Retinoblastoma

    Barah terakhir yang tersenarai sebagai antara jenis-jenis kanser paling kerap menyerang kanak-kanak adalah retinoblastoma – tumor mata.

    Ia sering dialami anak kecil, sekitar usia 2 tahun dan jarang terjadi pada kanak-kanak berusia lebih daripada 6 tahun.

    Pengesanan retinoblastoma sering disebabkan oleh ‘kesan mata merah’ yang hilang dalam gambar.

    Jika anda menyuluh cahaya pada mata anak, ia akan kelihatan merah. Sekiranya berwarna putih atau merah jambu, sila bawa anak untuk mendapatkan pemeriksaan doktor mata.

    Antara simptom lain untuk kanser retinoblastoma adalah warna yang berbeza pada anak mata, mata juling dan rasa sakit pada deria penglihatan ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan